Raline Publish time 21-6-2021 12:32 PM

Ini Sebab Kenapa Anda Mengalami Mimpi Ngeri

Ini Sebab Kenapa Anda Mengalami Mimpi Ngeri

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/nightmare-disorder.jpg

Bermimpi adalah salah satu aspek tidur yang paling rumit dan misteri. Walaupun mimpi boleh menjadi indah, namun ia juga boleh bertukar kepada sesuatu yang menakutkan dan ngeri.

Apabila anda mengalami mimpi buruk yang menyebabkan anda terbangun, ia dikenali sebagai mimpi ngeri. Mengalami mimpi buruk atau ngeri adalah normal, namun bagi sesetengah orang yang kerap mimpi ngeri yang berulangan boleh menggangu tidur dan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

Mengetahui perbezaan antara mimpi ngeri dan gangguan mimpi ngeri adalah langkah pertama untuk menangani sebab-sebab kenapa boleh berlaku mimpi ngeri dan membantu anda tidur lebih baik.

Apa Itu Mimpi Ngeri?

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/0e81053c-707f-11e8-9a75-8898ac94ce9e.jpg
Mimpi ngeri adalah mimpi yang mungkin menakutkan, pelik, atau sebaliknya. Ia sering berlaku semasa rapid eye movement (REM) iaitu tahap tidur yang berkaitan dengan pergerakan mata dengan pantas. Mimpi ngeri lebih kerap berlaku selepas 12 tengah malam.

Apabila anda bangun dari mimpi ngeri, ia sangat normal untuk mengetahui apa yang berlaku dalam mimpi itu, dan ramai akan berasa cemas dan kecewa tentang mimpi tersebut. Gejala fizikal seperti perubahan kadar jantung atau berpeluh boleh dikesan selepas bangun juga.

Apa itu Gangguan Mimpi Ngeri?

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/woman-after-a-nightmare_5b239d95e7544.jpg

Walaupun kebanyakan orang mempunyai mimpi ngeri dari semasa ke semasa, gangguan mimpi ngeri berlaku apabila seseorang mempunyai mimpi buruk yang sering mengganggu tidur dan mood di siang hari. Ia adalah gangguan tidur yang dikenali sebagai parasomnia. Parasomnias termasuk pelbagai jenis tingkah laku yang tidak normal semasa tidur.

Orang yang mempunyai mimpi ngeri sekali-sekala tidak mempunyai gangguan mimpi ngeri. Sebaliknya, gangguan mimpi ngeri melibatkan mimpi buruk yang berulang sehingga memberi masalah yang ketara dalam kehidupan seharian mereka.

Apa Punca Mimpi Ngeri?

1. Tekanan dan kebimbangan
Situasi sedih, traumatik, atau membimbangkan boleh mendorong tekanan dan kebimbangan yang akan menyebabkan kenapa boleh mimpi ngeri. Orang yang mengalami tekanan kronik dan kebimbangan mungkin lebih cenderung untuk mengalami gangguan mimpi ngeri.

https://thumbs.gfycat.com/OptimisticColorlessAustralianshelduck-size_restricted.gif

2. Keadaan Kesihatan Mental
Kadar berlakunya mimpi ngeri lebih tinggi oleh orang yang mengalami gangguan kesihatan mental seperti gangguan tekanan pasca traumatik (PTSD), kemurungan, gangguan kecemasan, bipolar dan skizofrenia. Orang dengan PTSD sering bermimpi ngeri sehingga menyumbang kepada insomnia.

https://i.pinimg.com/originals/e1/96/f4/e196f4eddf2218bd1d44628ca03342a4.gif

3. Kekurangan Tidur
Selepas tempoh tidur yang tidak mencukupi, seseorang sering mengalami REM yang boleh mencetuskan mimpi ngeri.

http://68.media.tumblr.com/52dcaed952ebb8c75574c0e9c0b1bdee/tumblr_odwz68faqG1rp0vkjo1_500.gif


4. Buku Dan Filem Yang Menakutkan
Bagi sesetengah orang, membaca buku-buku atau menonton filem yang menakutkan terutamanya sebelum tidur boleh dikaitkan dengan mimpi ngeri.

Sumber:https://plus.wiser.my

Lengkong Publish time 21-6-2021 12:56 PM

Tq tt



nazzse Publish time 21-6-2021 02:18 PM

aku jenis kena mimpi ngeri dulu baru dapat tidur lena

Zazama Publish time 22-6-2021 03:32 PM

Anak iols masa dia sekolah rendah dulu (skrg dh abis spm), pernah bermimpikan arwah nenek dia (mak iols). Anak cite dlm mimpi tu, nenek dtg tersenyum je tak ckp apa. Pakai baju kurung bunga2 dan anak iols kata bau neneknya tu mcm bau tanah. Esok pagi bila bangun tido, kat tepi katil atas lantai, ada butiran tanah kering. Tp bukanlah banyak. Tak tau la nk ckp pasal apa mcmtu...

noor2 Publish time 22-6-2021 07:55 PM

Baru ni akak mimpi harimau cuba nk terkam.akak...tapi tah mana datang kekuatan aku bunuh harimau tu walau dlm mimpi tu aku takut juga.

Sakit pula hati akak mimpi bukan2....
Pages: [1]
View full version: Ini Sebab Kenapa Anda Mengalami Mimpi Ngeri


ADVERTISEMENT