Raline Publish time 23-6-2021 03:43 PM

Fakta Menarik Filem Pertama Buah Tangan Tunku Abdul Rahman

“Klasik dan epik!” – Raja Bersiong: 7 Fakta Menarik Filem Pertama Buah Tangan Tunku Abdul Rahman, Keluar Bajet Sampai RM750,000

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/raja-bersiong-758x399.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&ssl=1

Pernah dengar cerita dongeng dahulukala Raja Bersiong? Rasanya ramai yang tahu pasal kisah ini, tapi tak ramai kan yang dah tengok filemnya. Filem ni dulu first ditayangkan pada 1963 semasa dunia perfileman Malaysia masih lagi hitam putih.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/vc-rajab.gif?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C600&ssl=1

Namun pada 1968, atas inisiatif Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, filem ini diterbitkan semula dalam bentuk warna dengan jalan cerita yang sedikit berbeza.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/raja-e1565318607595.png?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C412&ssl=1

Menerusi perkongsian di Facebook Repair Gambar Lama, filem yang idea asal dan skripnya ditulis oleh Tunku sendiri ini telah mengeluarkan kos sebanyak RM750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaannya terhadap sejarah negeri Kedah. Wahhh banyak kos tu kalau dibandingkan nilai wang masa dulu!

Berikut 7 fakta menarik mengenai filem ini yang ada patut tahu!

1. Guna penari kebudayaan Diraja Thailand

Raja Bersiong ini mengisahkan kisah seorang Raja yang zalim bernama Raja Ong Maha Perita Deria memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang.

Kalau ikut dari segi sejarah, Kedah Tua pada zaman itu masih mengamalkan elemen-elemen budaya serta agama dari Siam.

Dengan itu, buat julung-julung kalinya, penggambaran ini telah menggunakan khidmat pelakon luar iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand dari Thai Fine Arts Department, Bangkok. Fuh bukan calang-calang!

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70281791_1402447603238461_5072552605041819648_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C612&ssl=1
https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70364005_1002095253470783_5505582550833168384_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C607&ssl=1

2. Askar Melayu pegang watak sebagai askar Siam

Beratus-ratus Askar Melayu telah memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah dipimpin oleh Brigadier Jen. Dato’ Syed Mohammad Al- Saggoff.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/93083c1f2106fb2bc5e4aa2547591135.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C450&ssl=1

3. Filem ketiga berwarna lepas Hang Tuah dan Ribut

Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk filem warna Eastmancolor (filem ketiga selepas filem Hang Tuah, 1955 dan Ribut, 1956) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/69538279_942480259420410_7948734225685938176_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C824&ssl=1

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/image-3.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C360&ssl=1

4. Guna pakar dari Jepun untuk terbit filem

Menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun:

1. Pengarah bersama – Tokujiro Yamazaki
2. Jurukamera – Ryoichi Arano
3. Pakar Warna & Cahaya – Tokio Matsushita

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70122322_1002075793472729_2211869799087079424_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C416&ssl=1

5. Skrip mengambil masa lama nak disiapkan kerana Tunku terlalu sibuk

Skrip filem ini mengambil masa yang panjang iaitu kerana kesibukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Manakala penggambaran mengambil masa selama 4 bulan.

Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi filem ini, namun Pengarah Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70656705_1002098870137088_8002827285784690688_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C806&ssl=1
Tunku bersama pengarah | sumber: facebook

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70306926_1002076093472699_8617367853789609984_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C610&ssl=1
Tunku sedang meneliti skrip | sumber: facebook

6. Penggambaran dibuat dalam studio, set Istana Raja Kalha dibina

Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio Malay Film Production berupa sebuah set Istana Raja Kalha yang luas dan hebat. Sebuah kota juga dibina di Pasir Panjang, Singapura yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70981426_1002036746809967_2334697729084620800_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C418&ssl=1

7. Filem terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura

Lebih menarik lagi, hampir kesemua pelakon dari Malay Film Productions mengambil bahagian di dalam filem ini.

Ia juga merupakan filem terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura. Walaupun Tunku melaburkan kos pengambaran yang tinggi, namun filem ini tidak mendapat sambutan dari penonton dan akhirnya gagal menyelamatkan studio tersebut dari ditutup buat selama-lamanya.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/09/70398296_1002088170138158_4175954795904892928_n.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C606&ssl=1

Realiti yang sedih tapi itulah hakikatnya. Bagi admin, marilah kita beri lebih penghargaan kepada karyawan zaman Studio Jalan Ampas dan filem-filem yang dihasilkan mereka dulu.

Sumber:https://lobakmerah.com

Raline Publish time 23-6-2021 03:57 PM

RAJA BERSIONG (1968)

https://scontent.fkul3-4.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/77124722_1066511537029154_2791077264580673536_n.jpg?_nc_cat=106&ccb=1-3&_nc_sid=8bfeb9&_nc_eui2=AeHx-hIaDrweF-y9hTK7vRParfyDIeE7kxCt_IMh4TuTEIOL-mxl3AavUDMHPYHG4XCuFZQL1pIOl7O9OEbyuFSw&_nc_ohc=vqTbnl6Rs7EAX-B1cnz&_nc_ht=scontent.fkul3-4.fna&oh=d45d99e4f67751a355518c8603df6b37&oe=60D8805F

Pelakon yang membawa peranan sebagai GERGASI dalam filem Raja Bersiong bernama A. Bakar Ahmad seorang pemuda berusia 19 tahun yang memiliki berat badan 300 pounds dan ketinggian lebih dari enam kaki.

Kelihatan jurumekap solekan khas Shaw Brothers; A.V Bhapat sedang teliti meletakkan mekap agar sesuai dengan watak Gergasi.

Tiada lagi info mengenai A. Bakar Ahmad selepas filem ini.

Rujukan:
Hidir Ali Razali

Raline Publish time 23-6-2021 03:58 PM

https://scontent.fkul3-3.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/78260615_1066570000356641_208744838038814720_n.jpg?_nc_cat=101&ccb=1-3&_nc_sid=dbeb18&_nc_eui2=AeE_bHGtgv4PoKafFRq96zbnwaNxFw21kx_Bo3EXDbWTHzO863sO24p9MYv0FP8xy0fvRlV7ReoLDZntzNsFWvGw&_nc_ohc=58fmeNeE9lUAX-pDqDW&_nc_ht=scontent.fkul3-3.fna&oh=da96ef1fa352d177ed008f9d9b6e8d5a&oe=60D753AC

A.V Bhapat, adalah jurusolek kesan khas dari India. Selain ditugaskan menjadi jurusolek, beliau juga terlibat dalam penghasilan grafik di set, seperti lukisan background awan, lautan dan sebagainya. Gambar menunjukkan solekan beliau untuk Ibrahim Pendek sebagai monyet dalam filem Indera Bangsawan.

sharlenetexas Publish time 23-6-2021 04:11 PM

Kalau hari mmg kontroversi ada watak sami, sembah menyembah.

Raline Publish time 23-6-2021 04:42 PM

sharlenetexas replied at 23-6-2021 04:11 PM
Kalau hari mmg kontroversi ada watak sami, sembah menyembah.

seram lain mcm ya dulu2 punya sebelum smpai islam

sharlenetexas Publish time 23-6-2021 04:47 PM

Raline replied at 23-6-2021 04:42 PM
seram lain mcm ya dulu2 punya sebelum smpai islam

Patung dlm filem Noor Islam pun nmpk seram.

Raline Publish time 23-6-2021 04:47 PM

RAJA BERSIONG: MITOS & KEBENARAN KEDAH KELANTAN.

Mohd H Roslan


https://scontent.fkul3-3.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/67156123_475301829956136_1000660726370533376_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=1-3&_nc_sid=730e14&_nc_eui2=AeGC5Vqj2J3Hxb-GQsoZAtjpIucPTHg2hZUi5w9MeDaFld2aRAaVE2XiC41KHjN3OpttUD6MNRaLz1EV405IG5wK&_nc_ohc=rOfMLtdN9XEAX_ylZjo&_nc_ht=scontent.fkul3-3.fna&oh=1dc79b2ea2cee6be8d2e7c6532b9d166&oe=60D72631

Kedah dan Kelantan merupakan sebuah negeri yang menarik dari segi sejarahnya. Walaupun berbeza dari segi dialek bahasanya namun berkongsi sejarah yang panjang dan tidak lepas daripada pengaruh Siam pada suatu masa dahulu. Namun agak sukar untuk melihat bagaimanakah bentuk sempadan dan landskap Kelantan pada suatu masa dulu kerana ia sangat berkait rapat dengan Patani. Kali terakhir berlakunya hubungan diantara kedua –dua negeri ini ialah semasa Pendudukan Jepun pada tahun 1942 di mana kedua –dua negeri ini diserahkan semula kepada Thailand.

Menurut Ptolemy nama Kelantan di sebut sebagai Koli yang berasal perkataan hindu namun Koli ialah sebuah bandar di utara India hari ini. Menurut sumber India dipercayai bahawa perkataan Kelantan berasal dari Kolam Tanah yang lama kelamaan di sebut sebagai Kelantan . Menurut Paul Wheatly di dalam bukunya The Golden Khersonese nama Kelantan mula di sebut pada abad ke 8M dan di percayai bahawa utusan Kelantan ke China paling awal ialah pada tahun 530M. J.L Moens di dalam Srivijaya, Java en Kataha berpendapat bahawa Sriwijaya telah menakluk Kelantan pada 1226M namun pendapat ini ditolak oleh George Coedes dan O.W Walters kerana pada tarikh ini Sriwijaya sudah tidak wujud lagi .

Salah satu perkara yang menarik berkenaan Kelantan dan negeri utara lainnya ialah persamaan dari segi sejarah dan hubung kaitnya dengan kerajaan Langkasuka terutamanya apabila bersangkutan dengan Kedah . Jika diteliti, kerajaan Langkasuka adalah gabungan negeri Kedah dan Patani sedangkan Kelantan pada ketika ini belum lagi membentuk negerinya sendiri.

Menurut pendapat Prof Siti Hawa Salleh nama Langkasuka didalam HMMW adalah mitos semata – mata kerana Langkasuka yang sebenar bukanlah Kedah kerana nama itu sekadar untuk mengagungkan Kedah dan menurut beliau lagi perkataan itu diterangkan sebagai “alangkah suka” kerana raja dan rakyat gembira kerana membuka sebuah negeri. Menurut beliau Raja Bersiong ialah adalah sebuah mitos bagi mengagungkan asal usul raja yang gagah dan ganjil yang harus dikagumi dan terdapat dakwaan bahawa Raja Bersiong merupakan moyang bagi Raja-raja Kedah dan Kelantan kemudiannya.

Di dalam Hikayat Seri Kelantan (HKS) yang ditulis pada tahun 1915 dan Hikayat Merong Mahawangsa (HMMW) yang dipercayai ditulis pada 1136 menyebut akan anak-anak Raja Bersiong (Raja Phra Ong Maha Perita Deria) iaitu Raja Sakti 1 dan Raja Phra Ong Mahapudisat.

Sekiranya perkara ini benar maka Kelantan dan Kedah merupakan saudara jauh yang sudah lama terpisah namun akibat daripada perubahan suasana politik semasa menyebabkan kedua negeri ini terpisah. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa kesamaan warna bendera Kedah dan Kelantan yang menggunakan warna merah mempunyai hubung kait diantara satu sama lain. Sekiranya kedua – dua hikayat ini di gunakan sebagai fakta maka ia secara jelas membuktikan bahawa Negeri Kedah adalah lebih tua daripada Negeri Kelantan dan adalah lebih mungkin menunjukkan bahawa Kedah lebih berhubung dengan Patani berbanding Kelantan yang wujud kemudiannya.

Dipercayai Raja Bersiong telah melahirkan keturunan Dinasti Jembal di Kelantan yang wujud sekitar abad ke 17 dan nama Raja Phra Ong Mahapudisat pula tidak pula wujud di dalam naskah – naskah terkini. Jadi bagaimanakah wujud perkaitan di dalam salasilah Kedah – Kelantan ini?. Merujuk kepada tarikh naskah HKS di tulis berkemungkinan besar HKS telah menyalin beberapa bahagian didalam HMMW dan mengangkat Raja Bersiong sebagai figura untuk mengangkat kedudukan Dinasti Jembal kerana dipercayai bahawa Raja Bersiong telah membuang taringnya di Kedai Lalat, Kelantan.

Jika diteliti jarak diantara Istana Raja Bersiong di Baling dengan Kedai Lalat adalah sepanjang 330km sekiranya mengikut jalan raya hari ini. Jadi adalah agak mustahil sekiranya Raja Bersiong mengambil masa yang begitu singkat untuk sampai ke Kelantan dengan keadaan semasa pada waktu itu. Begitu juga jarak selama 500 tahun wujudnya dinasti tersebut dengan Raja Bersiong yang dipercayai wujud sekitar pertengahan 1000M.

Lebih menarik pula apabila dirujuk didalam Royal Ark yang menyatakan bahawa Raja Bersiong juga bergelar Sri Paduka Maharaja Dharmaraja I. Merujuk kepada beberapa kajian sedia ada Negara Sri Dharmaraja merupakan kerajaan Melayu lama yang kita kenal dengan nama Nakhon Sri Tammarat hari ini dan ia berpusat di Ligor.

Oleh itu apakah kemungkinan bahawa Langkasuka berpusat di Ligor pada suatu masa dahulu dan kekarabatan di istana Langkasuka berasal dari Kedah sendiri? dan bilakah Negara Sri Dharmaraja ditubuhkan? Walaubagaimana pun didalam buku The Chronicles of Ayutthaya menyebut bahawa Nakhon Sri Tammarat ialah sebuah kerajaan di bawah naungannya iaitu semenjak Ayutthaya di tubuhkan pada 1351M.

Jika ditelesuri didalam HMMW Gajah Gemala Johari sering berulang alik dari Patani ke Kedah dan sering di seru bagi menyelesaikan beberapa masalah berkaitan Kedah. Adakah pusat pemerintahan Kedah Tua berpusat di 2 tempat iaitu Kedah di Barat dan Sri Dharmaraja di Timur?

Namun didalam soal ini terdapat beberapa perbezaan dari segi nasab keturunan selepasnya. Menurut Nakula, Raja Bharubasa (1345-1362) merupakan moyang kepada Sultan Ibrahim dari Kedah, Raden Mas Aria, Raja Muhammad Tahir Raja Ligor dan Dewi Nareswari (Siti Zubaidah) dan baginda (Raja Bharubasa) merupakan Raja Langkasuka yang memerintah dari tahun (1335 – 1345).

Walaubagaimana pun apabila di selidiki melalui sumber lain di dapati bahawa Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah memerintah Kedah pada tahun 1321 – 1373 dengan pusat pemerintahannya di Kota Seputeh yang dibuka pada tahun 1323. Maka apabila dibuat perbandingan tahun diantara keduanya didapati bahawa Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah lebih awal memerintah dari Raja Bharubasa yang dikatakan menjadi pemerintah Langkasuka.

Terdapat banyak lagi misteri yang harus dirungkaikan namun dalam menyelidiki sejarah itu ia haruslah bersandarkan kepada bukti kukuh walaupun ada dakwaan-dakwaan yang mengatakan tentang kewujudan sesebuah entiti berdasarkan hikayat atau secara lisan dan pada bab ini ia hanya pandangan saya sahaja dan tidak boleh di anggap sebagai sejarah umum yang boleh terima di dunia akademik kerana tiada lagi bukti arkeologi yang boleh membuktikan kewujudan Raja Bersiong ini.

Didalam buku HMMW cetakan 1974 mengatakan bahawa Raja Bersiong hanyalah perlambangan kepada seorang Raja yang zalim. Tapi jika dilihat dari sudut sejarah dan garis masa sejarah apakah kezaliman ini antara punca yang memisahkan Kedah dengan Patani? Sesuatu yang harus di nilai dan di kaji oleh semua pihak.

Diharapkan pada masa hadapan banyak lagi kajian tentang Langkasuka dapat dilakukan namun yang pasti Raja Bersiong adalah figura yang pernah menggemparkan seluruh Tanah Melayu!

Gambar : Poster Filem Raja Bersiong

Sumber

1. Abdullah B Mohamed (Nakula), 1981, Keturunan Raja – raja Kelantan dan Peristiwa – Peristiwa Bersejarah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
2. Anker Rentse, 1934, History of Kelantan, JMBRAS, Vol. 12, No. 2.
3. Mohd Taib Osman, 2004, Hikayat Seri Kelantan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Nik Anuar Nik Mahmud, 1999, Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, 2003, Kesultanan Melayu Patani-Kelantan, (eds) A. Aziz Deraman – Peradaban Melayu Timur Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Siti Hawa Bt Hj Salleh, 1967, Hikayat Merong Mahawangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. W.A.R Wood, 1924, A History of Siam, Chrlermint Book.
8. Siti Hawa Bt Hj Salleh, Kertas kerja bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos dan Realiti, 1991, Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah.

sharlenetexas Publish time 23-6-2021 04:47 PM

Tapi sayang filem ni tak box office.

Raline Publish time 23-6-2021 08:28 PM

sharlenetexas replied at 23-6-2021 04:47 PM
Patung dlm filem Noor Islam pun nmpk seram.
baru tahu ada cerita ni
https://2.bp.blogspot.com/-AR72XFGjpps/Wbo7YD68soI/AAAAAAAADUw/1UhZc4EuXHg30h9zrvv3vUVkUHs6LPatACLcBGAs/s1600/IMG_20170914_0018.jpg
,/9j/4AAQSkZJRgABAQAAAQABAAD/2wCEAAoHCBYWFRgWFhYYGRgaHBweHBwZHBoeHBkcHhoeHBwaHhoeIS4lHB8rIRwaJjgmKy8xNTU1HCQ7QDs0Py40NTEBDAwMEA8QGhISGjQhISE0NDQ0MTQ0NDQ0MTQ0MTQ0NDQ0MTQ0NDQ0NDQ0NDQ0MTQ0NDQ0NDQ0NDQ0NDE0NDQ0NP/AABEIALEBHAMBIgACEQEDEQH/xAAbAAACAwEBAQAAAAAAAAAAAAADBAIFBgEAB//EAEIQAAIBAgQEAwYEBAQFAwUAAAECEQAhAwQSMQVBUWEicYEGMpGhscETctHwFCNC4VJigvEzkqKywiQ0cwdDo8PS/8QAGAEAAwEBAAAAAAAAAAAAAAAAAAECAwT/xAAfEQEBAAICAwEBAQAAAAAAAAAAAQIRITEDEkFRMmH/2gAMAwEAAhEDEQA/AKTDwuW/bt3ouE0mN/3zHpU8vhAgkEWBETvI3670xwzBksCbLA23vb9isFuYhg2EKoJ1SfWV59edYHima/ExHYTEAAdhA519K4zh6MNyAxIRiBcjbb1kW/Svli7Gd/71eMKvYanblT/D+GNi/iaTH4eE+Ke6ppBA/wCb5VXjqJrSeyeadMV1VNf4mE6EdmXf5VYk2omwIpvhuYOC6vMCQDfcE32+NKEnnXtJYhRvIA8ybVOg+gZkQCTfqLGe/fpWZxGJZ2EkbGbdjWk4lieEXBgbDkADfztNZPDaWMxe99id6iGhjKJm4sd55ct7ioZXGOubevK1BzGZ969wY32FC/jDqDD3hfV36xVaLa4bNktYKNIjVETN57mLUwxIKgkXO3Tw/I2FV2WcNoZhKid+o79dqfxsdWKkdfntUmbDKNz8LEjz5ULEaLibzNzb9am+L4Tztzufly7UEjbzG/nf/agOlBH3A7T613FQxIMx1H7v5VxEsSIMmbmfoNhRWB7x6fH+1IFZ2PwFGdNSQb8wecxcHzrrIZn6g3+NWmQ4W+IsiFUQQzEQesDnQbJNghhJ5TXcBTEGtph+yS31Yhi5tpAA3O5NZb2g4W+WaFOpH9x+R6qeQYdPXysK9n8aqNxf5WpPPsS5mdyaayGXh73P6kD71Dia+MHqAflf5yPSidi9AZN/Gt+dFzOxNjefjNcyy+IHvXeIJFv3An9af0uoUN6bwkEfpSyAUzl2g0UQ0mDNqcXAHIVDLC9NKljBg/vlUVeixSK42HItvRExFII5ibdL0KDF/wBnf4UEVwsQSQatMHgmM6hlSx2uBPkKq3QBvOvoGQxPDhDa3/jFUTCthOrlX94HSQYsRaj6D1ovEG/nYhn+tvrUUNuVILjKGxUxIAGxgCRv++VXXDAo1QZPOOd+vyrPZQbm0nc9Y6jzrSZAqEkxLD6f3qSWDaWB3jt61814zwDEw2dlXUpva7CSDtzrfviSNQt9DPL5fOhO4MEcu+87VUyGnzPJKysCUaO4NXP8ceQjrEj6VrMTDB94LcgWEmTyjt1oKoogAAfKn7DTIY7F5CKJ+nnReBcMcYgxHUBVki+7cjHQb1pm0rPgHmBv6jfn86XObG525dd+XwNK0aLcXx4wzpEajBkgxAvABqhYkiOoG/QCacz4Z2GtrWtvGo/p9qq8/mIn/EdrdDF6JC2Vxn3i+r60uorp6n9moq9UFhlHMT3Np684p/EcnRziYBO1/wDeqfLvDC++8b2pljIMTuOfeiwRdDG8Mnf185qKtJ+vl36VWfjxHSTtzHlRsHFkgbBrjcwO5paNa4KyQNuf9o586OpEhTaD8RE+kE+dCwn25kjvHLlTWFsSbk3E3M9Kime4Nkg7SwBVTfvzAnpzNapCipqcwCDA5n05elI8Hw1XDDGwGpmPkI9dqXwMfWxdoJJsCfdHJR5U7wrGbW2U4hhHw3X8wt5SCdu9TxsqrSjorIYs1xPLcW/vakc06qJOlRFcy2fCi902P+XoR2FKZHcWJ4nwb+HzJS+hgDhsTuNQJQnqsEdxFUOdw5ZPyf8Akxr6n7T5fXguOaqGB5hgZn6/Gvmees47AD4W/v61d7QUS0eY+td4kZfyqJPiX8wouZw5afOgFBU5qBN6ktMH8k8yKtlEb1U8PaHM9BarRMcH03FRVQg2F4tW3aa6+JIEEgGxE8/SmcdxeTaq1pFhv12+VEFexHuCesV9DyzeBNiAoAMRa1fNneSJNfSckoKL+UVRMPmW8bzzdvqalhvagZz3mP8AmP1qIFIL3ATbkOcU5/EMN7gGwG8QKSyriJ5m/SeW3KmnbmKlImFm5ECfy8/MfAUnm+JaVOl4J5WEbierHy/Wlc5iaFLbCbQYJPbtWezWaDMSOnnB+AqpBtquF8RWwYwDzEzN7970d8WTceGwB3vyrG4Dsp1A25Hry2rRcPzRcG0aZkTa4NwI60WCLXGbSJkxF52tvbcCKpM1nVk6Qx+l7c9zVxxRFI0iWPMKJBO/vC1Z3HzIQnmQIJA2aZ0X32ue/alBQM9mpPikFQZ7zsB686qHxSxLNcn5eVSzGOXMnrPrQK0kJ0mpYYrqJNqKmH69B1ph4Lz6V1c0wm8zvIHyinU4c5CtobSegJtJHSN66eGOwLJhuVGxKxNvn896kFlzIJh9uRHL0q6y+UkQCIiZmRWfxcMrbTEbz/farTgWYucN2CqykqSfdIufQifhRYJV4mCV0yTyG/a573p/BRdIm0dbT++vauPgvAszyFhlJETvcf0259ajl8LFMlh57x6TvWVs/VaX5/8AbAAxLKD5HEA+9L5bhbEhmYwAfDtF95G9o3p7gyasIp3O8bzI+1HxcfShEwSIHX4VV+LxqP8ADTpkA25/Wh5bhWlwP6SZI7AlufwoOHm2DKzYwaFjSNAHnG89p9KtspmQ+phsAB6sf7GljOTvQOeaVeecjzsf718ozSnXHYfSvqXFsUIjMeQJ9YgfEmK+aZkS3oBV3tEIph+L1qTzem1S9K5neaQJMDUkaOVEdaGw6VRJK5BkWNMDFJEk3vSJY0TCPWiwDPmCf6tu0UwbjebelK6e3rUw9qRvMlwOlfTcFYQR0+1fL1xDqUd1+tfUVaE/0n6UCPnuMNyetQ0d6bbD1AkedcTDtzqdjRrJiDfn847VPP59FS5g7af1PKlsXEVd/wB/v7Vn81mSx32sNrCnJtGxOI5jW0lw3lMDypRATXsMG+wHPrHapKLT+96oJ4KkGYvWj9nsMliLx4QT0Nz+lUyC8apAsDG539b1tfZrBXQIFy1z1gUsqIPi4D6SiHStiWEAxuQG37TWC4u8NpAEDpcGeny+FbXjeaYI0QAegvExE+QufSsBmWneliKWNdUVypVoBE3q84NlUZ1L+6NwJlmZgqLPKZ5dDVAlfS/Z3LJiYWAw/wDtuSwnZgjC3Yhg3wqbdHjN1dZHPFGCfhpCwNKOsoo2lN6seJ8QVE1EOx5BYJ7xNC/gERSQABv05lt+Qkk+tCzeFLqDcDbYjrFZ21r6xlOMKjmWw2w3Nw5UC8f1ASpFht8DWQymT/8AU6TAVCS0CQAJ+v3r6BxPgqhXJMKRARbCbmdze+9ZHh+WfQDcBvfN9TBfCsbQLi15qpknLFo8w6qC28YaEAsUWSSJMbDa/wAqFiZxUOIiQz6UOnUxbUWJbnMQQaI41IBLkFQL6I2G00hxKQvNRZGLsgDASQDuWg7RBub2isZ4rvktrb2S4ifxHRip1eIBSW0xuC0kXH0NXvFcupMsCVb69KyXskxxMy0AaMNBBFhqJCggeWvet1j4RiNun2jvXRreJS6qtTKggDSCOQIFP4BCoNhJLHsB4R9DSuLhuU0LZuZPTtTeWyxEFztEDYW286Ux5O5bZn2xxHGiZCGSPzSIn0M+p6VkMyIg1u/bDPqE/BgEtpZp/pAMrH+aR+5rD51Bptc9BRl2UcV7ilszejqu3Kg4gsaSixIihtTKYdq6mX50yJqhm9NJhfGi/hjpRVEfClsy34VCdIMcqdio4qwAbGZ9KNgjgZdiwKqxAZZIBIFxueVfU3w2ZCEEtoMARcxasx7M4jFHwwFiQTbxNJiB023rRNg4ltDKnmSTSuRzFisrhOhKYqlGEWaxHpzFWH4J5ERWqz+WbEwGVnR3AlZiZBkweVprGBxS7FmmZz2NLESbE3PMzBoGGLipu5didgST8TNEXDWBDCTyG+5ET1t8xWjJ1cHeYHnJ8u5qaJdpIOnSNQ91QPS+1BZgARYnt+tSMCO42F5vQDWANRVFG7W6nqfK31r6Dg5UhNC7AQOsEAfSsb7PprxAb+AHtaIH3rWY2MwGkTJj6dt+VZ5HFXx8kKVXYQogzOwgd7/Ws/j5IImpxLf4ZsJ29a1mUw4fxjXpWTPOYkeekt8qQ9peEsJZRqRZJAF+oJ6iPhRMpLpXrxtiWFcm1dZtRn6bVMYB52rRCKCtp7F5pkdcO2nEvsZBVSbcr2HpWNGEQa0Hs7kcziEumpUwwzl4BClFLwASNRMRA6iaLNnjdXb6RxHHcroCBktJKhr/AJSQOW5+FVC434eKGGFyvCaGgTBlDpeAdj3jpQOE+12E4C4y6XMiLlX8v0Pzrmf43lkVhhjQTyUR6XrOt+LyPx3NllIG0Se1UGczikhUYlVFgNwOlqFiZ7UCCbRJB3M7T0pDG4mqTKSeS9T37CnIjLL4cfOOF/4as1pBWYGmLkta3zM1Tu5xWLaEQHcDewizEW78zerjhKox14qHEURqWDpEzAVf6hPWtRhZDLYgB/hsRAf6kUqR0tP2p+2ketqh9n+NHLLp/CR0JGojwP6ONwOhHrevpj7WEjmOY9OY8q+dcU4QkBsBMVlBcPImNJiTG3P4VtuFZj+IwEZW0uIDEbhhv3uL+oq8bstaPDDtafQ/rXICiW8I6sfpRjgubF4Ebjf50NsqgIJlj1YkkdxO1VomK9tGcnDcKAviCqbMYiWJ5coBrLo+okwQeh5WrWe3GODion+FJ/5if/5FZRBdvP6AVnezdFq86Kdx8N6gz2E0PX9qBBMXBC7GftaoYO9MZdx/UJBuaJ/CzdT6Hf486mqlAZBUAlF0NNwakCINCium9ecXohoeIwoJeezKCWHim1ltba7crmtGMqimTgsepDSfTxVg+H4rHFQAsoLAGDyn+1avieGcNNa4j+GCRqJDCb+RpWKxvB7PuFwXYpHhMDYrNgbbxWMTCkcvnT+YzpxFIDMV85m/PrSpU0oKx4NFAsAN/vQiaktbsUgompYLGZmN6gpoqIbfTz+9SGt4BhhMHWR70ksY2Fh6frUm4qoDMoOm3ic+GevaaNiYGjAAcNoRRqAtq/yjzMfGsvx1/EADC8lAhRa9ucSLnvUSbprEe0ADi9jMkEwAbDz5Sa0fBuMLiRhlhrFl/wA67wD/AIh05jyr5rNM5HDZnULIi8rMiOdr0ZeOWDHKxveIcDwMRgR/Lcm5QCGP+ZbT5iDTWF7C5cXd8Rye4Ve8QJ+dSy4cFPxSC4i9hriJMdRsSLE/AarAEpE+X0rmzzzw421kxvKiwPZvLKLYKmCPe1ObfmJo2Zy+IulcKQhPuhlRcMmdQk7AgmIBuY87bBMG/P61G5JUgQbEG0ryMzY8/hepw8mUy3vYsmnzL2j4CUDYuDLYQZla6syEb69GwggzAiazj4zkQXJHczX1rEy74UDCCqqglCsGeenSQRJMSTO215qjRsEITiYSSja3DK2rSWjQZAIUWMiI7zbuxyxym4zuOUYvI5fEKtiLq0A6S39IaxAJgxuLkAXF6vMXgABmdc3JfeDvEWn4VZ8N4T+IS8DQmtJCxrSNa6SLsQxgseQIvV+mUXQGYWHXl5j0PXasfJ5NXUPHH9V3s5iIC+FZW3B5kQLCelWOP4TZsd2i4UaAp8zZutqxGJmi+LqWxLWjkJsPQCrnPcYxFVkdn17A2AHWedOxUpjJcRbCBJLFH1a/Gs3MW5zf60/7Anx4gn+lTHkSPvWJfHvE7Rznl1rWewD/AM5x1Sfgy/rWuHFZ5Zbb4veo4m9dXevFb+lak+ae1WITmsQ8lCj0CCfnNUavYd7/ABvVl7SYk42MersP+rT9qrcQWrGgDExLDzNcBuPSgZgW/wBRrofbyoM+Wiu6zy260riY4W9DwsRm8TWHIfvc0Aw2MwPhVmPU2H96YwcafegHsKTOKQJY1wvAn4/YUHs67LB3/fOgMoqIeoatQJ86QM8LX+cn5vtWu47BwmBJAOkGN4JANZHhJnHQzz+xrTe0L/ym81/7hQrHpS5HDADKLqHdd+Qcj402XJ/2pHK4kIb31uf+szU3gmfvU3s2N0xUgCaJoqarWjJFUPT9as+DZbVirb3b9rWHzIpVMMk23rR8Jy6Ihdj5k2AEzvSyog3GM0wUaiIF4I95p8Ivy3MdqxedxS7sTuTVrxTOapYnULkXtvAt8PhVGzkkk3JuaMYK8FrU+zPD5V3tKkASYtBJ7Hl5C5gXrNYYrcey0qiqSw/EJmI28MEWMmR5ztEzVURrFyiHDhpIMK2liBqj3mAZTN1IBlv8qiILwN3GvDd9TIxALDSxSwUkaVvvyANuslZhqRhA1kXUDTJaWP4ZB8SkxOliJYln8MCi4Rm3fNIdRUlWDEBYcgFiCQoBMktInl1rLzYS41WN1W9Cbjkdqg6EiCPjH3rmE9ooGIAzHUCb7ibbRysLm4G4rgxnLaiBAQVJPYnkevlWQxsLEbMNoQsVnUsSCsQVbkQRaOfKtU2qBf6aiP8AEZkDy5/KqriWbfLt+MgBLAK4M3AnQ1jymD5jaujw3V1b2JldakHwXBXwEgHl0ixUqbWIiI5VUcfx2TDIkS/hhQ3u2BJkmBEDoNVE4QrnViYjKi4jBr28THkOWqdpnaoe0+eRcH8MMNbkW/qgGZbptV44WZf4WUmmO7dbfG1HzGA7nxOTAZidyQqkgX5atI9aXXceY+tW2Fh/ycbFYWj8JOcsxBYxziF+dbXtlOqomcajMbD6Ctb7D4w/ifNGHzWsjixrNunMmLDrV37H4sZhPyuPkT9qpD6vgMCZ7feiMb0jlXM28vvTEkb9a02b5Pxl5x2HXEc/9TfrSGK1vjRMzi6sUnlc/Ek/eh4lZGWxD4T6HrSbubR3HzFHedJ/fSl0wixA704QiYbf1tHYxRGz4AhRJ68qJjoDY7nahYCIpiJoP1s6DwsTWZJv0vTBbU19lIjzvNRxcYCNqHiYiqsyLmaAPjPYkGksLEOmxuDQzjg9a5hTHnRorV17PPOOnr9K1PtDLIwG5ZfqLmsz7N5V1x1JBAg897dK0fHh4CO4qb20xnCjywheu/zoqYluVBU0O1I1WcOTYV5Rc0a4JqWXTnFUyGy2FsYvVrm8PwBZsLta0c/vQsostewiaQ4rmTcy4nYAwI7ibzU901fxjMs9ysLssCBAH7+NVqCpZjMFoUzC7DudzXkStJxEioa+kcFyf8rChNcKwgmA0SY8ibT0DeHwGfn2UQl1UAmWFupJsK3/AA/HbDGmGaAQ0KWsZYAFjoLEBFgmOR2K0jO5pHTxsysWJBZQZOoCNYPhZCDIDEhAyCDqFV2Xac4mJbxEsfeEFlKyZ7bWAIIAAAruf9pEfDKiSWndSBJaSZvM+IwT7xB8ZPhzqZ9mKFQ5hxYx4lBgAGxmCwPPvypZTcsOdvqSG33qDwb/AD50tkMUnDUiTbZvCwjqrU2EJ5VwTDLfEbg4jDqR+/nSWOiuCDeRcE/0nckd+Xx5VafwmkqzHwgyQbypsbDmJnzWl84iI7X3Go9Nzfa5kHrFtrVvj4bJ7UvbnRfM5UOgWdOkyrR7hH9QnnvWJ4zxDLrqwsJfxMQka8ZjqPh2VD6AWgb0x7U+0QZWwcEkg2dpP/KP1rHYYhZrfGJ8mX4fTNKrDWCRN4IB+JBirLifHVxUw8HDQogOpgbyQD0O0k3rPYWGXOxI7b1YYCaLKwIYGRsbA2qmcl0hmG8Z/UnYDrVr7MPGYTuXHxw2+9VmKhLeUDeZt53p3hSBcRDN9S+l46Hr0NBfX1TKZkA7jZfjFGzOaXQT/hBJjsJqrVkEL4dU7EyZiYvJ+lR4pmIwXuPda0GNutPZ2PnCDc9PtXTNTwh4fOoDapBFyQDNRw30iYknYUfHH1oRbb1igTtB2+Jr0ACi4KTUXNCwyo51JEnlQnejYT2FAOLhrsyz51PL5dZJVQOkCuYLbUdTa1TVaO8KX+cOwP2pvjj2/wBQ+9J8Hb+d6Uzx5xpH5vsaRqNn3qGvtQsR68G71Wkp/h0ZF+lQ0k/X6UdF69ZpMx1QhSV3j4ztY1R5rDA1EtLbm+3P0A6eVWnEMeLCZgT2635WFUGYcXC7H971WMKkkuabSKBhJTKjyqqUOZDECupO0we4IhgY5RNbrBVnXS5UF5YnDcJq1CQSY2UMVB8XidCdwaw2UUyTe2xG4PUGr3Adve1PHiWJE7HZTtYwfzGbGaRtNicKwWLEA7CNK21QFJIkX28GoNcx1CJ4dg3h9SB9AIKmfATYiPGCC3iC7QC1zVS+dEBTJ1LDW94iwHiMEWE6tpsRQsfjTO0qNChdKhDGkDlI8Wm/ukkSbRtQH0PhhVUVDcwJ2iYg3FjsDY2JMxIFGxs8FBgi1fNk4ywEln1WEypgW5kXvBv38q8/H3030m3ulSfUuWEeQEeVTcfxpjlrtoeOe0qgFJDFrEbzNiPnHrWN4pxfGxrsSsQpixIA/qPOTJNWOQ4Bi4/8x0bSRYCFLDtaw+Z61djgWAFbWhJuSSxmbkmxjfoKi+THHjs7LkweWQkmByvURlWZiqCZExate+TwksiR03JJ8zWeTEGE7TuJFus/Krxy30mzjVOcHyg/CBgBgT4lnUQeTA9LiKA+MGYkIqtpM6efIkz1mi5DNB2bQCCd1J3ncgjvf1PW3BlyCxIAmQL35HnP1o+nuesgTbnz7dO1qPk3CuhbbVfytNDYEliL37dO29Swn0uhvZwe+4ps30TLYiBQBtYJBaANMj3eVj1oHHMIjAxRJK6RE7iSBHlvz+ZkSyqI0HSviXfSsxNxe9zv5RzMg9oFAy7gPYaYVrx4hYEHl3mKamNeAsUFNqm1AU70iQfegulx5TRWX61JwAR5UCIMwA2igPfap42JtUIEUNAQKInKoEUZBQUNI0CmcsZFJzaio1qVi1pwgfzT2FS9oHsvXV9qhwR/5jHfwj61D2maNI/zH6Uvo+KYtNdihIanFUla4Q3vEb/CuPiKATzHwjrPmKrsfiTMYVAZvcE8429KioxIOrYSSIgdrc6WmZfM41zJueQM/E/vnVezXorCgIJM1cSOg6U1l8LUfrQEWrDK4ZjuaKZvCQAW/wB6gcs8QrAKTMdOwMV3DWbGnUWbCKgyuHw8yCTPYAC3maE+WZj4W0jY6v7A2iR3g1e5HLamAi802PZp1YtMiSRChiBvGk+8bC2xn4T7SXWzmKnyvBPd1B3YsAWvoA3meVuprQ5DhaAyia4MaoAWR/mN2ruSU3Dh1i5IN7kkkqbiSb022aCeEO4664DGegblU5S3qnLIZzWZGGAcXFRJ2S5dvyqLn0pTM5mElk0Bpg4h0s1v6cMS5PaBTfDcuHU4hHiM3C3KqQZMSIER635VWe0uUcIcUEqZvqsCvQ7drR151M8PG6fvzpRZviFzA09SY1ei8u01RY2HqUtcEMLGZjSOZvz+VWWW4biYhEIdMi/9E72PPlA3vTfFuHaMMxJAZVJPWCSJ9fme0a42TgrLeVJwcwWYbwAD5mT9BVqXOgHnO+xtf1uflVVhtB846fam0zQYQARHPuTJqr2QoJJYkySZJJBJJ7iowC6Ax7y/WaHhMb+ddRvGp5A0JfUsLhSaFhYgz4WZfpfb97Ql7Q8OC5fEYM1lG7seY5Gr7B91bchVV7UWyuL5D/uFVrgbfMHmhJzrzuZrqIfU1Jugc6FmBRX6UBm3oECqE2rpauMaFvMKMm1BtHeiq1BwRzau6oBqJO1Qxn5UKW3s60u/kKj7S4klPX5AV72d3fnYfel/aBvEvr9qn6L/ACrZqX4poM12qRtbZTLwAOfLtPevZuQh22Mk3/3NMI03qu4s0xuAJJ6E8qU7QqMYwI62+d69hLUHYsZPK1qYy+GSa0SNlkm9WBSOlQw8IxaKYwssefKs7VJYYnl5U7hKAe/pQVw4ED/amcFLeKf1pBo/Z3KiGe5uFHyJP0HxrVphdKq/Z7BAwVtdiT8/0Aq9C1x53eVazpBcOd4I7gGh4mUQzKi5vE7+himNQAvYCg47kgDmb+QF/wB96WOWU6oslVWYzS4UsiAHWAwUKJDKdUARyWk+M4bY+gaAEIBGoKTtKwLqN/8AbnLPgKsqtw+EBIGr3WVQRt/WPjy2p3ESMPDJN1VDP+kT5bmuvLO4yf6zmO7U2yqFBptAgRY7bdbi8VTNw/8AEw8bDYRqaVJ5MBZvLb51ZZHMg60FoCstwdQAAJEbDTot3pXOBlbWjEarxymbjt19a57vHKtceY+b57DCNERHKCIIsfO4pfJTBPetPxUIjxirCYgLBhJgk3BHKd5HM+tZvJAaT0kx5TauvG7m2OXF0YwzY+dTaJFcRbV1qZPsWWPhX8oqo9r2IymJHVB/+Rat8s3gT8o+lVXtaP8A0uJ/o+TrV3oPl2jrRwkDvUBc1JqgA4sUFz5VPFpZxQNhzauFrUU4NqG+XPKhbyUZBS6KedHR4250KiQoTXMmiPYd6A29B1d+zX9Z/f7vSXGz4x5H609wGyN51XcbEuPL7mlOxf5V1dmoBeU1MYdUhe5T3R++RpDjGw9fqa9Xqmdoqlwt/Wn8tz9PrXq9V0os8DYedP4HPyr1erNSA3pzB39K9XqA3vBf+FheVXNer1cOXdbQvmdh+YfWvYvvN+X712vUQKDiG5/+bLfVKe4n/wAM/k/8BXa9XR5eojDuqbgv/ET/AONf/wBlNnYef/iK9Xqjydrx6Zb/AOoO2F+VvqtZjh/uerfWvV6ujx/zGWf9GcLn6V0869XqtL6/kv8Ahp+RfpVf7V/+2xPJf+8V6vVd6D5inOvJz8zXq9UADF3pVq9XqCNpsnlU1516vUms6Kt71RWvV6maONzoeHvXq9QKvuCe43mfpVXxb3v31r1epTs70Uxvf+Few9q9XqaH/9k=

midori_katana Publish time 27-7-2021 04:01 PM

akak ingat2 tgk citer ni masa akak kecik2 dulu. tgk kat tv la.. pastu tak pernah tayang dah sbb kontroversi watak ahmad mahmud menyembah berhala tu..

WilliamJ748 Publish time 11-8-2021 08:03 PM

A really good post, very thankful and hopeful that you will write many more posts like this one.
FirstCallOnline
Pages: [1]
View full version: Fakta Menarik Filem Pertama Buah Tangan Tunku Abdul Rahman


ADVERTISEMENT