Raline Publish time 23-6-2021 04:01 PM

A.V Bapat : Dari Bombay ke Kuala Lumpur, sentuhan seninya merentasi zaman.

A.V Bapat : Dari Bombay ke Kuala Lumpur, sentuhan seninya merentasi zaman.

https://1.bp.blogspot.com/-cnShkBGVOD4/UcPW5-icMJI/AAAAAAAAD7E/_fgcU-5wbRM/s320/bapat2.jpg
A.V Bapat(Sumber: The New Straits Times Annual, 1981)

Jika menonton beberapa filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dipenghujung kredit filem-filem berkenaan akan muncul satu nama yang agak unik, iaitu A,V Bapat. Siapa A.V Bapat?, insan yangmempunyai sejarah kerjaya dalam bidang seni yang menarik serta merentasi zaman. Nama sebenar beliau ialah Achyut Vishny Bapat, berasal dari India dan mula berjinak –jinak dalam seni kreatif sejak berusia 10 tahun lagi. Perjalanan beliau dalam dunia seni bermula apabila beliau bekerja sebagai pelukis papan tanda di Bombay dengan bayaran 10 rupee sehari, kemudiannya beliau mendapat tawaran bekerja sebagai pereka set dan pelukis Backdrop dengan sebuah syarikat yang banyak terlibat dalam dunia perfileman, iaitu Natya Nishan Company. Syarikat ini telah memberi peluang kepada beliau untuk mengembangkan bakat sebagai Pengarah seni, pereka set dan pelakon yang dikenali, malah beliau berpeluang bekerja dengan penerbita filem terkenal di India pada ketika itu, iaitu Raj Kapoor dan V. Shantaran.

Dari India, A.V Bapat merantau pula ke Indonesia untuk mengembangkan bakat beliau dalam industri filem di sana, namun beliau hanya sempat terlibat dalam tiga buah filem sahaja di Indonesia, kemelut politik yang berlaku di negara itu menyebabkan beliau ‘angkat kaki’ lalu sampai di Singapura pada tahun 1952. Atas pengalaman beliau yang luas dan reputasi yang baik, Shaw Brothers telah menawarkan jawatan sebagai Jurumekap artisdan pereka dengan MFP (Malay Film Production).Kehadiran warga asing seperti beliau dalam industri perfileman melayu bukanlah sesuatu yang asing, kerana pada ketika itu memang terdapatramai tenaga produksi seperti jurukamera, jururakam bunyi, juruteknik dan penyuntingyang berasal dari China, Hong Kong dan India. Menurut laporan Jamil Sulong (Berita Harian, 31 Ogos 2007), jawatan tertinggi yang pernah diberikan kepada anak watan pada ketika itu ialah sebagai Pelukis dan Pengarah Seni, iaitu Pak Haniff ( bapa kepada Pengarah, Hussin Hanif), namun jawatan ini kemudiannya turut dipindahkan kepada karyawan dari India seperti JA Anthony dan kemudiannya AV Bapat sendiri.

https://3.bp.blogspot.com/-PKTZMBpkaEo/UcPbltjwRaI/AAAAAAAAD7U/ESG0yfJUqEg/s320/ibu+mertuaku+1962.jpg
Sebagai Pereka Bangunan dan Juruhias bagi filem 'Ibu Mertuaku' tahun 1962.

https://4.bp.blogspot.com/-fHrv88wPg6M/UcPb6Ot1BkI/AAAAAAAAD7k/ZIGJ1RbyMTA/s320/antara+dua+darjat+1960.jpg
Sebagai Pengarah Seni bagi filem 'Antara Dua Darjat' tahun 1960.

https://2.bp.blogspot.com/-17pKgF_q8Lo/UcPb4HCcQFI/AAAAAAAAD7c/SaODgXZ4iTY/s320/gerak+kilat+1966.jpg
Sebagai Pereka Set dan Juruhias bagi filem 'Gerak Kilat' tahun 1966.

Di MFP, AV Bapat berpeluang bergandingan dengan lagenda filem melayu, Allahyarham P.Ramlee dan ramai lagi, antara filem yang menyaksikan sentuhan kreatif beliau ialah Pontianak, Batu Derhaka, Tiga Abdul, Madu Tiga, Nujum Pak Belalang, Sumpah Orang Minyak dan Labu-Labi. Meskipun berasal dari India, AV Bapat mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan pelakon di Jalan Ampas, apatah lagi beliau hidup berjiran dengan mereka di Kuaters Boon Teck Road, antara yang berjiran dengan beliau pada ketika itu ialah Jins Shamsuddin, Hashimah Yon, Ahmad Mahmud,Wak Mustarjo, Datuk Ahmad Daud / Saadiah, Haji Mahadi, Aziz Jaafar/ Normadiah, Malek Sutan Mudo dan ramai lagi

https://4.bp.blogspot.com/-WYLPu6GGfWI/UcMoyvJDveI/AAAAAAAAD6Y/VUeJPfoyCtA/s320/tiga+abdul.jpg
Sebagai Pereka Set bagi filem 'Tiga Abdul' tahun 1964.

https://4.bp.blogspot.com/-bPN_xQn6z34/UcMoxgfymSI/AAAAAAAAD50/wiy6-Vza6RE/s320/labu+labi.jpg
Sebagai Pengarah Seni bagi filem 'Labu Labi' tahun 1962.

https://3.bp.blogspot.com/-3aLC89S2KpU/UcMoxov-gTI/AAAAAAAAD6A/oqVey7xSj0A/s320/madu+tiga1.jpg
Sebagai Pengarah Set bagi filem 'Madu Tiga' tahun 1964.

https://4.bp.blogspot.com/-VCOinhqSYXY/UcMox3X0rdI/AAAAAAAAD54/BqNqNe-L3Vk/s320/nujum+pak+belalang.jpg
Peranan sebagai Pereka Set dalam filem 'Nujum Pak Belalang' tahun 1959.

https://3.bp.blogspot.com/-4aezZZI1op8/UcMoyc-TkyI/AAAAAAAAD6I/QrFX2oZ6SkI/s320/sumpah+orang+minyak.jpg
Sebagai Juru Solek Artis bagi filem 'Sumpah Orang Minyak' tahun 1956.

Setelah MFP ditutup pada tahun 1967, A.V Bapat membawa diri ke Kuala Lumpur dan nasib beliau agak baik kerana menerima tawaran bekerja di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai Pereka Seni, selepas meninggalkan RTM, beliau menyertai Filem Negara, Shaw Brothers dan Perfima. AV Bapat turut terlibat dalam pembikinan beberapa buah filem, antaranya ‘Permintaan Terakhir’ dan ‘Adik Manja’. Di samping kesibukan terlibat dalam kerja dibelakang tabir, A.V Bapat sempat juga berlakon dalam filem ‘Matinya Seorang Patriot’.

https://4.bp.blogspot.com/-nP08XdXsM0Y/UcMp28-_veI/AAAAAAAAD6g/B03YUN6RjjE/s320/matinya+seorang+patriot.jpg
Muncul di layar Perak dalam filem 'Matinya Seorang Patriot' pada tahun 1984

https://1.bp.blogspot.com/-CSp3UcSPudU/UcOf-tjitaI/AAAAAAAAD60/6IwaVNXJHTU/s320/bapat.jpg
Aksi AV Bapat dalam filem 'Matinya Seorang Patriot'

Rujukan:

Ahmad Daud terkenang syawal di Jalan Ampas ( 29 Januari 1997), Berita Harian.

Aishah Ali. A Glorious chapter in the Malay film industry, The New Straits Times Annual, 1981, p. 36-41.

Azian Adnan. Nostalgia Jalan Ampas ( 1 Februari 1998), Berita Harian.

Jamil Sulong. Seni tempatan terus dibela ( 31 Ogos 2007), Berita Harian.

Man behind the masks ( 5 Disember 1980), The Straits Times, p.6

Pelakon Komedi lelaki sukar dapat pasangan ( 2 Jun 1998), Berita Harian.


Personalities from our local studios, (14 September 1959), The Singapore Press, p.7
kiriman Harith Faruqi Sidek
Sumber:https://harithsidek.blogspot.com

Pages: [1]
View full version: A.V Bapat : Dari Bombay ke Kuala Lumpur, sentuhan seninya merentasi zaman.


ADVERTISEMENT