Raline Publish time 17-6-2021 05:46 PM

Petua Rebus Kacang Kuda Ala-Ala Di Pasar Malam, Memang Empuk Weh!

Petua Rebus Kacang Kuda Ala-Ala Di Pasar Malam, Memang Empuk Weh!

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-351.png

Dapat kunyah kacang kuda ini semasa tengok tv memang ralit lah”

Waktu dulu kalau pergi ke pasar malam mesti ramai yang cari kacang kuda. Kacang kuda ini antara kudapan yang digemari pada zaman dahulu hinggalah sekarang. Tetapi zaman sekarang agak susah nak dapatkannya. Jadi, kalau teringin nak makan kacang kuda, korang boleh sediakan sendiri di rumah.

Cara nak bagi kacang kuda ini empuk senang sahaja rupanya cuma korang perlu mengikut cara yang betul. Jom cuba petua merebus kacang kuda ini.

1. Rendam semalaman
Sebelum korang nak rebus kacang kuda, pastikan korang rebuskan semalaman supaya kacang kuda tersebut menjadi lebih lembut. Selepas korang dah rendam, saiz kacang kuda tersebut akan menjadi lebih besar daripada saiz asalnya dan ini akan mempercepatkan proses merebus supaya ia menjadi lebih empuk.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-352.png

2. Masukkan serbuk kunyit
Boleh masukkan serbuk kunyit sedikitke dalam air rebusan ini supaya ia lebih beraroma dan yang paling penting lebih tertarik menarik daripada nampak pucat warna kacang kuda tersebut.

3. Masukkan garam
Sebelum memasukkan garam, korang kena rebus kacang kuda tersebut empuk terlebih dahulu. Sekiranya air rebusan semakin berkurang baru korang boleh masukkan garam. Kalau masuk garam awal-awal bersama air rebusan masih penuh dan kacang masih keras, memang bersudu-sudu la garam korang masuk.

4. Simpan di dalam bekas yang kering
Korang juga boleh masukkan gula sebagia penambah perisa. Selepas kacang kuda sudah masak, toskan sehingga airnya betul-betul kering dan boleh dimakan begitu sahaja. Cara penyimpanannya adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang kering, pastikan tiada air yang bertakung. Kukus sahaja sekiranya mahu makan keesokan harinya.

https://media.myresipi.com/2021/06/slider-352-1.png



Sumber: Nana Ismail

alesandra Publish time 17-6-2021 06:47 PM

Apa ni?. sblm korang nak rebus kacang....pastikan korang rebus semalaman.gila ke nak rebus kacang kuda semalaman.?:lol:x boleh ke double check sblm nak publish artikel ?

sparkly Publish time 17-6-2021 07:41 PM

lama dah tak beli kacang rebus

matchstick Publish time 17-6-2021 08:01 PM

Sedapnye kacang rebus pasar mlm.. skrg dh mahal kacang rebus ni

Lengkong Publish time 17-6-2021 08:09 PM

Dah lama tak makan kacang kuda rebus

yondu Publish time 18-6-2021 01:52 PM

guna pressure cooker je

najib888 Publish time 18-6-2021 01:59 PM

Kenapa kacang ni dipanggil kacang kuda?

samperit Publish time 18-6-2021 06:57 PM

Kalau indian, selalu mereka letak daun kari, cili kering dan biji sawi. Xdelah rasa kosong

minahsenget Publish time 22-6-2021 09:19 PM

i rendam dgn gula batu
Pages: [1]
View full version: Petua Rebus Kacang Kuda Ala-Ala Di Pasar Malam, Memang Empuk Weh!


ADVERTISEMENT