Raline Publish time 11-6-2021 09:40 AM

FATWA Ajaran Bahai

FATWA Ajaran Bahai

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oct 1985 telah membincangkan Ajaran Bahai. Muzakarah telah memutuskan bahawa Ajaran Bahai adalah bukan ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.


Kepercayaan Bahá'í

ahVAzaC11r0

http://google.com/thumb/5/5f/Seat_of_the_Universal_House_of_Justice.JPG/220px-Seat_of_the_Universal_House_of_Justice.JPG

Tapak Balai Keadilan Sedunia di Haifa, Israel yang merupakan badan pentadbir bagi penganut Bahá'í

http://google.com/thumb/9/9b/Shrine_Bab_North_West.jpg/220px-Shrine_Bab_North_West.jpg

Kuil Báb di Haifa, Israel.

http://google.com/thumb/2/2c/Shrine-of-Bahaullah.jpg/220px-Shrine-of-Bahaullah.jpg
Kuil Bahá'u'lláh di Akko, Israel.

Bahai ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran) oleh Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu, walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

-6G6TjCDV8A

Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini seperti agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Komuniti Bahá'í Malaysia

Semenanjung Malaysia
Visi dan prinsip-prinsip Akidah Bahá'í yang meliputi dunia telah menarik individu daripada keratan luas masyarakat Malaysia. Di seluruh negara, komuniti Bahá'i bekerja secara aktif bersama rakan-rakan dan jiran-jiran untuk melibatkan dan memperkasakan individu agar mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan rohani, sosial, dan intelektual mereka. Kami berhasrat untuk meningkatkan keupayaan dalam individu supaya mereka menjadi agen perubahan positif, berusaha ke arah membina komuniti yang mampan dan mengukuhkan ikatan persahabatan.

Orang Bahá’í berpegang teguh kepada prinsip-prinsip seperti kesatuan manusia, kesamarataan hak antara wanita dan lelaki, keharmonian antara sains dan agama, penghapusan semua jenis prasangka, pendidikan sejagat, dan sebagainya, yang ditahbiskan oleh Bahá'u'lláh, Pengasas Akidah Bahá'í.

Akidah Bahá'í telah menjadi sebahagian daripada sejarah Semenanjung Malaysia selama 65 tahun. Pada Disember 1953, Pn. Shirin Fozdar, seorang penganut Bahá'í dari India, telah melawat Tanah Melayu dan memberi satu siri ceramah umum di Seremban, Melaka dan Kuala Lumpur. Ceramah-ceramah ini dianjurkan dan ditemani oleh En. Yan Kee Leong yang ditemui beliau semasa Persidangan Keamanan Peringatan Gandhi di India pada 1958.

Pada akhir lawatan seminggu itu, En. Yan Kee Leong menerima ajaran Baha'u'llah dan menjadi penganut pertama di negara ini. Dengan cepat ramai yang lain yang telah menghadiri ceramah juga mulai menyertai aktiviti. Mereka kemudian berkongsi mesej baharu Akidah dengan lebih ramai kawan lagi. Perlahan-lahan, kumpulan mulai terbentuk di negeri lain, di Pulau Pinang, Kedah, Johor.

Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, mesej Bahá'í mengenai kedamaian sejagat dan kesatuan umat manusia.

Tidak lama kemudian, pusat-pusat Bahá'í ditubuhkan di kawasan di mana terdapat penganut-penganut Bahá'í agar dapat menyumbang dengan lebih berkesan kepada keperluan komuniti luas. Dengan ketersediaan sumber, ia adalah mungkin untuk menyokong aktiviti-aktiviti berbentuk bekerjasama dengan individu, kumpulan dan pertubuhan di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan ke arah matlamat-matlamat yang orang-orang Bahá'í berkongsi dengan orang lain seperti pendidikan sejagat, celik hurut, kesamarataan, hak manusia serta keharmonian dan persefahaman antara agama yang semakin meningkat.

Sabah
Pada awal tahun 50-an, ketika menjelajah ke Brunei, pelopor-pelopor Bahá'í Charles Duncan dan Harry Clarke telah melawat Labuan dan Jesselton. Walaupun lawatan mereka di bahagian utara Borneo ini pendek, adalah dipercayai bahawa benih Akidah telahpun tertanam di wilayah ini. Salah satu publisiti paling awal untuk Akidah di Sabah adalah melalui "Berita Borneo Utara" pada bulan Ogos 1953, iaitu pengisytiharan pertama Akidah Bahá'í di Sabah.

Pada awal 1960-an, Margaret Bates, juga seorang pelopor Bahá'í, telah datang ke Jesselton dari Brunei. Di situ beliau bekerja sebagai jururawat di Hospital Queen Elizabeth. Ini diikuti oleh Dr John Fozdar dan keluarganya, pada bulan Jun 1961. Dalam masa yang singkat, Dr John Fozdar mendapat ramai kenalan di Jesselton. Beliau mengembara secara meluas di bahagian barat Sabah ke tempat-tempat seperti Papar, Kota Belud, Tamparuli, Ranau dan Tenom. Dr John dan keluarga, kemudian berpindah ke Sandakan pada awal 1962 dan menjadi penganut-penganut pertama di Sandakan. Dalam masa setahun, terdapat sebuah Komuniti Baha'i Cina yang besar di Sandakan. Khidmat Dr John tidak hanya terhad kepada kemajuan Akidah sahaja. Di situ, beliau juga banyak menyumbang kepada kebajikan penduduk secara umumnya melalui kerja profesionalnya sebagai seorang ahli bedah di Hospital Duchess of Kent, dan telah bekerja ke arah penambahbaikan penginapan hospital dan kemudahan lain.

Hari ini, Komuniti Baha'i di Sabah diwakili oleh kepelbagaian budaya negeri ini, termasuk penduduk asli seperti Kadazan-Dusun, Murut, Tombonuo, Rungu, Iban, Tobilung, Kimaragang dan lain-lain di Kota Kinabalu, Penampang, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Tawau, Ranau, Beaufort, Keningau, Papar, Labuan, Lahad Datu dan Tuaran.

Sepertimana orang-orang Bahá'í di seluruh dunia - secara individu dan secara bersama - berusaha untuk terlibat dalam kehidupan masyarakat dan menyumbang kepada kemajuan tamadun kebendaan dan rohani, Komuniti Bahá'í di Sabah juga bekerja bahu membahu secara aktif bersama-sama dengan rakan-rakan dan jiran mereka untuk melibatkan dan memperkasakan individu komuniti agar mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan rohani, sosial dan intelektual mereka demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat. Komuniti ini mengadakan perjumpaan, bersatu dalam doa, di rumah satu sama lain dan di Pusat-pusat Bahá'í.

Komuniti juga memainkan peranan penting dalam pendidikan dan kebolehupayaan rohani dan moral kanak-kanak dan belia. Komuniti Bahá'í di Sabah juga terlibat dalam wacana serta program dan telah menjalin hubungan erat dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan yang berfikiran sama, serta masyarakat pada umumnya untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh individu, keluarga, komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya. Mereka juga aktif dalam mempromosikan keharmonian antara agama sesama pertubuhan yang berasaskan agama.

Sarawak
Sejarah Akidah Bahá’í di Sarawak bermula pada tahun 1951. Hari ini, sekitar 50,000 komuniti Bahá'í yang kukuh di Sarawak tersebar di lebih daripada 120 kawasan dalam negeri ini yang mewakili lapisan masyarakat yang berbagai etnik, budaya dan latar belakang sosio-ekonomi.

Orang-orang Bahá'í dalam komuniti yang berkembang maju ini, bersama-sama dengan rakan-rakan dan jiran mereka, secara terlibat dengan aktif dalam menyumbang kepada perbaikan pekan dan kampung mereka.

Diilhamkan oleh prinsip dan ajaran Bahá'u'lláh, mereka bekerja bahu-membahu untuk membina komuniti melalui satu siri program yang memupuk keupayaan moral kanak-kanak dan belia, meningkatkan perwatakan rohani dalam kejiranan serta membina keupayaan dalam individu untuk mengabdi kepada masyarakat.

Selama bertahun-tahun, komuniti Bahá'í di Sarawak telah menjalin hubungan erat dengan agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berfikiran sama. Mereka menyertai secara aktif dalam mempromosikan keharmonian antara agama dengan pertubuhan-pertubuhan agama dan menyumbang ke arah program pembangunan, termasuk untuk pendidikan dan celik huruf serta mempromosikan kemajuan wanita dan kesamarataan jantina.

Ini bergema dengan ajaran Bahá'u'lláh yang menyeru kita untuk menjadi pejuang aktif dalam mempromosikan keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat. Komuniti Bahá'í di Sarawak kini di bawah pentabdiran Majlis Rohani Kaum Bahá'í Sarawak

Sumber:https://www.bahai.org.my/siapakah-kami.html
http://celikagama3.blogspot.com/p/ajaran-bahai.html
ML Studio


Gianna111 Publish time 11-6-2021 11:59 AM

ah?selama ini saya ingatkan agama bahai ini adalah cabang dari peahan kristian?rupanya ala-ala islam yang tidak menjadi sebegitu?
kawan saya ada beragama bahai tapi kenapa i tengok mereka macam kritian. dan tempat sembahyang pun dipangil gereja.

Tinot7 Publish time 11-6-2021 12:41 PM

tak pernah dgr, ingatkan psl hula hoop..

ilacantik Publish time 12-6-2021 02:58 PM

Kalau di tempat meols tinggal di seberang tambak ni, memang ada perkuburan Bahai. Tak campur dengan lain. Masa mula2 tu tertanya2 juga, kemudian meols cari tahu sendiri.

Mooverine Publish time 16-6-2021 09:32 AM

Bahai ni tak famous tapi sebenarnya ramai penganut terutamanya kat Borneo ni.
First time dengar agama Bahai ni masa baca biodata pelakon CSI tu..
Apa agama ni? Pastu baca la Google..
Masa google baru sedar rupa-rupanya dekat rumah sendiri ada pusat komuniti Bahai hahah betul-betul tak perasan.

laradelara Publish time 17-6-2021 01:20 PM

Tau psl agama ni sejak skolah menengah. Ada sorg penyanyi cina yg iolls minat anut agama ni. Hensem, suara sedap tapi kurus kepeng je lah
Pages: [1]
View full version: FATWA Ajaran Bahai


ADVERTISEMENT