Raline Publish time 23-6-2021 10:53 AM

Ngerinya Tradisi Tahunan Di Festival Vegetarian Phuket

Mencucuk Objek Tajam Pada Wajah Menjadi Tradisi Tahunan Di Festival Vegetarian Phuket

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/Phuket_Vegetarian_Festival.jpg

Festival yang paling popular di Phuket, Festival Vegetarian Phuket adalah perayaan berwarna-warni yang berlangsung pada bulan lunar ke-9 mengikut kalendar Cina, biasanya pada bulan September atau Oktober.

Pada hari-hari menjelang Festival Vegetarian Phuket, bandar ini dihiasi dengan bendera Cina yang bewarna kuning. Penduduk di kawasan ini akan bersiap sedia untuk festival tersebut dengan membersihkan tempat suci, mendirikan pentas, menggantung hiasan dan aksesori perbarisan yang diilhamkan oleh orang Cina.

Acara ini juga dikenali sebagai Nine Emperor Gods Festival, Phuket Vegetarian Festival adalah gabungan tradisi dan faktor kejutan yang luar biasa di dunia. Acara ini meraikan kepercayaan masyarakat Cina tempatan dengan pantang makan daging semasa festival akan memberi kesihatan yang baik dan fikiran yang jernih.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/IMG_20210506_124828.jpg

Namun festival ini bukan untuk seseorang yang berhati lemah kerana ia terkenal dengan tradisi yang melampau dan upacara-upacara dashyat. Salah satu tradisi dan upacara dashyat itu adalah mencucuk objek tajam seperti pedang ke muka sehingga lidah dan pipi terpotong. Tindakan menahan sakit ini untuk membersihkan diri dan menanggung dosa masyarakat.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/103836350_phuket23.jpg

Acara ini dilakukan oleh sukarelawan yang dikenali sebagai Masong. Mereka yang mahu melakukan acara ini tidak boleh mempunyai keluarga dan belum berkahwin sahaja.

Kesan kepada tradisi ini, mereka memerlukan rawatan perubatan yang berpanjangan dan muka mereka akan dipenuhi parut, jahitan dan balutan walaupun festival tersebut sudah berminggu-minggu tamat.

Kini, Festival Vegetarian Phuket telah menarik pengunjung dari seluruh dunia kerana terdapat banyak gerai yang menjual makanan vegan, perarakan yang meriah, bunga api serta acara yang mengerikan.

Sumber:https://plus.wiser.my

hayati_hassan Publish time 23-6-2021 11:34 AM

rasanya kat msia pun ada
nine days fasting masa nielah peniaga veggie buat duit gila2:lol:

shernazz Publish time 23-6-2021 11:37 AM

Slalu sini tau time thaipusam.je

Purina Publish time 23-6-2021 11:46 AM

Ngilu pulak tgok gambar cucuk2 kt muke tu..

damsel_fiji Publish time 23-6-2021 11:49 AM

err x sakit ke dekkkk

sharlenetexas Publish time 23-6-2021 12:18 PM

Mcm thaipusam.

Artemesiaa Publish time 23-6-2021 01:18 PM

Betul tu kat Malaysia pun ada je festival macam ni tapi tak semua tempat merayakannya
Pages: [1]
View full version: Ngerinya Tradisi Tahunan Di Festival Vegetarian Phuket


ADVERTISEMENT