Raline Publish time 17-6-2021 06:14 PM

Siapa sebenarnya Wanita Hutan?

Siapa sebenarnya Wanita Hutan?

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ewanita.transformed.jpg
ROCHOM P'ngieng terasa asing di kawasan rumahnya.

SEHINGGA kini, mungkin tiada siapa yang mengetahui identiti sebenar wanita misteri yang muncul secara tiba-tiba dari hutan tebal Kemboja, awal tahun lalu.

Ramai pihak terutama penyelidik masih buntu memikirkan pelbagai misteri yang menyelubungi wanita digelar `Wanita Hutan' itu, tambahan pula kisah hidupnya bagaikan menyamai filem Tarzan apabila dia dikatakan hidup dan membesar dalam hutan seorang diri.

Bagaimanapun, bagi Sal Lou, seorang polis kampung di wilayah Ratanakkiri, Kemboja, beliau percaya kisah misteri wanita itu bermula sekitar 1988, dengan keletah dua kanak-kanak comel berusia lapan dan enam tahun menghalau kerbau milik keluarga mereka di kawasan hutan di sempadan Kemboja dan Vietnam.

Pada mulanya, ibu bapa dua kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Rochom P'ngieng dan adik perempuannya, Chan Boeung, tidak menghiraukan anak mereka itu lantaran diketahui mereka sedang mengembala kerbau berkenaan.

Sehinggalah beberapa jam kemudian, kelibat Rochom dan Boeung masih tidak kelihatan menyebabkan Sal Lou dan isterinya mula risau.

Minit berganti jam dan jam bertukar ke hari, penantian dalam penyeksaan bagaikan tiada akhirnya kerana dua anak perempuan mereka itu tidak kembali lagi ke pangkuan mereka.

Kesedihan yang berlarutan mengiringi putaran masa cuba mereka ubati dengan menerima hakikat yang Rochom dan Boeung sudah tiada lagi di dunia ini, dua anak kecil mereka itu mungkin sudah mati dibaham binatang buas.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tarzazan3.transformed.jpg
ROCHOM P'ngieng diberi minum air oleh seorang wanita yang mengaku sebagai ibunya, Rochom Chhoy.

Kisah kehilangan Rochom dan Boeung terus dilupakan sehinggalah 19 tahun kemudian iaitu pada 13 Januari 2007, seorang penduduk kampung yang bekerja berhampiran hutan berasa hairan selepas mendapati bekalan makanannya tiba-tiba hilang.

Bingung dengan keadaan itu menyebabkan dia mencari di merata tempat sehinggalah ke kawasan hutan berhampiran. Ketika itulah pandangannya terlihat sesuatu yang aneh lagi mengejutkan - di hadapannya, berdiri wanita kurus dan comot tanpa sebarang pakaian. Wanita itu ditangkap dan berita penangkapannya tersebar ke seluruh kampung.

Ramai pihak yang hadir melihat sendiri betapa anehnya wanita itu yang berjalan membongkok seakan monyet, gagal bercakap bahasa manusia dan bermata merah sehingga ramai menganggap keadaannya sebagai `manusia yang berfikiran seperti haiwan'.

Wanita itu juga menggigil dan mengutip nasi di tanah untuk dimakan seolah-olah terlalu kelaparan.

Melihat keadaan wanita itu, Sal Lou yang ketika itu berusia 45 tahun segera menghampirinya.

Tubuh wanita itu diperiksa dan selepas beberapa ketika, dengan linangan air mata, dia memeluk wanita misteri itu di hadapan penduduk yang mungkin kebingungan.

Sal Lou yakin bahawa wanita itu adalah Rachom, anaknya yang hilang 19 tahun lalu. Parut di tangan kanan wanita itu sebagai bukti kerana anaknya dulu pernah luka pada bahagian sama akibat terkena parang.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tarzan.transformed.jpg

ROCHOM P'ngieng.


Rachom akhirnya dibawa pulang tetapi sepanjang bersama keluarga Sal Lou, dia gagal memahami bahasa manusia dan berbicara menggunakan bahasa isyarat antaranya apabila lapar, dia menepuk perutnya.

Mungkin lantaran terlalu lama hidup di hutan, wanita itu gagal menyesuaikan dirinya dengan kehidupan manusia normal. Beberapa kali dia menanggalkan pakaian yang disarungkan ke tubuhnya dan cuba melarikan diri untuk kembali ke hutan.

Misteri identiti asal wanita itu terus membingungkan ramai pihak. Walaupun Sal Lou mengakui wanita itu adalah anaknya, lelaki itu enggan menjalani ujian DNA untuk mengesahkan dakwaannya.

Malah, ramai pihak tidak percaya yang wanita itu adalah Rachom yang hidup dalam hutan selama 19 tahun sebaliknya menganggap dia mungkin wanita gila yang terlepas dari kurungan.

"Jika dia berada di hutan selama 19 tahun kenapa rambutnya pendek? Kawasan ini sejuk pada waktu malam (tapi) dia pula berbogel sepanjang masa?" demikian antara pandangan skeptikal yang menyangkal identiti wanita itu sebagai Rachom.

Penemuan wanita itu turut menarik minat ramai malah sehingga ke peringkat antarabangsa apabila doktor psikologi dari Universiti Oviedo, Sepanyol iaitu Hector Rifa dihantar mengkaji psikologi wanita itu. Bagaimanapun, pakar berkenaan gagal membongkar identiti misteri wanita berkenaan.

Walaupun perlakuannya seumpama haiwan dan gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia normal, Sal Lou dan keluarganya tetap melayani wanita itu dengan penuh kasih sayang.

Bagaimanapun, sekitar September 2007 iaitu selepas lapan bulan dibawa kembali ke alam manusia, wanita itu akhirnya hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan dipercayai kembali ke `kediamannya' iaitu hutan tebal di sempadan Kemboja-Vietnam.

Kepiluan mungkin kembali mengasak jiwa Sal Lou dan isterinya tetapi sejak itu, dipercayai tiada siapa lagi yang mengetahui nasib atau identiti misteri wanita berkenaan.

Info

Kanak-kanak hutan

Kanak-kanak hutan atau `feral child' adalah fenomena aneh mengenai kanak-kanak yang hilang atau dibesarkan haiwan di hutan untuk tempoh lama.
Fenomena ini dipercayai mencetuskan filem `Tarzan' dan watak Mowgli dalam filem `The Jungle Book'.
Selain Rochom, ada beberapa lagi kanak-kanak hutan antaranya Ramu, yang dilarikan serigala di India ketika bayi sekitar 1950-an dan dibesarkan haiwan itu sehingga berusia tujuh tahun.
Seorang lagi kanak-kanak, Robert yang dipercayai dibesarkan oleh kumpulan monyet selama tiga tahun sekitar 1980-an di Uganda sebelum dijumpai askar.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Blackrose87 Publish time 18-6-2021 11:49 AM

Tarzan versi prmpuan..

putera_daruna Publish time 18-6-2021 12:51 PM

anak buluh betong... huhuhu

Pink59 Publish time 19-6-2021 02:24 PM

Amik aje rambut gugur bdk tu p check dna kalu betul anaknya.
Pages: [1]
View full version: Siapa sebenarnya Wanita Hutan?


ADVERTISEMENT