Raline Publish time 22-6-2021 06:35 PM

Rupanya Ini Sebab Kenapa Sangat Sukar Untuk Memukul Lalat

Rupanya Ini Sebab Kenapa Sangat Sukar Untuk Memukul Lalat

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/INTRO-768x498.png
Pernah anda terfikir mengapa sangat sukar untuk memukul lalat padahal ia hanyalah makhluk yang kecil berbanding manusia? Bagaimana lalat yang kecil ini boleh menjadi begitu pantas dan hampir mustahil untuk menangkapnya?

Jadi teruskan membaca untuk mengetahui sebab kenapa sangat sukar untuk memukul lalat.

Menurut kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B, lalat sebenarnya lebih pantas daripada serangga lain kerana kemampuannya untuk bertindak lebih laju. Kepantasan lalat untuk melarikan diri disebabkan sayap belakangnya yang diubahsuai dalam bentuk baton iaitu haltere. Ia membantu lalat untuk merancang dan mengawal jalan melepaskan diri dari bahaya dengan cepat.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/2a6dcff0cdccce142eb0db929e62dd09.jpg
Lalat boleh menjadi begitu pantas kerana haltere juga mampu menstabilkan penerbangan mereka. Jadi saintis membuang haltere lalat untuk melihat sama ada ia mampu bergerak dengan pantas atau tidak. Terbukti, lalat bergerak lebih perlahan dan kurang stabil tanpa haltere.

Namun, membuang haltere pada spesies lalat yang lain tidak akan memberi kesan. Ini menunjukkan bahawa kumpulan lalat ini menggunakan organ deria untuk membantu melarikan diri dengan cepat.

https://i.imgur.com/OlnJFP1.gif

Cara Membunuh Lalat
1. Campurkan cuka epal dan cecair pencuci pinggan sebagai perangkap yang sempurna untuk menarik dan membunuh lalat.

2. Ramuan herba seperti rosemary, pudina atau selasih boleh menghindari lalat dari masuk ke dalam rumah kerana baunya yang kuat. Ia juga boleh menghalau serangga lain seperti nyamuk dan semut.

3. Lalat juga bencikan bau sitrus, jadi letakkan potongan kecil kulit oren di sepanjang tingkap dan pintu di rumah anda.

Sumber:https://plus.wiser.my

krustykrab Publish time 22-6-2021 07:14 PM

Aku lastik je lalat no..blajo dari laki aku...kna pandai aim...mesti mampos lalat tu

SalenaGomez Publish time 22-6-2021 08:12 PM

Kalau SG pakai je pemukul lalat kedai rm2…mmg sap sap sui kejap je mati

Cuma benda alah tu xtahan lama…senang crack …tp ok le rm2 je …itupon dpt 2 pemukul

namemysoul Publish time 22-6-2021 11:36 PM

Beli aje pelekat lalat....kompem suma sangkut....tmasuklah cicak skali...
Hehehehe

katakauu Publish time 23-6-2021 06:39 AM

pukul je la;P
Pages: [1]
View full version: Rupanya Ini Sebab Kenapa Sangat Sukar Untuk Memukul Lalat


ADVERTISEMENT