Lapuk Dek Zaman, Pekerjaan-Pekerjaan Ini Sudah Tidak Wujud Lagi
Lapuk Dek Zaman, Pekerjaan-Pekerjaan Ini Sudah Tidak Wujud LagiBanyak pekerjaan yang biasa ditemui pada masa lalu sudah tidak wujud pada hari ini. Ada yang dihentikan kerana kemajuan teknologi, sementara beberapa pekerjaan yang tidak diingini dan berbahaya telah dihapuskan kerana undang-undang buruh yang lebih baik.
Berikut adalah antara pekerjaan yang sudah tidak wujud pada zaman sekarang.
1. Penyambung Talian
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/513343-gettyimages-3301749_edit_649085607375957-1024x592.jpg
Pada awal abad ke-20, manusia yang menyambung talian jika anda ingin berhubung dengan seseorang di telefon. Penyambung talian adalah penting untuk membuat panggilan dan menghubungkan pemanggil ke pejabat pusat melalui rangkaian secara manual.
2. Jam Penggera Manusia
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/1024x1024-3.jpg
Pekerjaan ini dikenali sebagai Knocoker Upper, di mana manusia akan mengejut anda dari tidur pada waktu pagi dengan mengetuk tingkap rumah.
Jam penggera manusia biasa berlaku di Britain dan Ireland pada tahun 1920-an. Ia bertujuan untuk memastikan pekerja kilang bekerja pada waktu yang tepat semasa revolusi industri.
3. Susun Pin Boling
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/01.jpg
Sebelum wujudnya alat automatik, ia adalah pekerjaan untuk menggantikan pin boling secara manual dan memastikan bola boling kembali kepada posisi asalnya pada setiap pusingan permainan.
4. Penangkap Tikus
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/1024x1024-1-edited.jpg
Penangkap tikus terkenal di seluruh Eropah ketika Wabak Hitam dan pekerjaan ini wujud di seluruh dunia sehingga awal abad ke-20.
5. Pengesan Radar
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/04-1.jpg
Ketika Perang Dunia, terdapat pelbagai alat yang digunakan untuk membantu tentera mengesan radar musuh. Tugas itu dikenali sebagai pendengar radar secara amnya dan dihentikan semasa Perang Dunia Ke-2 dengan pembangunan sistem radar.
6. Lektor
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/1024x1024.jpg
Lektor sering digunakan oleh kilang-kilang untuk membaca surat khabar kepada pekerja ketika mereka bekerja keras dalam usaha untuk mendidik mereka semasa hari bekerja.
7. Pemotong Ais
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/11337520586_b685ab6025_c.jpg
Pemotong ais adalah pekerjaan yang membahayakan nyawa kerana mereka perlu menempuhi cuaca yang sangat sejuk dan mengeluarkan blok ais dengan gergaji tangan yang kemudiannya dijual untuk menyimpan makanan sejuk.
Sumber:https://plus.wiser.my
Uniknya pekerjaan2 tersebut:lol: demi sesuap makan Yang kena angkat tong poop xtmasuk ke tt..? :lol: CikYaYaYa replied at 20-6-2021 01:49 AM
Yang kena angkat tong poop xtmasuk ke tt..?
bnyk lag sbenarnya kerja2 yg dah dihapuskan....
Memang unik pekerjaan tu.. Pencacai najis dh takde..pencacai najib ade lagi dlm porem ni;P Dulu saya bayangkan operator telifon kat tempat kerja mak mcm no 1.
Pages:
[1]