Raline Publish time 10-6-2021 07:36 PM

Gara-Gara Mimpi Buruk, Tukang Kayu Di Belanda Ini Bina Replika Bahtera Nabi Nuh

Gara-Gara Mimpi Buruk, Tukang Kayu Di Belanda Ini Bina Replika Bahtera Nabi Nuh

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/mimpi-buruk-lelaki-ini-bina-replika-nabi-nuh-as.jpg?quality=100&f=auto

Seperti yang semua sedia maklum, Nabi Nuh a.s telah membina sebuah bahtera untuk menyelamatkan kaumnya dari banjir besar. Namun, adakah anda tahu bahawa kisah berkenaan telah memberi inspirasi kepada seorang tukang kayu di Belanda untuk membina replika bahtera tersebut?

Bukan sekadar bekerja sebagai seorang tukang kayu, Johan Huibers turut menggunakan kepakarannya dalam membina replika kapal Nabi Nuh a.s selepas menerima inspirasi daripada sebuah kitab suci. Namun, apa yang lebih menarik adalah Johan turut membina replika bahtera tersebut mengikut spesifikasi dalam kitab suci berkenaan.

Johan mula membina replika tersebut selepas dia melihat satu banjir besar melanda Belanda dalam mimpinya. Selepas tersedar, Johan berkata kepada dirinya bahawa dia perlu membina sebuah bahtera untuk mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/mimpi-buruk-lelaki-ini-bina-replika-nabi-nuh-as-1.jpg?quality=100&f=auto

Selain itu, Johan turut membina replika berkenaan kerana mahu memberi inspirasi kepada anak muda tentang kisah pengorbanan Nabi Nuh dan para pengikutnya dalam usaha untuk menyelamatkan diri dari banjir besar.

Lelaki itu turut membina kapal tersebut kerana mahu tunjuk kepada orang ramai bahawa Tuhan itu benar-benar wujud.

Johan mula membina kapal pertama pada tahun 2004 dan ia berukuran separuh dari bahtera Nabi Nuh a.s. Lelaki itu kemudiannya menggunakan kapal berkenaan untuk membawa para pelancong mengunjungi kawasan tempat tinggalnya.

Empat tahun kemudian, dia mula membina bahtera Nabi Nuh a.s. seperti yang ditulis di dalam kitab suci. Johan dan tujuh orang pekerjanya mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan kapal berkenaan dengan ukuran sebenar seperti dalam kitab tersebut.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/mimpi-buruk-lelaki-ini-bina-replika-nabi-nuh-as-2.jpg?quality=100&f=auto

Sejak ia siap dibina, kapal yang mampu memuatkan 4,000 orang dan 15,000 spesies haiwan telah mencuri perhatian orang ramai. Terdapat bilik tidur, ruang teater, restoran dan dewan persidangan yang mampu menampung 1,500 orang di dalam kapal tersebut. Selain itu, terdapat juga sebuah bilik besar yang dipenuhi dengan tumbuhan dan dilengkapi dengan haiwan plastik di dalamnya.

Dalam pada itu, kapal yang lebih dikenali sebagai Noah’s Ark kini bertukar menjadi tempat pelancongan dan telah menerima kunjungan daripada ribuan pelancong dari luar negara.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/mimpi-buruk-lelaki-ini-bina-replika-nabi-nuh-as-3.jpg?quality=100&f=auto

Untuk pengetahuan anda, ia juga dijadikan pusat pendidikan dalam menyebarkan ilmu dan cerita pedoman untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Ketika ditanya sama ada bahtera ciptaannya dapat digunakan sekiranya mimpinya tentang banjir benar-benar melanda Belanda menjadi realiti, Johan berkata bahawa kapal itu tidak dibina untuk menyelamatkan nyawa lelaki tersebut atau keluarganya.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

9vCVtn-V4Ag

Sumber:
Haaretz
https://tehtarikgelasbesar.com

Skuau Publish time 10-6-2021 08:04 PM

menarik{:1_132:}.

sharlenetexas Publish time 10-6-2021 08:59 PM

Macam cite evan almighty.

stillen Publish time 10-6-2021 10:32 PM

Kalau ada usaha, semua jadi
Pages: [1]
View full version: Gara-Gara Mimpi Buruk, Tukang Kayu Di Belanda Ini Bina Replika Bahtera Nabi Nuh


ADVERTISEMENT