Jungleman Publish time 14-6-2021 10:38 PM

Macam mana cara kehidupan orang yang campur kahwin melayu di Singapore?

Edited by Jungleman at 14-6-2021 10:54 PM

Minta maaf. Tak pasti dekat bahagian forum mana nak tanya ni. Selama lebih 30 tahun saya di dunia tapi tak pernah pun dengar pasal topik campur kahwin Islam dan non-Islam di (Singapore) ni. Tak disebut pun dalam filem,novel,komik,theatre,dokumentari pun. Jadi ada tak pasangan-pasangan yang Melayu di Singapore yang kahwin campur tapi beragama berbeza macam di Indonesia yang ada pasangan Katolik kahwin Islam tapi tak perlu tukar agama? Bukan hendak menimbulkan kemarahan tapi cuma nak tahu sebab saya dahagakan maklumat. :D

(Oops.Salah eja tajuk. Bukan 'car' tapi 'cara')


sharlenetexas Publish time 14-6-2021 10:57 PM

Maria M dulu kawin dengan suami pertama dia tanpa tukar agama. Years after perkahwinan dibubar sebab mahkamah singapura tak terima perkahwinan dengan ahli kitab. Zaman hitam putih dulu takde mahkamah syariah. Dia masuk Islam lepas cerai.

Jungleman Publish time 14-6-2021 11:04 PM

sharlenetexas replied at 14-6-2021 10:57 PM
Maria M dulu kawin dengan suami pertama dia tanpa tukar agama. Years after perkahwinan dibubar sebab ...

Maksud kamu, mahkamah Singapura tak terima perkahwinan Kristian dan Islam ke?Oh. :o Saya ingatkan cara pemikiran kerajaan mereka sekular.

sharlenetexas Publish time 14-6-2021 11:09 PM

Jungleman replied at 14-6-2021 11:04 PM
Maksud kamu, mahkamah Singapura tak terima perkahwinan Kristian dan Islam ke?Oh.Saya ingatkan...

Tak taulah zmn hitam putih dulu macamana. Uols boleh google dgn lebih lanjut.

haifawehbe Publish time 14-6-2021 11:46 PM

rima melati pelakon spore tu islam kawen dgn ex husband chinese.. yg second husband marcell pun non muslim.. rasanya mereka x convert to islam..

Nana_Man Publish time 17-6-2021 07:44 PM

haifawehbe replied at 14-6-2021 11:46 PM
rima melati pelakon spore tu islam kawen dgn ex husband chinese.. yg second husband marcell pun non...

Marcel dah convert to muslim.

Nana_Man Publish time 17-6-2021 07:49 PM

Aku ada kawan muslim yg kawin ngan lelaki eurasian(non-muslim). Anak pompuan 2. Kawin under civil marriage, bukan under muslim marriage. But luckily her marriage cuma bertahan untk few years je. Family kawan aku pun semua tak suka dia kawin ngan laki tu. Aku tak tau apa the real reason dorang cerai. Yg aku tau, abg kakak kawan aku slalu ingtkn dia pasal agama. Such as kalau dia mati, tanam kt mana. Anak2 tu nanti muslim ke tidak etc. And much more. So good thing dah cerai. Kawan aku pun dah kawin ngan org melayu skrg.

Nana_Man Publish time 17-6-2021 07:52 PM

Jungleman replied at 14-6-2021 11:04 PM
Maksud kamu, mahkamah Singapura tak terima perkahwinan Kristian dan Islam ke?Oh.Saya ingatkan...

Not sure abt dulu.
Tapi skrg, kalau the non muslim tak convert, they will marry under Civil Marriage. Masih legal marriage. Cuma dlm hal agama, tak sah lah kan. Anak2 pun kirakn anak luar nikah jgk.
My family ada few of them yg kawin cina. Luckily semua masuk islam.

3chanceno Publish time 21-6-2021 08:46 AM

Di Singapura memang boleh kawin campur ini.
Pejabat pernikahan ada 2 - 1 untuk Muslim (ROMM) & 1untuk non-Muslim...

Ada pasangan kawin campur nie dari Msia dan berkeluarga di Singapura..selalunya agama ikut masing2 atau tak praktik langsung..tetapi ada jugak anak2 dibiarkan membuat pilihan memilih agama sendiri. Ada jugak anak2 mengikut agama salah satu parents tapi seringnya bukan agama Islam.

Ada pasangan dari Indon dan luar negara ke Singapura untuk mendaftarkan pernikahan mereka melalui civil marriage.
Pages: [1]
View full version: Macam mana cara kehidupan orang yang campur kahwin melayu di Singapore?


ADVERTISEMENT