Raline Publish time 22-6-2021 06:27 PM

Kembar ular dan manusia memang wujud?

KEMBAR ULAR

https://i2.wp.com/fiksyenshasha.com/wp-content/uploads/2020/11/125467086_3547421825352257_5440397682818017991_o.jpg?resize=1536%2C1023&ssl=1
Hi assalamualaikum semua. Nama aku Na. Kisah yang aku nak cerita ni lebih kepada kisah mistik yang benar2 terjadi pada adik beradik ibu aku. Aku kurang la bab karang ayat ni, tapi aku cuba. Ayat aku semua agak “detail” dari segi bahasa dan penggunaan kata sebab takut ada yang tak faham kalau aku buat “shortform” takut jugak ada yang kata aku mereka cerita.

Harap pembaca tak bosan ya sebab panjang hehe.

Bismillah.
Ibu aku dilahirkan di Perak. Khabarnya kisah mistik yang aku nk cerita ni memang femes la di negeri tersebut. Ibu aku ada 10 orang adik beradik, dia yang ke-6. Tetapi takdir Tuhan nenek aku keguguran 3 kali. Lepas nenek keguguran, ada rezeki Allah bagi untuk menimang cahaya mata baru. Tapi yang agak musykil sikit bidan cakap ada sepasang dalam perut nenek aku. Bila lahir, keluar sorang pulak.

Aku namakan adik ibu aku ni Siti.
(Bukan nama sebenar)

Lahirnya seperti orang biasa, dibesarkan dengan penuh kasih sayang kakak & abang. Cerita ni bermula masa nenek nak sangkut baju di ampaian dekat balkoni rumah. Nenek bawa la siti ni sekali letak di balkoni & biar dia main. Masa kejadian tu pulak kebetulan tokwan aku ada dekat rumah baru ja balik dari Singapura sebab tokwan aku polis bertugas dekat sana.

Lepas habis nenek sidai baju, masa nenek nak naik balkoni tu nenek ternampak ada seekor ular hitam ada dekat siti ni. Masalahnya tak dengar bunyi menangis pun, kot lah kena patuk ke apa, tapi lagi seronok ketawa main dengan si ular siap pegang pulak tu. Masa ni siti baru nak masuk dua tahun lebih kurang la. Keadaan ular tu nenek cakap kepalanya menghadap muka siti & tak bergerak langsung. Nenek memang gelabah la masa tu jerit panggil tokwan, tak sempat nak ambil apa-apa untuk pukul, si ular tu dah melingkar pergi. Nenek ingat mungkin sebab kawasan kampung kan sebab tu ada benda macam tu.

Lepas pada kejadian tu, dalam dua tiga hari pulak si ular hitam ni datang semula. Nak jadi cerita masa dia menyelinap tokwan tengah tebas rumput. Malangnya tokwan tak perasan langsung kehadiran si ular ni masuk ke rumah. Ibu dengan kakak yang lain tolong nenek masak, buat kerja rumah tapi bergilir jugak jaga siti. Siti ada dekat ruang tamu. Nenek jugak yang jumpa ular tu sekali lagi dan jerit panggil tokwan. Ibu mana tak takut kan ular betul-betul depan mata anak. Pantas jugak tokwan katok ular tu tak pasti m**i ka tidak tapi memang lembik la. Dan tokwan buang ular tu dekat sungai belakang rumah. Ular kan susah nak m**i walaupun putus kepala dari badan pun masih boleh mematuk.

Alhamdulillah tak ada lagi gangguan. Sampai satu hari ni siti demam panas. Dengan tiba-tiba. Masa siti demam panas, nenek selalu dapat mimpi. Banyak mimpi nenek cakap. Tapi semua berkaitan siti. Memang nenek tak fikir apa lagi masa tu. Sebab mimpi mainan tidur. Tapi nenek ada bagi tau tokwan, tokwan cakap jangan layan sangat.

Tak cukup dengan demam panas, kulit siti jadi bersisik tau. Macam kulit mengelupas dan bila kita tarik dia jadi seketul macam sisik, ha macam tu. Nenek & tokwan tak fikir apa lagi masa tu, cuma jaga sendiri mana tahu sembuh kan. Tapi ikhtiar jugak dari orang kampung. Panggil ustaz semua. Macam jenis ubat orang kampung bagi. Rupanya tak okay. Siti lagi teruk. Siti jadi lemah gemalai macam orang takda tulang dalam badan. Lepas seminggu dapat sakit tu, sakit baru pulak datang. Boleh dikatakan setiap seminggu akan ada penyakit baru.

Tau tak demi kesembuhan anak, nenek & tokwan merantau sehingga di siam. Sebab ada orang kampung cakap orang siam ni pandai berubat. Tokwan ada kawan sekampung bertugas sekali di Singapura yang fasih berbahasa siam, dia la jadi panduan arah untuk nenek & tokwan sampai di siam. Nenek cakap terlalu sedih, hiba bila bawa siti macam bawa jasad tanpa nyawa. Terlalu sedih keadaan siti. Ibu cakap sebenarnya nenek & tokwan ni tak percaya sangat benda khurafat, melibatkan bomoh-bomoh ni, tapi untuk kesembuhan siti, ikhtiar dan nasihat orang kampung nenek gagahkan jugak. Niat hanya untuk berubat siti.

Bila dah smpai siam dan bertemu bomoh siam, lepas bomoh tu tengok keadaan siti, (hanya melihat keadaan siti, tak ada renjisan air, tak ada menggunakan asap-asap seperti dalam tv) bomoh tu cakap dekat kawan tokwan yang fasih siam tu “Dia ada kembar….”

Aku buat dialog sikit supaya korang faham. Jawapan tokwan adalah berdasarkan pertanyaan yang kawan tokwan translate kan balik dari soalan bomoh tu.

Bomoh siam : Dia ada kembar yang sedang sakit sekarang, jadi dia merasakannya sekali kerana mereka berdua ada perhubungan d***h.
Tokwan : Dia tak ada kembar hanya seorang saja.
Bomoh siam : Tidak, dia mempunyai kembar ghaib yang berkongsi satu rahim. Kembarnya adalah seekor binatang.
Tokwan : Boleh kami tahu binatang apa tu?
Bomoh siam : Kembarnya itu merupakan seekor ular. Saya tidak boleh berbuat apa apa.
Tokwan : Ada cara perubatan lain untuk menyembuhkan siti?
Bomoh siam : Tidak, hanya perlu temukan mereka berdua.

Lepas dapat jawapan dari bomoh siam tu, nenek dan tokwan terus tergamam. Dah terlambat, sebab dari awal penceritaan atuk kan dah pukul ular tu sehingga lembik dan dibuang ke dalam sungai kan. Mustahil nak cari. Sebenarnya sukar untuk nenek percaya, tetapi memandangkan kembar manusia bersama haiwan wujud ketika itu, tambahan pulak bidan cakap ada sepasang dalam perut nenek membuatkan nenek dan tokwan makin bersedih hati.

Rupanya si ular tu datang nak jumpa kembar dia sendiri. Patut lah si ular tak buat apa apa. Namun itu kan semua ketentuan Allah, kita tak tahu. Nenek dan tokwan pulang semula ke Perak tanpa membawa apa-apa bekalan ubat. Hanya membawa hati yang lara melihat keadaan anak.

Hanya dengan menjaga siti sebaik mungkin, walaupun badan siti seperti jasad tak bernyawa (Ada petikan yang tokwan katok ular tu sampai lembik kan, nenek cakap macam mana lembiknya ular tu, macam tu la siti) dan ikhtiar dari ustaz walaupun harapan siti untuk sembuh itu tipis, sehinggalah siti menghembuskan nafas terakhir di pangkuan nenek serta tokwan semua. Siti pergi dalam keadaan sakit kerinduan mungkin pada kembarnya. Ustaz ada cakap pada tokwan, bahawasanya percayalah pada apa yang Allah tentukan, hanya orang terpilih dapat merasakan detik detik ini. Lepas pada kejadian ni, timbul di kampung sebelah pulak katanya ada kembar manusia dengan seekor buaya. Apapun Allah Maha Besar. Sekian kisah kembar ular dari aku, Na

Semoga siti, tokwan & nenek tenang disana.
Al fatihah.

Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang khilaf datangnya dari Na sendiri. Terima kasih pada yang sudi baca, dan terima kasih pada admin seandainya publish cerita kisah kembar ular ini.

Sumber : fiksyenshasha.com

Raline Publish time 22-6-2021 06:35 PM

https://1.bp.blogspot.com/-naN6Cde5_Ho/WaJe2hnjvGI/AAAAAAAAc24/D_xDbkwakPQYUubfM187ehMLdzB6aAY3QCLcBGAs/s1600/ular.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-k2u2MSxbiRs/WaJhGChVlEI/AAAAAAAAc3E/yocxcXvJBJ0X0CPkJ-XKfF21ia5b-obfACLcBGAs/s640/kmbr%2Bular.jpg

Raline Publish time 22-6-2021 06:36 PM

https://wanikiter.blogspot.com/2017/08/bukan-dongengkejadian-aneh-di-merlimau.html

Paiya Publish time 24-6-2021 10:53 PM

entahlah..

nak kata tipu
tapi...
Pages: [1]
View full version: Kembar ular dan manusia memang wujud?


ADVERTISEMENT