Raline Publish time 22-6-2021 06:26 PM

La Pascualita, Anak Yang Diawet Sebagai Patung Pengantin

La Pascualita, Anak Yang Diawet Sebagai Patung Pengantin

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/Corpse-Bride-1-1.jpg

Selama lebih dari 80 tahun, pelawat dari seluruh dunia tertarik dengan kisah lagenda La Pascualita iaitu patung pengantin yang dipamerkan di kedai gaun pengantin di Chihuahua, Mexico. Mereka pergi ke kedai tersebut untuk melihat jika patung pengantin itu benar-benar mirip seperti manusia sebenar.

Patung pengantin itu dikenali sebagai La Pascualita kerana ia diperbuat daripada lilin, mempunyai mata kristal, bulu mata, rambut dan tangan seakan semulajadi.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/la-pascualita-face-hands.jpg
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/pascualita-1575306528494-1.jpg

Selepas itu, Esparza mengawet anak perempuannya sebagai patung dan meletakkannya di tingkap kedainya supaya dia boleh menjadi pengantin yang paling cantik selama-lamanya. Oleh itu, patung ini mempunyai nama samaran iaitu “pengantin Chihuahua yang paling cantik”.

Namun, apabila Esparza meninggal pada tahun 1967, perkara-perkara aneh mula berlaku di dalam kedainya. Saksi mengatakan bahawa patung itu mula bergerak untuk menghidupkan lampu dan berjalan di dalam dewan. Orang lain juga pernah melihat patung itu senyum, berpeluh dan menangis pada waktu malam.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/05/pascualita-night.jpg

Versi yang berbeza dari kisah legenda ini mengatakan sehingga hari ini kebanyakan pengantin akan membeli baju yang dipakai oleh La Pascualita kerana mereka percaya ini menjamin perkahwinan yang panjang dan bahagia.

Terdapat juga orang-orang yang percaya bahawa patung ini mampu memberi keajaiban dan mereka mengambil lilin untuk meminta bantuan atau mencari cinta dalam hidup mereka. Sementara yang lain takut kepadanya dan memilih untuk tidak melewati kedai tersebut pada waktu malam .

Jika dilihat dengan teliti, patung ini memiliki ciri-ciri manusia seperti kedutan di wajah yang ketara serta bentuk kuku dan garis-garis di tangannya yang sangat jelas.

Sumber:https://plus.wiser.my

orgsepang Publish time 23-6-2021 01:14 PM

Tangan tu memang macam betul. Harap bukan tangan yang diawetlah.:funk:

Ferr_Remy Publish time 23-6-2021 01:56 PM

Maklumat tak lengkap. Tibe2 Esparza awet anak die jadi patung... Awet hidup2 ke mati? Entah ape2 punya artikel. Copy paste ke? Citer da best tp byk trgantung.

Raline Publish time 23-6-2021 02:44 PM

Ferr_Remy replied at 23-6-2021 01:56 PM
Maklumat tak lengkap. Tibe2 Esparza awet anak die jadi patung... Awet hidup2 ke mati? Entah ape2 pun ...

xpe sy update lagi.... nk ambil masa translate

Ferr_Remy Publish time 23-6-2021 05:00 PM

Raline replied at 23-6-2021 02:44 PM
xpe sy update lagi.... nk ambil masa translate

Ok iols tgu. Malas nak google sndiri. Haha

napsiah123 Publish time 1-7-2021 12:42 AM

Sambung lah cerita

lurve82 Publish time 1-7-2021 02:10 PM

Teringt citer house of wax…
Pages: [1]
View full version: La Pascualita, Anak Yang Diawet Sebagai Patung Pengantin


ADVERTISEMENT