Raline Publish time 17-6-2021 06:21 PM

Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ledang.transformed_0.jpg
SIAPA Puteri Gunung Ledang masih menjadi persoalan sehingga kini.

MENELITI legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.

Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.

Cerita Puteri Gunung Ledang sememangnya terkenal dan dicatatkan dalam kitab Melayu lama, antaranya Salalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah selain diperturunkan secara lisan daripada generasi lama ke generasi baharu.

Justeru, ada banyak versi kisah puteri jelita berkenaan dan satu daripada versi itu bermula dengan kemangkatan permaisuri Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan kelapan dan terakhir memerintah Kerajaan Melaka dari tahun 1488 hingga 1511.

Orang bunian

Akibat kematian permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan Hang Tuah yang sudah tua selain Sang Setia dan Tun Mamat melamar Puteri Gunung Ledang yang amat jelita. Ada versi mengatakan puteri itu bukanlah manusia sebaliknya orang bunian.

Maka, rombongan peminangan dihantar dan selepas beberapa hari meredah hutan, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Gunung Ledang. Hang Tuah yang uzur gagal meneruskan pendakian manakala Sang Setia menemani Hang Tuah.

Selepas lama mendaki menelusuri hutan tebal, Tun Mamat tiba di taman nan indah di atas gunung. Mereka kemudian menemui ketua dayang kepada Puteri Gunung Ledang dan menyampaikan hajat peminangan Sultan Melaka.

Selepas lama menunggu jawapan, akhirnya datang seorang nenek bongkok menyampaikan syarat tujuh hantaran Puteri Gunung Ledang iaitu:

"Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang; jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka; tujuh dulang hati nyamuk; tujuh dulang hati kuman; tujuh tempayan air mata anak dara; tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda Melaka."

Tun Mamat terkejut mendengar syarat yang mustahil dipenuhi itu. Beliau kemudian turun menemui Hang Tuah dan menceritakan hal berkenaan.

Sultan menjadi zalim

Secara tersirat, Hang Tuah sedar peminangan Sultan ditolak secara kiasan oleh Puteri Gunung Ledang. Lalu akibat kecewa kerana gagal menyempurnakan titah, Hang Tuah enggan kembali ke istana dan menghilangkan diri dalam sungai.

Tun Mamat pulang menyampaikan syarat peminangan kepada Sultan Melaka. Tanpa memahami maksud tersirat di sebalik syarat hantaran, Sultan Mahmud mengerahkan seluruh rakyat menyediakan tuntutan supaya baginda dapat memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

Keadaan dalam negara menjadi kacau-bilau apabila rakyat dikerah membina jambatan emas dan perak sehingga seluruh emas dan perak milik kerajaan dilebur. Tidak cukup dengan harta kerajaan, emas dan perak penduduk turut dirampas.

Lebih zalim, kalangan gadis dikerah berkurung dalam istana dan dipaksa menangis manakala rakyat lain dikerah mendapatkan pinang muda untuk diperah airnya walhal pinang muda tidak berair.

https://cdn.lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/CSWK.jpg?strip=all&lossy=1&quality=92&resize=600%2C678&ssl=1

Selepas bertahun-tahun, akhirnya semua hantaran berjaya disediakan kecuali satu, iaitu semangkuk darah Raja Muda Melaka, iaitu Raja Ahmad.

Sultan Mahmud diceritakan tidak sampai hati untuk membunuh anakandanya yang masih kecil tetapi hasutan nafsu menyebabkan baginda tidak mempedulikan apa-apa lagi. Lantas dada kecil Raja Ahmad cuba ditikam.

Bagaimanapun, ketika keris hampir menembusi dada kanak-kanak itu, tiba-tiba Puteri Gunung Ledang menjelma di hadapan Sultan.

Puteri itu menzahirkan kekecewaannya terhadap Sultan Mahmud yang sanggup menindas rakyat dan menumpahkan darah zuriatnya sendiri kerana tergila-gilakan wanita yang tidak pernah dikenali.

Puteri Gunung Ledang menjelaskan beliau menolak pinangan Sultan Mahmud dan rentetan kejadian itu akhirnya menginsafkan baginda.

Pelbagai versi cerita

Sehingga kini, ramai pihak tertanya-tanya di manakah letaknya jambatan emas dan perak yang kononnya sudah dibina. Melewati masa, tiada kesan tinggalan jambatan ditemui melainkan dalam kisah legenda semata-mata.

Menerusi laman sesawang informasi Wikipedia, tertera maklumat pihak tertentu percaya jambatan emas dan perak itu wujud tetapi tertimbus bawah tanah.

Wikipedia turut memaparkan versi lain kisah berkenaan antaranya Puteri Gunung Ledang tidak pernah mengemukakan tujuh syarat hantaran tetapi syarat itu direka Tun Mamat dan Hang Tuah dengan harapan Sultan Mahmud faham peminangannya ditolak.

Ada juga versi mengatakan Sultan Mahmud gagal menunaikan semua syarat pelik itu sekali gus menjelaskan jambatan itu tidak pernah dibina. Selain itu, satu lagi misteri dalam legenda Puteri Gunung Ledang ialah identiti sebenar wanita berkenaan.

Puteri raja dari Jawa

Ada juga cerita disebarkan kononnya Puteri Gunung Ledang bukanlah manusia tetapi ratu bunian, jin atau makhluk kayangan. Bagaimanapun, ada juga pihak dan pengkaji yakin Puteri Gunung Ledang adalah manusia iaitu puteri raja dari Jawa.

Puteri itu turut dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Puteri Ratna Gumilah Sari dan Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah alAkbar.

Mengikut pendapat itu, ketika remaja, Puteri Gunung Ledang dihantar ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka. Selepas itu, puteri berkenaan berpindah ke Gunung Ledang bersama pengikutnya untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Mengenai dakwaan kononnya Puteri Gunung Ledang adalah bunian atau jin, pihak skeptikal berhujah sememangnya gunung dan hutan menjadi kediaman jin dan tidak mustahil makhluk halus itu menyamar sebagai Puteri Gunung Ledang untuk menipu manusia.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Raline Publish time 17-6-2021 06:21 PM

bunian tu jin la... jin tu menjelma jd bunian

lavendernovella Publish time 17-6-2021 06:39 PM

Puteri Gunung Ledang tu gelaran, nama sebenarnya jarang2 orang tau.

CatMiow Publish time 17-6-2021 07:16 PM

Ada yang kata air mata anak gadis atau anak dara bukan maksudnya air mata tangisan.

Tapi air mata masa pertama kali anak gadis melakukan hubungan batin suami isteri (berjimak).

Hati nyamuk tu tak pasti apa maksudnya.

Skuau Publish time 17-6-2021 07:18 PM

Tetap seorang puteri...tadak tukar2.....:lol:

sarah82 Publish time 17-6-2021 07:20 PM

Sejenih hanat yg perasan semua lelaki suka sama mcm hat pewaris dia;P;P;P;P

Skuau Publish time 17-6-2021 07:27 PM

kalo kat negara omputeh...depa dh buat filem dh...

nakkomenjugak Publish time 17-6-2021 07:37 PM

yang penting iols suka cara dia reject proposal sultan melaka. classy but shady. :$

KIM.K Publish time 17-6-2021 07:41 PM

CatMiow replied at 17-6-2021 07:16 PM
Ada yang kata air mata anak gadis atau anak dara bukan maksudnya air mata tangisan.

Tapi air mat ...

Maknanya PGL means orgasm eh

CatMiow Publish time 17-6-2021 08:09 PM

KIM.K replied at 17-6-2021 07:41 PM
Maknanya PGL means orgasm eh

Bukan orgasms,tapi masa dara pecah kan sakit,biasanya masa tu akan keluar la air mata sebab sakit, ikut kefahaman orng dulu.

Dara pecah kan sekali seumur hidup:$, orgasms boleh berkali :rf:

Bayangkan la setan tu nak cari air mata anak dara ikut standrt PGL. Mana nak dapat? :L

KIM.K Publish time 17-6-2021 08:27 PM

CatMiow replied at 17-6-2021 08:09 PM
Bukan orgasms,tapi masa dara pecah kan sakit,biasanya masa tu akan keluar la air mata sebab sa ...

Aha. Saiz congo ke. Mantap mak bidan dulu2 baca syarat org bunian

Belibis Publish time 17-6-2021 08:30 PM

Skuau replied at 17-6-2021 07:27 PM
kalo kat negara omputeh...depa dh buat filem dh...

Sini pun ada..tiara jekelin.zaman tv itam putih pun ada..

Skuau Publish time 17-6-2021 08:34 PM

Belibis replied at 17-6-2021 08:30 PM
Sini pun ada..tiara jekelin.zaman tv itam putih pun ada..

tidak memenuhi 'standard'.....bayangkan kalo hollywood yg buat.

CatMiow Publish time 17-6-2021 08:48 PM

KIM.K replied at 17-6-2021 08:27 PM
Aha. Saiz congo ke. Mantap mak bidan dulu2 baca syarat org bunian

Mungkin sebab pompuan zaman dulu goes same process , tak mcm skrng, infomasi seksual berlambak since earlY 2000.

Ada je artikel pasal hubungan seksual, foreplay la, g spot la, tips2 1stimer, pengantin lama etc2.

ctaz Publish time 17-6-2021 09:03 PM

SEBAIK-BAIK JIN....SEJAHAT-JAHAT MANUSIA...



SEKIAN....

PristineOne Publish time 17-6-2021 09:50 PM

Edited by PristineOne at 17-6-2021 09:56 PM

Puteri Gunung Ledang tu dah menjelma jadik orang....sekarang nama dia Tiara Jaquelina....Tak pakai Yang Mulia Puteri ...dia sekarang pakai Datin Seri. Puteri pun dah tak duduk kat Gunung Ledang....dia sekarang selalu ulang alik KL ngan Kuching.    Abang dia si Raja Majapahit yg nama sebenar adalah Alex Komang pun dah meninggal.

Ex boifren Tuan Puteri si Hang Tuah tu mengikut buku sejarah Tun Sri Lanang..Hang Tuah tu ghaib. Tapi kini didapati telah menjelma semula di Singapore 50 lebih tahun dulu dgn pakai nama M.Nasir..... tak main keris dah...sekarang banyak cipta lagu.

Antara lagu lejen dia ..... Isabella dan Fantasia Bulan Madu yg dinyanyikan oleh kumpulan Search..

Dengar cerita Search sesama sendiri tak ngam pulak bila semua nya dah kertu nih... Amy Search macam ada tak puas hati ngan Nordin gitarist....kes pakai nama Search utk konsert dan barangan cenderamata.

Harap baik baik je la dioarang neh...

KIM.K Publish time 17-6-2021 09:54 PM

CatMiow replied at 17-6-2021 08:48 PM
Mungkin sebab pompuan zaman dulu goes same process , tak mcm skrng, infomasi seksual berlambak sin ...

Tak pernah dengar pula kuar air mata masa 1st ML. Takpelah nanti iols tengok pengalaman sendiri. Tu pun kalau sempat :D

ajinomotonosuga Publish time 17-6-2021 09:57 PM

Jin tu istilah arabic..surah jin pun ada

Bunian tu lengok melayu..klo yindon halimunan

Semua rujuk yg sama JIN

Qarin diri setiap kita ..jin

Jin di cipta dari api

Mayb lain benua lain tempat rupa bentuk tu lain

Mcm eropah beso beso omputeh..asian kecikk..mcm tu la dunia jin

Puteri Gunung Ledang view peribadi saya cuma MITOS

awekjepun Publish time 17-6-2021 10:24 PM

CatMiow replied at 17-6-2021 07:16 PM
Ada yang kata air mata anak gadis atau anak dara bukan maksudnya air mata tangisan.

Tapi air mat ...

Mmg akan keluar air mata ke?

CatMiow Publish time 17-6-2021 10:31 PM

awekjepun replied at 17-6-2021 10:24 PM
Mmg akan keluar air mata ke?

Base on experience idok le :lol:. But maybe ada yg experience it.
Pages: [1] 2
View full version: Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?


ADVERTISEMENT