Raline Publish time 20-6-2021 09:23 PM

Berakhir Dengan Tragis, Cinta Laila Dan Majnun Kekal Mekar

Walaupun Berakhir Dengan Tragis, Cinta Laila Dan Majnun Kekal Mekar

Kisah cinta Laila dan Majnun sangat terkenal dan menjadi sebuah legenda. Dipercayai kisah mereka berdua inilah yang menjadi sumber inspirasi kisah romantik lain yang terkenal. Ia berdasarkan kisah sebenar seorang lelaki muda yang dipanggil Qays ibn al-Mullawah dari Semenanjung Arab Utara, di era Umayyad pada abad ke-7. Kisah cinta “Laila dan Majnun” masih kekal walaupun berakhir dengan tragis.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/laila_majnu_wj70-e1317831499371.jpg

Laila adalah seorang gadis cantik yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Bak puteri, dia harus berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan hidup dalam kemuliaan dan kemegahan. Tetapi cinta tentunya lahir dari hati; ia tidak mengenal peraturan. Laila mula jatuh cinta dengan Qays dan Qays juga sebaliknya.

Qays pula adalah seorang penyair dan berasal dari suku yang sama seperti Laila. Dia menyusun puisi cinta yang indah dan mendedikasikannya kepada sang-puteri, yang menyebut nama Laila serta cintanya terhadap Laila.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/Qays_ibn_Al-Mulawwah_by_Khalil_Gibran.png
Rakan-rakan Qays mengetahui tentang perasaanya terhadap Laila dan mereka sering mengusik dan berjenaka tentang perasaan cintanya. Tetapi perasaan sang jejaka ini sedikitpun tidak terganggu. Dia sangat mencintai Laila dan hanya Laila sahaja yang berada dalam fikirannya setiap masa.

Untuk beberapa ketika, Qays sudah mula menyimpan hasrat untuk mengahwini Laila lalu dia bertanyakan hal itu kepada ibu bapa Laila.

Namun, Qays hanyalah seorang lelaki yang miskin dan apabila dia meminta izin untuk mengahwini Laila, bapanya segera menolak kerana dia tidak mahu anak perempuannya berkahwin dengan orang bawahan.

Sejurus itu, kedua-dua pencinta ini dijauhkan dan dipisahkan antara satu sama lain. Tidak lama selepas itu, ibu bapa Laila menikahi Laila dengan seorang lelaki kaya dan terus hidup di sebuah rumah besar.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/majnu.jpg
Berita ini sangat menyedihkan Qays dan telah meremukkan hatinya. Dia melarikan diri dari tempat tinggalnya dan mengembara di sepanjang padang pasir di sekitarnya. Keluarganya yang tidak dapat memujuknya akhirnya hanya meninggalkan makanan untuknya di situ.

Dia kadang-kadang dilihat membaca puisi kepada dirinya sendiri atau menulis nama Laila pada pasir dengan menggunakan kayu. Seharian, setiap saat, Qays hanya memikirkan Laila.

Keadaan Laila juga tidak jauh beza. Setelah dipisahkan dari Qays, hatinya juga hancur. Tidak lama selepas itu, pada tahun 688 Masihi, dia berpindah ke Iraq bersama suaminya, di mana dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Apabila rakan-rakan Qays mengetahui tentang kematian Laila, mereka mencari Qays untuk memberitahu tentang berita itu tetapi Qays tidak dapat ditemukan.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/laila-majnu-pf26_l.jpg

Tidak lama kemudian, pencarian mereka berakhir. Qays ditemui mati di padang gurun berhampiran kubur Laila. Di atas batu berhampiran kubur, dia telah mengukir tiga ayat puisi, yang merupakan tiga ayat terakhir yang ditakrifkan kepadanya.

Qays menjadi gila kerana cintanya; atas sebab ini dia dipanggil “Majnun”, atau “Layla Majnun”, yang bermaksud “Gilakan Layla”.

Sumber:https://plus.wiser.my

Perawankota Publish time 20-6-2021 09:47 PM

Cinta itu gila...

Skuau Publish time 20-6-2021 11:22 PM

Perawankota replied at 20-6-2021 09:47 PM
Cinta itu gila...

cinta tak gila..orang yg gila(pinjam drp kata2 deadpool...:lol:)

ellejo Publish time 20-6-2021 11:39 PM

heh akak senyum sinis
ramai pempuan kawen dgn lelaki miskin kerana cinta.

apa akhirnya? masuk mengadu kat fb krt pasal nafkah dan kesusahan hidop.

kawen dgn laki kerana duit pun ok saja. at least menangis rasa tak bahagia tu dalam BMW, bukan dlm bas rapid.

Perawankota Publish time 21-6-2021 12:09 AM

Skuau replied at 20-6-2021 11:22 PM
cinta tak gila..orang yg gila(pinjam drp kata2 deadpool...)

Kehkehkeh kehkehkeh

kucingitam Publish time 21-6-2021 09:37 AM

ooo majnun tu maksudnya gila.. ingatkan nama orang...

haifawehbe Publish time 22-6-2021 02:51 AM

masa ni era nabi muhammad kan..
Pages: [1]
View full version: Berakhir Dengan Tragis, Cinta Laila Dan Majnun Kekal Mekar


ADVERTISEMENT