Raline Publish time 19-6-2021 11:13 PM

Apa Yang Membuatkan Converse Masih Menjadi Kegemaran Ramai?

Apa Yang Membuatkan Converse Masih Menjadi Kegemaran Ramai?

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2020/11/unnamed-1.jpg
Converse Chuck Taylor All Star (atau “Chucks”) telah menjadi jenama kasut yang terkenal sejak tahun 1917. Dinamakan sempena pemain bola keranjang, Charles “Chuck” Taylor, All Stars telah dipakai secara eksklusif oleh beliau sehingga tahun 1980. Kini Chucks lebih terkenal di luar gelanggang di mana boleh dilihat banyak dipakai oleh artis, pemuzik, dan orang ramai.

Selama bertahun-tahun, jenama ini hadir dengan ratusan reka bentuk untuk rangkaian All Stars, semuanya sesuai dengan bentuk dan gaya kasut yang asli. Kasut-kasut ini juga tersedia dalam hampir setiap warna, corak, termasuk bendera negara. Pendek kata, syarikat ini telah menghasilkan seni menjual kasut yang menarik untuk semua lapisan masyarakat, menjadikan reka bentuknya sesuai untuk lelaki, wanita, dan juga kanak-kanak. Bukan sahaja direka dalam warna putih, hitam, dan merah biasa, Converse juga ada mengenakan warna-warna terang seperti merah jambu, ungu, hijau, dan sebagainya.

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2020/11/3b3720d26417ea46b2a90f7d0b3fd484.jpg
Tetapi, apakah kehebatan Converse sehingga hampir semua orang memiliki sekurang-kurangnya sepasang All Star? Mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa sebab mengapa Converse disukai ramai.

Serba Boleh

https://i2.wp.com/plusx.wiser.my/wp-content/uploads/2020/11/GettyImages-1153103202-1-scaled.jpg?strip=info&w=1200&ssl=1
Kasut sering disalah faham apabila ia dipercayai hanya sesuai dipakai dengan seluar jeans, seluar pendek, atau gaya kasual yang lain. Salah satu penampilan terkenal hari ini menggabungkan kasut dengan pakaian seperti gaun atau sut. Kasut ini, khususnya, sesuai dikenakan dengan hampir semua gaya dan penampilan.

Oleh itu, anda boleh cuba memakai Converse untuk menyerlahkan keperibadian pada penampilan di hujung minggu. Tambahan pula, ia hadir dalam pelbagai warna, jadi terdapat banyak ruang untuk anda menggabungkan kreativiti dan juga penampilan tersendiri.

Mampu Milik
Sebahagian besar dari kita terbiasa dengan kasut yang bergaya dijual pada harga yang mahal. Tetapi hal ini berbeza buat Converse. Sebenarnya, anda boleh mendapatkan sepasang Chuck Taylors dengan harga di bawah RM300. Dalam erti kata lain, jika dibandingkan dengan kasut dari jenama-jenama terkenal yang lain, Chuck Taylors sesuai dengan perbelanjaan yang sederhana, dan tentunya berbaloi.


Keselesaan

https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2020/11/cea9a37470e43660a3c9fd5ebef103c7-1.jpg

Kita semua mempunyai seluar atau pakaian kegemaran yang semakin baik seiring pertambahan usianya. Di mana semakin kita memakainya, semakin baik penampilannya. Barangan ini juga menjadi lebih lembut dan selesa. Biasanya, ini jarang berlaku dengan kasut, namun tidak sama seperti Converse.

Kasut seperti Chuck hitam klasik ini secara semula jadi kelihatan hebat ketika masih baru. Namun, ia adalah sejenis kasut yang boleh anda simpan dan pakai buat masa yang lama, walaupun sudah mula menunjukkan sedikit kehausan pada tapak. Sudah terbukti keselesaan kasut ini kekal walaupun sudah bertahun sepasang kasut diguna pakai.

Praktikal


Ramai yang menggemari Chucks disebabkan ia selesa dan bergaya. Walau bagaimanapun, masih perlu dititik beratkan kepraktikannya. Oleh kerana Converse serba boleh, kasut ini juga sangat sesuai digunakan ketika melancong. Anda boleh memakainya dalam perjalanan ke destinasi, tidak kira sama ada melalui kereta mahupun kapal terbang. Malah, ianya dengan mudah boleh dimasukkan ke dalam beg pakaian, kemudian dipakai sesudah tiba di destinasi.

Converse Chuck Taylor All Star juga kasut yang memerlukan penjagaan minimum untuk kelihatan baik. Tentunya kasut ini boleh dibersihkan sesuai dengan kemahuan anda. Dengan kata lain, kasut Converse adalah pilihan kasut yang merangkumi semua asas.

Jika anda berminat untuk memiliki atau mengetahui dengan lebih lanjut tentang Converse Chuck Taylor, layari laman web rasmi Converse Malaysia.

Sumber 1 & Sumber 2
https://plus.wiser.my

adelea Publish time 19-6-2021 11:31 PM

Tahan lama kasut ni ...
And the kurt cobain versatile it ..
And and ramai yg follow ...
Kuhik kuhik ;P

norawestallen Publish time 7-8-2021 01:10 PM

Classic design n tahan lama

musangbodoh Publish time 14-9-2021 11:23 AM

converse 1 star...
masa blajar pakai...zaman old school...ujung 90an..lagi byk koyak lg raree:lol:

teringat lagi kalo kasut basah nnti kaki kaler hijau hahaaa kenangan tu...last2 kena rembat...nangis jugalh...lepas tu pakai selipar jepun je g kelas...kena halau x serik2..yrlah ramai geng...ohh rindu geng2 lama....adnan,kebi,am,gorgon,naseq,okok ohh mn korang {:childlikeo

Beribear Publish time 12-12-2021 12:00 PM

Beli baru ni high cut. Chuck taylor, berkenan warna cream tp takde size pulak. Angkat lah hitam satu. Next time mmg nak beli warna cream tu tak kira. Chuck Taylor high cut hitam dgn cream susah nak dpt discount, frust gak lah :sweat3:

opie5662 Publish time 30-12-2021 08:42 PM

Love sgt converse.. Even dh category remaja purba... Lol... I still pakai sneakers converse dgn kurung. Even raya pon i pakai mcm tu...

Oldbitty1 Publish time 31-12-2021 01:37 AM


The object of my desire at the moment.Converse run star hike trainers. Dont care i will wear even dah 5 series. Old converse shoes are killing me. Sakit kaki sebab it's flat. I think converse has listened to our needs

mimirahim Publish time 2-1-2022 11:19 PM

xminat dah converse. dulu2 sakit kaki pakai hazab. skrg x bli dah. xnyinggah

Gingerly Publish time 22-1-2023 04:49 PM

Sesuai dgn jiwa & personality, kot.

Laki aku prefer grunge style l8 jack purcell
Aku suka chuck taylor high cut, rockers. ;P ada lagi collections dan masih pakai
Pages: [1]
View full version: Apa Yang Membuatkan Converse Masih Menjadi Kegemaran Ramai?


ADVERTISEMENT