Raline Publish time 19-6-2021 11:28 PM

Michael Jackson Pernah Cuba Membeli Syarikat Komik Marvel, Ini Fakta Menarik Ten

Michael Jackson Pernah Cuba Membeli Syarikat Komik Marvel, Ini Fakta Menarik Tentang Hidupnya

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/224840.jpg
Walaupun telah meninggal dunia lebih dari satu dekad, Michael Jackson masih merupakan salah satu penyanyi pop dan penghibur yang paling terkenal sepanjang masa.

Michael Jackson telah memenangi banyak anugerah termasuk 23 Guinness World Record, 40 Anugerah Billboard, 13 Grammys, dan 26 Anugerah Muzik Amerika.

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang hidup Michael Jackson.

1. Mahu menjadi Spiderman

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/michael-jackson-facts-marvel.jpg

Jackson mempunyai impian untuk memainkan watak sebagai Spiderman sehingga dia pernah cuba membeli syarikat komik Marvel apabila ia difailkan bakal muflis pada tahun 90-an.

2. Tinggal di Neverland

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/michael-jackson-facts-netherland.jpg
Ladangnya telah dijadikan sebagai rumah dan taman hiburan. Taman hiburan itu mempunyai zoo dan permainan tunggang seperti roller coaster, kereta api, roda ferris dan karusel.

Ladang sebesar 3,000 ekar itu dipanggil Neverland sempena nama tempat dalam kisah dongeng Peter Pan.

3. Menantu Elvis Presley

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/mj-with-family-.jpg
Perkahwinan pertama Jackson adalah bersama anak perempuan Elvis Presley iaitu Lisa Marie Presley pada tahun 1994 selama 19 bulan.

Kemudian, dia berkahwin kali ke-2 pada tahun 1996, bersama Deborah Jeanne Rowe dan mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Perkahwinan ini juga berakhir pada tahun 1999.

4. Mahu hidup selama 150 tahun

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/Michael-Jackson-Lying-In-His-Oxygen-Chamber.jpg
Jackson menggunakan mesin perubatan untuk hidup sekurang-kurangnya selama 150 tahun. Mesin ini membantu dia bernafas dalam oksigen di udara sebanyak 100 peratus.

5. Menghidapi penyakit Vitiligo

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/michael-jackson-facts-skin.jpg

Pada tahun 1993, Jackson menghidapi penyakit kulit yang jarang berlaku iaitu Vitiligo. Penyakit ini menyebabkan warna kulitnya berubah kerana kehilangan pigmen dari kawasan kulit.

6. Internet tergendala pada hari kematiannya

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/GettyImages-102420820-1024x682.jpg

Pada 25 Jun 2009, Jackson telah meninggal dunia dan menyebabkan laman web seperti Wikipedia dan AOL, dan media sosial seperti Twitter tergendala pada masa yang sama.

7. Diberi hadiah seekor gajah

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/06/jackson_sub-1024x768.jpg
People In Pic

Pada tahun 1991, Jackson telah dihadiahkan seekor gajah Asia oleh pelakon bernama Elizabeth Taylor kerana dia membenarkan Taylor untuk mengadakan perkahwinan di ladangnya. Gajah itu dinamakan Gephant Gypsy dengan berat 2,268 kg.

Sumber:https://plus.wiser.my

Pages: [1]
View full version: Michael Jackson Pernah Cuba Membeli Syarikat Komik Marvel, Ini Fakta Menarik Ten


ADVERTISEMENT