Raline Publish time 10-6-2021 07:48 PM

Bermula Dengan Khidmat Langganan DVD, Ini Adalah Sejarah Tertubuhnya Netflix

Bermula Dengan Khidmat Langganan DVD, Ini Adalah Sejarah Tertubuhnya Netflix

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/Bermula_Dengan_Khidmat_Langganan_DVD_Ini_Adalah_Sejarah_Tertubuhnya_Netflix.jpg?quality=100&f=auto

Sebelum munculnya aplikasi dan perkhidmatan penstriman filem-filem dan rancangan televisyen seperti Netflix, iFlix dan Viu, rata-rata orang menonton filem di panggung wayang atau melalui rakaman Digital Video Disc yang lebih dikenali sebagai DVD.

Sebut sahaja tentang Netflix, pasti sudah ramai yang tahu apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat terkemuka tersebut.

Namun, sejauh manakah pengetahuan kita tentang sejarah bermulanya perkhidmatan Netflix?

Netflix bermula sebagai Netflix, Inc. yang ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1997 oleh dua orang usahawan dari Amerika Syarikat iaitu Reed Hastings dan Marc Randolph.

Nama Netflix ialah hasil gabungan daripada dua singkatan iaitu Net daripada perkataan Internet dan Flix yang diambil daripada Flicks iaitu dialek yang membawa maksud filem.

Kedua-dua usahawan ini pada mulanya merancang untuk menjual kaset VHS tetapi akhirnya mereka lebih memilih untuk menjual DVD atas talian.

Setelah cubaan pertama mereka menghantar langganan DVD ke sebuah rumah di Santa Cruz, di situlah mereka mula melakukan revolusi terhadap model untuk perniagaan sebegitu sehingga tercetusnya idea untuk menyewakan DVD atas talian.

Pada asalnya, syarikat ini hanya berkhidmat sebagai kedai video dalam talian dengan pengedaran DVD kepada pelanggannya dan bermula dengan 925 buah pilihan filem.

Pada tahun 1998, Netflix.com mula dibuka dan fokusnya hanya kepada langganan dan penjualan DVD sahaja dan setiap filem dikenakan harga sebanyak USD4 iaitu sekitar RM16.

Tahun berikutnya, syarikat tersebut telah mula menerima servis langganan yang membenarkan pelanggan menyewa DVD tanpa had dengan hanya mengenakan bayaran bulanan.

Sistem rekomendasi filem telah mula dikenalkan oleh Netflix yang menggunakan penilaian yang diberikan oleh para pelanggan untuk meramalkan pilihan kepada semua pengguna Netflix.

Netflix kemudiannya mula meningkat naik secara perlahan-lahan setelah mula dikenali ramai pada tahun 2002 dan akhirnya berjaya menerima ahli seramai 4.2 juta pada tahun 2005.

Pada tahun 2007, Netflix mula memperkenalkan servis perkhidmatan penstriman yang membenarkan pelanggannya untuk menonton siri televisyen dan filem melalui komputer peribadi masing-masing.

Mulanya, servis itu dilancarkan dengan hanya 1,000 tajuk siri televisyen dan filem yang hanya boleh berfungsi dalam komputer dan Internet Explorer.

Mereka juga menawarkan masa yang terhad untuk menonton secara atas talian iaitu maksimum 18 jam setiap bulan, mengikut pelan langganan masing-masing.

Salah satu faktor kejayaan bagi Netflix adalah pada tahun 2011, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan filem dan siri mereka sendiri.

Terbitan Netflix yang pertama ialah sebuah siri politik thriller House of Cards yang dibintangi Kevin Spacey dan Stranger Things yang kini sudahpun mempunyai hampir empat musim.

Pada tahun 2016, Netflix sudah mula berkembang sehingga ke 190 buah negara dan wilayah dan kini, syarikat tersebut sudah mempunyai sebanyak 151 juta pelanggan berbayar di serata dunia.'

Sumber:
The Street


Skuau Publish time 10-6-2021 08:01 PM

first amik iflix...mula bnyk citer best...lama2...dh xde citer best...pastu baru amk netflix ni...
Pages: [1]
View full version: Bermula Dengan Khidmat Langganan DVD, Ini Adalah Sejarah Tertubuhnya Netflix