Raline Publish time 20-6-2021 12:21 AM

Kelihatan Pelik Dan Menyeramkan, Episod Teletubbies Ini Diharamkan

Kelihatan Pelik Dan Menyeramkan, Episod Teletubbies Ini Diharamkan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/IMG_20210423_170250.jpg


Teletubbies adalah salah satu rancangan televisyen kanak-kanak yang paling legenda dan ikonik, namun untuk beberapa sebab ia kelihatan benar-benar aneh dan pelik.

Rancangan Teletubbies ini mengisahkan tentang Tinky-Winky, Dipsy, Laa Laa dan Po yang menghabiskan hari mereka dengan penuh keseronokan. Meraka akan bermain-main, ketawa, menari dan menyanyi sehingga matahari terbenam.

Namun, terdapat satu episod yang diharamkan dari disiarkan di televisyen kerana ia telah menakutkan kanak-kanak, seperti yang dilaporkan oleh NME.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/IMG_20210423_170351-1024x534.jpg

Episod yang dipersoalkan itu menampilkan singa dan beruang yang diperbuat daripada potongan papan yang boleh bergerak. Tetapi watak kedua binatang ini tidak disengajakan untuk nampak sangat pelik. Selepas diuji dengan kanak-kanak, episod yang bertajuk See Saw telah diharamkan daripada disiarkan.

Lakaran dalam episod ini khususnya menjadi kontroversi kerana penampilan yang menakutkan dan tidak sesuai. Tonton di sini:

ASnh7_zSimU


Akibatnya, segmen tertentu dari episod ini telah dikeluarkan dan lakaran yang baru telah disunting, namun yang baru masih diharamkan di negara lain, seperti Amerika Syarikat.

Selepas menoton video ini, anda pasti tidak boleh menafikan ia adalah sedikit pelik.

Sumber:https://plus.wiser.my

haifawehbe Publish time 20-6-2021 02:45 AM

agak creepy la jugak mcm sore cik ponti :lol:
boring giler cartoon zaman ni..

Perawankota Publish time 20-6-2021 04:27 AM

Malas nk pasang sore pepagi, so x paham apa yg creepy

None68 Publish time 20-6-2021 07:21 AM

Tah x rasa takut ke apa..

dubuk Publish time 20-6-2021 08:42 AM

betul seram

imanjannah Publish time 20-6-2021 04:19 PM

aduhaiii teringat masa kecik dulu:lol:

uori Publish time 20-6-2021 06:40 PM

apalah aku tengok time kecik2 dulu nihh :lol:

MoonRise Publish time 21-6-2021 02:58 PM

None68 replied at 20-6-2021 07:21 AM
Tah x rasa takut ke apa..

Kanak2 yang rasa takut, bukan orang dewasa.
:lol:

Kita mmg la tak rasa pape dah. Dah kertu

Mooverine Publish time 22-6-2021 11:11 AM

Saya memang dari dulu takut tengok Teletubbies. Sorry la kepada peminat, bagi saya mereka ni menakutkan... Tak tau la mana comel..

hanna88 Publish time 14-4-2022 06:49 AM

Edited by hanna88 at 13-4-2022 10:50 PM

singa tu creepy bagi sis ;P
masa kecik tengok tak berape minat dgn teletubbies..layan bile dah x de katon lain mase tu :D

Tinot7 Publish time 15-4-2022 07:01 AM

Mooverine replied at 22-6-2021 11:11 AM
Saya memang dari dulu takut tengok Teletubbies. Sorry la kepada peminat, bagi saya mereka ni menakut ...

Sama la kita.. teletubbies ni rupa mcm toyol bg iols..

fifie_olin Publish time 15-4-2022 10:20 AM

nyesal tgk
betmbh ngantok dibuatnya

Jungleman Publish time 27-4-2022 02:47 PM

Edited by Jungleman at 27-4-2022 02:51 PM

Tinot7 replied at 15-4-2022 07:01 AM
Sama la kita.. teletubbies ni rupa mcm toyol bg iols..
Bagi I, bukan macam toyol tetapi salah satu dewa Thailand . Ssshhh, jangan bagitahu mereka.

Tinot7 Publish time 27-4-2022 10:07 PM

Jungleman replied at 27-4-2022 02:47 PM
Bagi I, bukan macam toyol tetapi salah satu dewa Thailand . Ssshhh, jangan bagitahu mereka.

iols tak kenal dewa siam..
Pages: [1]
View full version: Kelihatan Pelik Dan Menyeramkan, Episod Teletubbies Ini Diharamkan


ADVERTISEMENT