adila39 Publish time 21-6-2021 12:13 AM

[Info ] Apa perlu dibuat bila diserang asthma/asthma emergency response

Salam..everyone.
A video clip for simple steps on asthma emergency.

sumber : Asthma Malaysia


https://fb.watch/6f8tGVC8Tr/


@ipes2

lavendernovella Publish time 21-6-2021 02:14 AM

Edited by lavendernovella at 21-6-2021 02:16 AM

Sebagai seorang penghidap asma.

Inhaler mesti ada 1 dalam beg tangan, 1 kat katil. Yang baru masih dalam kotak perlu disimpan dalam almari pakaian. So semua ada 3.

Pil salbutamol pun ada simpan sikit. Yang ni letak kat tempat yang mudah dicari. Secara peribadi prefer makan pil dari pakai inhaler. Tapi inhaler ni cepat relief. Pil amik masa sikit. Sesetengah orang tremor kalau makan pil. So far untuk diri sendiri ok jer.   

Mesin nebulizer pun ada yang besar. Kena pakai lagi2 time jerebu teruk, klinik kos tinggi lagipun kat klinik kongsi2 , pernah dpt mask nebu yang kotor berdaki tak taulah berapa ratus orang dah pakai, so beli mesin dan mask sendiri boleh pakai bertahun2. Dalam peti ais simpan lah sikit bebuli nebulizer. Overall mesin ni sangat jarang pakai.

Sebab mesin dah lama, beli portable nebulizer yang kecil. Harga pun lebih murah dari mesin yang besar. Overall ok, baru try sekali.

Satu tamparan paling menyakitkan bila diserang asma, ada sesetengah orang sekeliling tak percaya dan memperlekehkan. Its like , mengadanya, buat kerja sikit pun semput.. itu tak boleh ini tak boleh, exercise lebih sikit kasi peparu tu clear ... and on and on. So tahap kesedaran masyarakat boleh dikatakan masih rendah.

ipes2 Publish time 21-6-2021 02:40 AM

article yang berguna, Mod
terima kasih

ipes2 Publish time 21-6-2021 02:42 AM

lavendernovella replied at 21-6-2021 02:14 AM
Sebagai seorang penghidap asma.

Inhaler mesti ada 1 dalam beg tangan, 1 kat katil. Yang baru mas ...

saya sangat tidak gemar mendengar masih ada oarng sekeliling yang berpendapat demikain terhadap saudari dan mana2 pengidap asthma yang lain, seperti yang saudari mentioned in your last paragraph.mereka ini memerlukan pengajaran dari kehidupan - mungkin life will treat them a lesson

adila39 Publish time 21-6-2021 08:06 AM

lavendernovella replied at 21-6-2021 02:14 AM
Sebagai seorang penghidap asma.

Inhaler mesti ada 1 dalam beg tangan, 1 kat katil. Yang baru mas ...

yq lavender... hopefully awak sentiasa sihat ya and in control.

adila39 Publish time 21-6-2021 08:07 AM

Edited by adila39 at 21-6-2021 12:23 PM

ipes2 replied at 21-6-2021 02:40 AM
article yang berguna, Mod
terima kasih
sama sama doc...btw penyakit ni mmg xkan baik? @ipes2

adila39 Publish time 21-6-2021 08:23 AM

ipes2 replied at 21-6-2021 02:42 AM
saya sangat tidak gemar mendengar masih ada oarng sekeliling yang berpendapat demikain terhadap sa ...

yeap.. they will. And thoseyg xpernah lalui situations yg sukar selalunya bersikap mcm ni suka perlekeh org.

CatMiow Publish time 21-6-2021 08:40 AM

lavendernovella replied at 21-6-2021 02:14 AM
Sebagai seorang penghidap asma.

Inhaler mesti ada 1 dalam beg tangan, 1 kat katil. Yang baru mas ...

Nebu tu yg rega rm4k ke?Sama tak dengan mesin oksigen?

CatMiow Publish time 21-6-2021 08:46 AM

ipes2 replied at 21-6-2021 02:42 AM
saya sangat tidak gemar mendengar masih ada oarng sekeliling yang berpendapat demikain terhadap sa ...

Dr asma ni bnyk peringkat ek? Bagaimana nak tahu berapa teruk asma seseorang? Kenapa ada yg sampai makan ubat?

Lagi 1, nafas suami ada bunyi mcm whez...Gitu masa dia bernafas,dah pum pun masih bunyi,perlu segera jumpa dr ke mcmna?Sbb tak berani nak g hospital,labuan ni bnyk kes c19. Lagi satu dia mcm tak endah sangat, dari bulan lepas lagi dah suruh,tak pergi2 juga.

Saya G klinik swasta hri tu pun dr duk perambat keluar cepat,tunggu ubat staff dia hantar ke kereta.

Tinot7 Publish time 21-6-2021 08:47 AM

lavendernovella replied at 21-6-2021 02:14 AM
Sebagai seorang penghidap asma.

Inhaler mesti ada 1 dalam beg tangan, 1 kat katil. Yang baru mas ...

Semoga sihat2 jahh.. la ni sumer wfh sbb pandemik, voley la elak drp kluar hirup udara berjerebu..

adila39 Publish time 21-6-2021 10:28 AM

CatMiow replied at 21-6-2021 08:46 AM
Dr asma ni bnyk peringkat ek? Bagaimana nak tahu berapa teruk asma seseorang? Kenapa ada yg sampai ...

hi cat...

ermm kena gi clinic tu or jumpa physician baru boleh tau... pastu nebu ni xleh simply beli sbb dia ada perbezaan ikut level astma...

covid sana tinggi lagi keee

CatMiow Publish time 21-6-2021 10:42 AM

adila39 replied at 21-6-2021 10:28 AM
hi cat...

ermm kena gi clinic tu or jumpa physician baru boleh tau... pastu nebu ni xleh simply ...

Hi mod,

I c,berminat juga nak beli nebu tu kalau dpt buat sndiri kat rmah.

C19 kat labuan kira Tinggi,sebab penduduk pun tak ramai,lagi la menakutkan.Ada hospital tentera nak d bagunkan kat sini.Tak pasti jenis permanent building atau yg jenis kemah tentera yg kita tengok dlm movie perang2.

Selalu kalau letih sangat,asma suami dtng kami g kecemasan je,sekrng tak berani.Dr pun tak galakkan g.

Most private clinic yg orng suka g sebab reputation baik,pun ada buat covid test.So masih ada risiko juga walaupun ada yg jadual covid test sblh petang.

Biasa g private ni orng2 Oil and gas,orng OnG ni pun sbnrnya ada yg +ve,tapi tak ramai berbanding orng awam.

tombolpintu Publish time 21-6-2021 12:00 PM

As asthmatic, saya nak derma darah pun doktor tak benarkan..sedih plak..reason being sbb saya consume montelukast on daily basis...ye betul kesedaran kurang berkenaan asma..masyarakat fikir ini penyakit biasa2 sahaja yg kadang2 dibuat2

adila39 Publish time 21-6-2021 12:17 PM

CatMiow replied at 21-6-2021 10:42 AM
Hi mod,

I c,berminat juga nak beli nebu tu kalau dpt buat sndiri kat rmah.


oh ye ke...maybe cat boleh google keadah to avoid asthma ni, on food and lifestyle and yeah hopefully dapat gi clinic soon. Sbb xleh jugak ignore pesan husband jaga kesihatan ok. Other than that cat pun jaga kesihatan and keep ingatkan.

ohh hospital askar? samada kem atau bangunan kekal tu dont worry..pastinya utk memudahkan org disana. labuan ni alamak k dila x sure kawasan dia bandar jugakla kan?

adila39 Publish time 21-6-2021 12:22 PM

tombolpintu replied at 21-6-2021 12:00 PM
As asthmatic, saya nak derma darah pun doktor tak benarkan..sedih plak..reason being sbb saya consum ...

saya baru tau ada persepsi mcm ni, sbb tak ke banyak je kes kita dgr sesak nafas sbb asthma and ada yang sebabkan kematian so i terkejut gak depa ingat sakit ni x serius..anway stay healthy!

Lagubestbest Publish time 21-6-2021 12:23 PM

Err.. Sedut inhaler sebanyak 12 puffs. Dos sama dengan satu nebulizer.

lavendernovella Publish time 21-6-2021 05:12 PM

ipes2 replied at 21-6-2021 02:42 AM
saya sangat tidak gemar mendengar masih ada oarng sekeliling yang berpendapat demikain terhadap sa ...

Memang ada segelintir. Mungkin sebab mereka ni tak rasa apa yang dialami penghidap asma.

lavendernovella Publish time 21-6-2021 05:13 PM

adila39 replied at 21-6-2021 08:06 AM
yq lavender... hopefully awak sentiasa sihat ya and in control.

Terima kasih, cuma alergik pada asap semakin meningkat. Lagi2 asap rokok. Sebolehnya mmg elak tempat2 tertentu.

lavendernovella Publish time 21-6-2021 05:15 PM

CatMiow replied at 21-6-2021 08:40 AM
Nebu tu yg rega rm4k ke?Sama tak dengan mesin oksigen?

Mesin oksigen tu saya tak tau. Tapi mesin nebulizer biasa ada dijual kat farmasi besar, harga dalam 2- 3 ratus dulu. Skg tak pasti. Kalau mahalboleh beli portable , bawah 1 ratus.

lavendernovella Publish time 21-6-2021 05:16 PM

Tinot7 replied at 21-6-2021 08:47 AM
Semoga sihat2 jahh.. la ni sumer wfh sbb pandemik, voley la elak drp kluar hirup udara berjerebu..

Kena duduk kawasan pergunungan udara bersih haha... tapi time jerebu mmg rasa macam ikan takdak air.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: [Info ] Apa perlu dibuat bila diserang asthma/asthma emergency response


ADVERTISEMENT