Pink59 Publish time 23-6-2021 12:46 AM

Korang pasang awning jenis apa?

Jenis-jenis awning rumah yang mana paling sesuai untuk dipasang di rumah!

Tapi sebelum tu, untuk apa kita pasang awning? :o Ada 2 fungsi utama awning :

Melindungi daripada sinaran matahari terus masuk ke dalam rumah

Melindungi rumah atau kereta daripada terkena air hujan

Yg penting kena bijak memilih jenis dan warna awning, risau nanti gelap pula dalam rumah :mad:;P

Setakat ni yg meols tau ada 5 jenis awning yg ada:

1. Pergola
- Berasaskan kayu ganti besi sebagai struktur sokongannya.
- Lapisan atap guna material jenis polycarbonate, ganti atap genting.
- Lebih moden ; telus cahaya (rumah tak gelap)
- Lebih kemas

2. Aluminium Composite Panel (ACP)
- ACP ; bahan plat rata diperbuat drpd polietylene (PE) dan disalut dengan aluminium pada kedua-dua bahagian.
- Pasang sekali dengan kaca,papan iklan, atau panel kanopi.
- Sangat ringan tapi kukuh

3. Polycarbonated
- Senang pasang
- Flexible, boleh melengkuk
- Jimat masa nk psg
- Tahan lasak, amik jangka masa lama nak rosak.

4. Metal Deck
- Awning jenis zink
- Lebih murah dan jimat
- Ada byk warna
- Tapi kalau jenis nipis senang bocor, rosak
- Bising time hujan

5. Lain-lain :
- Glass
- Aluminium louvers
Cantik, kemas, elegant, tapi mahal!!! :curse::'(

Korang guna yg mana. Ok tak? Dah berapa tahun guna?

katakauu Publish time 23-6-2021 06:38 AM

rumah aku pakai awning acp...
aku dpt harga sekaki rm16 tp skang dir dh jd 20 sekaki
tp tulah.. kerjanya amik masa berminggu.. .
pg die buat rumah lain ptg nk ptg br buat umah aku.
harini naik besi
esok cat besi tu plak.. mmg makan hari..
tp oklah..

Pink59 Publish time 23-6-2021 06:46 PM

katakauu replied at 23-6-2021 06:38 AM
rumah aku pakai awning acp...
aku dpt harga sekaki rm16 tp skang dir dh jd 20 sekaki
tp tulah.. ke ...

Adoi boleh pulak buat siket2, kurang pekerja ke cmne tu. buat la terusss

katakauu Publish time 23-6-2021 08:26 PM

Pink59 replied at 23-6-2021 06:46 PM
Adoi boleh pulak buat siket2, kurang pekerja ke cmne tu. buat la terusss

jenis nk masuk kiri kanan bos. mcm tula.. apa mau kataaa...
Pages: [1]
View full version: Korang pasang awning jenis apa?


ADVERTISEMENT