Bermula Dari Ilham, Filem-Filem Ini Membawa Permainan Video Ke Realiti
Bermula Dari Ilham, Filem-Filem Ini Membawa Permainan Video Ke RealitiPermainan video merupakan kegemaran ramai tidak kira usia dan juga jantina. Permainan video diciptakan untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan pada masa lapang. Namun apa yang lebih menarik, terdapat beberapa permainan video ini telah diadaptasikan dalam filem sebagai dunia nyata agar ia kelihatan lebih realistik.
Berikut adalah senarai filem-filem yang berdasarkan permainan video.
1. Pokémon Detactive Pikachu (2019)
1roy4o4tqQM
Pengarah: Rob Letterman
Barisan Pelakon: Ryan Reynolds, Hakim Smith dan Kathryn Newton
Selepas kematian bapanya, Tim bergerak ke Ryme City di mana dia menemui Pokemon ayahnya iaitu Pikachu. Mereka berpakat untuk bekerjasama dan cuba menyelesaikan kes misteri ayah Tim.
2. Mortal Combat (1995)
JHIfHL5UgFs
Pengarah: Paul W.S. Anderson
Barisan Pelakon: Christopher Lambert, Robin Shou dan Linden Ashby
Tiga pahlawan seni mempertahankan diri mengembara ke pulau yang misteri untuk bertempur dalam menyelamatkan bumi. Matlamat mereka adalah untuk memastikan kebenaran itu menang dalam memerangi kejahatan.
3. Tomb Raider (2018)
8ndhidEmUbI
Pengarah: Roar Uthaug
Barisan Pelakon: Alicia Vikander, Dominic West dan Walton Goggins
Lara Croft, seorang wanita muda yang berani dan berdikari telah menetapkan perjalanan yang berbahaya untuk membongkar kebenaran di sebalik kehilangan ayahnya iaitu seorang pengembara di sebuah pulau.
4. Warcraft (2016)
2Rxoz13Bthc
Pengarah: Duncan Jones
Barisan Pelakon: Travis Fimmel, Paula Patton dan Ben Foster
Beberapa pahlawan manusia yang terselamat harus bekerjasama dengan sekumpulan Orc untuk menetang kejahatan Orc yang lain daripada menyerang planet Azeroth melalui portal sihir.
5. Sonic the Hedgehog (2020)
szby7ZHLnkA
Pengarah: Jeff Fowler
Barisan Pelakon: Ben Schwartz, James Marsden dan Jim Carrey
Sebuah landak dari planet lain ditemui oleh saintis jahat dan merancang untuk menggunakan kuasa-kuasa hebatnya melalui uji kaji demi kepentingannya sendiri.
6. Pixels (2015)
XAHprLW48no
Pengarah: Chris Columbus
Barisan Pelakon: Adam Sandler, Kevin James dan Michelle Monaghan
Pasukan khas permainan arked dikumpul untuk melawan makhluk asing yang misteri dari permainan klasik 80-an. Makhluk asing tersebut menyalahtafsirkan video permainan arked klasik sebagai perisytiharan perang dan mereka menyerang Bumi dalam bentuk permainan video.
Sumber:https://plus.wiser.my
Pixels best!!!!!
Pages:
[1]