Raline Publish time 10-6-2021 07:41 PM

Punyai 2 Pencipta, Ini Asal Usul ‘Bubble Tea’

Punyai 2 Pencipta, Ini Asal Usul ‘Bubble Tea’

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/04/asal-usul-bubble-tea.jpg?quality=100&f=auto

Siapa antara anda yang cukup suka dengan bubble tea ini sehingga sanggup beratur panjang setiap kali ada pembukaan kedai baharu? Namun, tahukah anda bahawa minuman yang anda gemari ini sebenarnya sudah lama bertapak di negara asal mereka iaitu Taiwan?

Menurut laporan Taipei Times, bubble tea ini sebenarnya mempunyai dua pengasas yang berbeza!

Pengasas sebenar bubble tea

https://cdn.statically.io/img/images.unsplash.com/photo-1525803377221-4f6ccdaa5133?ixlib=rb-1.2.1&ixid=eyJhcHBfaWQiOjEyMDd9&w=1000&q=80&quality=100&f=auto

Hanlin Tea Room menegaskan idea mencipta bubble tea ini tercetus daripada pengasas perniagaan mereka sendiri iaitu Tu Tsung-he yang pergi ke sebuah pasar di Yamuliao pada tahun 1986.

Tsung-he menemui seorang peniaga di pasar tersebut yang menjual bebola ubi kayu berwarna putih. Pengasas Hanlin Tea Room itu pun kemudiannya meletakkan bebola yang sudah dimasak olehnya itu ke dalam teh susu sebaik sahaja beliau tiba di rumah.

Untuk dijadikan cerita, Tsung-he mendapati satu sensasi unik semasa beliau mengunyah bebola ubi kayu tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menjual teh yang mengandungi bebola itu kepada orang ramai kerana rasanya yang sungguh enak.

Untuk pengetahuan anda, Tsung-he menamakan minuman itu sebagai pearl milk tea kerana bebola itu kelihatan seperti mutiara.

Pengasas kedua bubble tea

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/04/bubble-tea.jpg?quality=100&f=auto

Chun Shui Tang sebaliknya mendakwa mereka adalah pencipta bubble tea di mana kisah mereka pula melibatkan seorang pekerja syarikat tersebut pada tahun 1987.

Lin Hsiu-hui merupakan seorang penggemar bebola ubi kayu sejak kecil. Oleh itu, wanita berkenaan mencampurkan ‘mutiara’ berkenaan dengan sengaja ke dalam dua minuman yang berbeza iaitu teh susu dan teh lemon hitam.

Selepas mendapati campuran unik itu membuahkan hasil, majikan Hsiu-hui mula memperkenalkan resipi wanita tersebut secara rasmi. Atas sebab itu, Chun Shui Tang pun mula menjual teh yang mengandungi bebola ubi kayu.

Berbalik kepada persoalan sebenar dalam artikel ini, kenapa ada dua teori pengasas bubble tea? Hal ini demikian kerana kedua-dua syarikat itu tidak mahu beralah.

Walau bagaimanapun, mereka juga gagal untuk membuktikan siapa antara mereka adalah pencipta asal minuman kegilaan ramai tersebut.

Atas sebab itu, sejarah bubble tea perlu menyebut Hanlin Tea Room dan Chun Shui Tang sebagai pencipta asal bubble tea.

Berikutan kegagalan kedua-dua syarikat itu dalam mencapai kata sepakat, semua orang boleh menjual bubble tea secara rasmi tanpa perlu membayar lesen hak cipta atau royalti.

Asal usul nama boba dan kandungan bebola tersebut

https://cdn.statically.io/img/images.unsplash.com/photo-1561668501-63b96c291413?ixlib=rb-1.2.1&ixid=eyJhcHBfaWQiOjEyMDd9&auto=format&fit=crop&w=1000&q=80&quality=100&f=auto

Bubble tea itu sebenarnya merujuk pada bebola ubi kayu di dalam minuman tersebut. Pearl milk tea pula digunakan oleh orang ramai kerana ia merupakan nama yang digunakan di Taiwan buat sekian lama.

Selain itu, perkataan boba ini berasal dari perkataan Cina iaitu boba naicha. Naicha ialah teh susu dalam bahasa Mandarin.

Selain daripada ubi kayu, bebola ini boleh juga dibuat menggunakan bahan lain seperti sagu kelapa sawit dan kentang.

Tahukah anda bahawa warna boba ini adalah berdasarkan bahan yang digunakan untuk membuat bebola tersebut?

Secara umumnya, boba ini berwarna hitam kerana ia merupakan campuran ubi kayu, gula perang dan kentang. Sekiranya bebola itu berwarna putih, ia adalah gabungan kanji, ubi kayu dan ekstrak bunga kamomil atau karamel. Menarik, bukan?

Apa-apa pun, minuman ini masih lagi menjadi kegilaan ramai sehingga ke hari ini. Adakah anda salah satu daripada mereka?

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

ajinomotonosuga Publish time 10-6-2021 08:28 PM

Tak gilaa punnn...ko je kegilaan ghamai..bodoh!!

Aostvapk Publish time 14-6-2021 12:27 AM

wow! such a great drink u made it....thanks for it.. Now you watch best streaming videos and live tv channels for free on using aostv apk
https://aostv.fun/
Pages: [1]
View full version: Punyai 2 Pencipta, Ini Asal Usul ‘Bubble Tea’


ADVERTISEMENT