CARI-MAL Publish time 16-6-2021 01:33 PM

Lelaki Menyorok Bawah Gaun Pengantin

Lelaki di Filipina sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan majlis perkahwinan pasangan pengantin berjalan lancar.


Rakaman video yang dikongsi di akaun perancang perkahwinan Roel Lunesa menunjukkan dia keluar dari bawah gaun pengantin perempuan tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/16/133301g9hgutc4rnnh6zdy.pngKredit foto: LadBible




Katanya, tindakannya itu bagi membantu wanita tersebut berjalan ketika upacara perkahwinan berlangsung.


Bercakap kepada Newsweek, Lunesa berkata dia terpaksa membantu pengantin itu berjalan kerana angin kencang ketika majlis tersebut berlangsung.


"Ketika majlis berlangsung pada 6 Jun lepas di Resort Louie Beach di Pinamungajan, angin kencang menyebabkan pengantin perempuan sukar untuk berjalan.


"Dia sentiasa terpijak atas gaun pengantinnya akibat angin," katanya.




wZsMtXdoQRg


Dalam rakaman video tersebut, pengantin perempuan dilihat terhenti beberapa kali bagi membetulkan gaunnya.


Sebelum tiba di hadapan paderi, Lunesa dilihat keluar dari bawah gaun pengantin perempuan dan terus beredar.




Sumber: AWANI

dani-rox Publish time 16-6-2021 01:55 PM

bridezilla dan wedding planner tuyuk jd isu semasa pun boleeeyy :lol:

Eva_yy_Ellin Publish time 16-6-2021 08:22 PM

Soalan serius, macam mana dia bantu pengantin perempuan tu berjalan dari dalam gaun? {:1_515:}

Artemesiaa Publish time 18-6-2021 04:24 PM

Macam tu pun ada demi nak semuanya nampak perfact

esbok Publish time 18-6-2021 04:34 PM

Eva_yy_Ellin replied at 16-6-2021 08:22 PM
Soalan serius, macam mana dia bantu pengantin perempuan tu berjalan dari dalam gaun?

Dia jalan membongkok dalam tu sambil tolong angkat skirt kembang tu guna belakang badan dia.Kain tu berat tu,dan jadi lagi berat bila dia meleret atas carpet. Bila dia angkat, tak perlu lah pengantin kene seret the whole bunch tu sorang2.


Dengan kondifen aku tolong jawab

heythere123 Publish time 1-8-2021 10:01 AM

perfectionist sangat tu

heythere123 Publish time 1-8-2021 10:01 AM

gigih ya demi kepuasan hati klien ;P

heythere123 Publish time 1-8-2021 10:03 AM

esbok replied at 18-6-2021 04:34 PM
Dia jalan membongkok dalam tu sambil tolong angkat skirt kembang tu guna belakang badan dia.Kain t ...

oh, faham. Kira dia macam jadi pemegang kain tu. Memang sakit kaki nampak gayanya sebab kena jalan sambil bercangkung macam tu

Olumis Publish time 22-8-2021 07:18 PM

Macam ni pun ada

imanjannah Publish time 23-8-2021 01:32 PM

mcm tarian singa yg dok bahagian belakang tu ye
Pages: [1]
View full version: Lelaki Menyorok Bawah Gaun Pengantin


ADVERTISEMENT