CARI-MAL Publish time 23-6-2021 05:27 PM

Nak Nasi Goreng Pattaya Tapi Tak Nak Telur, Macam Mana Tu?

Menerusi video di aplikasi TikTok, timbul tanda tanya apabila seorang pelanggan meminta supaya nasi goreng Pattaya yang dibelinya tidak diletakkan telur dan sos.


Tukang masak, Hafiz Zulkifli berkata, pelanggan itu membuat pesanan bersama dua lagi menu iaitu nasi goreng kambing dan nasi goreng ayam goreng kunyit secara online daripada restorannya di Jerantut, Pahang, pada minggu lalu.


Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui terkejut dan keliru sebaik melihat nota pesanan ringkas yang ditunjukkan peranti tempahan untuk tujuan penghantaran.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/23/172537b0jo8kmgc8q5lg85.pngGambar hiasan/TikTok




"Kebiasaannya pelanggan yang membeli nasi goreng Pattaya ini akan request untuk tak nak sayur atau sos cili sebab ada yang tak suka makan sayur atau pedas. Tapi bila pelanggan tak nak telur tu memang keliru.


"Menerusi servis penghantaran ni, kami tak dapat berhubung dengan pelanggan. Jadi, kami minta rider tolong tanyakan kat pelanggan apa sebenar request yang dimaksudkan tu.


"Sebenarnya bila terima order daripada pelanggan, kami terus menyiapkannya sebelum rider datang. Bila rider sampai, dah boleh ambil order dan hantar terus kepada pelanggan.


"Tapi untuk order yang pelik ni, kami terpaksa tunggu dulu untuk pengesahan daripada pelanggan," katanya kepada mStar.


Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku sejak restoran berkonsepkan masakan Thai beroperasi sejak 2016.


Mengulas lanjut, dia perlu mendapatkan pengesahan pelanggan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan membabitkan premis dan penghantar makanan.


"Servis ni ada rating. Kalau kami buat lain, tapi pelanggan sebenarnya nak lain... nanti boleh jejaskan rating kami. Kalau orang lain nak order kat apps pun akan tengok rating.


"Kalau rating tak cantik sebab kedai beri servis yang kurang memuaskan, mesti pelanggan lain tak nak order di kedai tu. Jadi, kami perlu pastikan servis kami sentiasa terbaik," ujarnya sambil menambah bisnes tersebut turut diusahakan bersama dua lagi adik beradiknya.


Selepas mendapat pengesahan, Hafiz yang merupakan bapa kepada kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan rupa-rupanya terdapat kesilapan di pihak pelanggan.




tok.com/@the_kabinz_jerantut/video/6974369187955281153


https://www.instagram.com/p/CQcjt7AHsut


"Pelanggan tu sebenarnya tak nak sayur, tapi dia tersilap tulis kata tak nak telur. Itu yang pelik, kalau tak nak telur boleh saja dia order nasi goreng lain yang bukan Pattaya.


"Bila dah confirm, barulah saya masakkan untuk pelanggan. Selama 10 minit rider kena tunggu untuk saya siapkan order tersebut.


"Tapi OK la rider pun nanti hantar order yang betul. Kami ni berpegang pada prinsip 'customer is always right'. Kalau rasa ada yang kekeliruan atau kesilapan, adalah lebih baik dapatkan pengesahan dulu untuk pastikan servis kekal terbaik," katanya.




Sumber: mStar

aderaderker Publish time 23-6-2021 05:57 PM

Boleh pulak gitu ek
Sayur ngan telur jauh nau beza..

shernazz Publish time 23-6-2021 06:00 PM

Kawan.iols.plak ada customer.order foodpanda dia..bagi notes mcm.ni

Nasi lemak.paru tapi tak nak.nasik..

Rupanya dia.nak.sambal paru tu aje..;P

Perawankota Publish time 23-6-2021 06:23 PM

Pelik2 request nya pon

dubuk Publish time 23-6-2021 07:32 PM

tu namanya nasi goreng patpenampo

any42 Publish time 23-6-2021 08:14 PM

Ooo nasi goreng notello {:thiefo

salmon-suki Publish time 23-6-2021 09:26 PM

shernazz: Kawan.iols.plak ada customer.order foodpanda dia..bagi notes mcm.niNasi lemak.paru tapi tak nak.nasik..Rupanya dia.nak.sambal paru tu aje..;P
Lorr..hahaha..xde jual loose ke sambal paru tu?{:smile ni first time dgr haa..hahahaahah

Carcosa Publish time 23-6-2021 09:52 PM

Sian plk rider kena nunggu, semata2 kerana jari kau lembam mcm Ina Naim :mad: Nyusahkan orang je :curse:

Mary_jane Publish time 24-6-2021 12:01 AM

Sedapnya pattaya seafood.

fly_in_d_sky Publish time 24-6-2021 07:05 AM

apa sedapnya makan nasi goreng pattaya takde sayur?

msamyrazi Publish time 24-6-2021 08:34 AM

Edited by msamyrazi at 24-6-2021 08:37 AM

:lol: nie mesti kes terlebih lapor maka sel2 otak tak berhubung. teringat pulak kat member i masa kami pi pasar malam 2019 kot, dia nak order roti john chesse .dia pun cakap kat abang yang jual roti john dengan penuh semangat dan keyakinan yang maha tinggi : bang saya nak roti john chesse satu tapi tak nak roti , muka abang tu dengan i macam :shakehead3: . lepas tu i pon cakap : maksud kawan saya nie : dia nak roti john chesse tapi TAK NAK SAYUR. dapattak bayangkan perasaan i masa tu dok tahan gelak . sampai je rumah , i bantai gelakkan member sampai berair mata. lepas tu tobat member tu nak beli roti john . member i tu memang selalu typo dalam percakapan tapi selalu jadi depan i je , tu lah kali pertama jadi depan org lain.

JohnyEnglish Publish time 24-6-2021 09:51 AM

customer tu dh ada telur buat ape nk oder telu lg.bazir jah

Adrif Publish time 24-6-2021 01:04 PM

naluri kuat mengatakan pelanggan tu main-main je dengan order

tapi salute la dekat brader ni. betul professional dia handle.

off topic. bestnya dapat buat family bisnes.. teringin nak usahakan dengan adik-beradik

TomyamPuteh Publish time 25-6-2021 05:39 PM

Bahana pkp

rayray28 Publish time 27-6-2021 12:51 AM

leh laaa geng dgn kiah kucai

sparkly Publish time 28-6-2021 05:05 PM

ko biar betul dik

bnyk pulak songeh

mijot Publish time 30-6-2021 06:39 AM

typo lah ni :lol:

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:33 PM

nasibbaik penjual ni bukan jenis cepat melatah

heythere123 Publish time 31-7-2021 10:33 PM

bagus, seller yg ada common sense and pelanggan yang tak cepat melenting jugak

mylia Publish time 31-7-2021 11:05 PM

Nasi goreng pattaya dh la xberapa ada rasa. Xde telo ngan sos, lagi xde rasa
Pages: [1]
View full version: Nak Nasi Goreng Pattaya Tapi Tak Nak Telur, Macam Mana Tu?


ADVERTISEMENT