Raline Publish time 10-6-2021 07:28 PM

Kenali Hari Pancasila Yang Disambut Di Indonesia Setiap 1 Jun

Kenali Hari Pancasila Yang Disambut Di Indonesia Setiap 1 Jun

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/Kenali_Hari_Pancasila_Yang_Disambut_Di_Indonesia_Setiap_1_Jun.jpeg?quality=100&f=auto

Pancasila, lima tiang yang menjadi dasar kepada Negara Kesatuan Republik Indonesia terlahir 1 Jun 1945.

Sama seperti Malaysia yang mempunyai lima rukun negara, warganegara Indonesia memanggilnya dengan nama Pancasila.

Setiap 1 Jun, bangsa Indonesia akan menyambut Hari Lahir Pancasila untuk mengingati peristiwa dan sejarah di sebalik kewujudannya dan kini ia telah menjadi sebagai salah satu cuti umum di Indonesia.

Antara lima dasar negara Indonesia ialah ketuhanan Yang Maha Esa, kemanusiaan yang adil dan beradab, persatuan Indonesia, kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam perwakilan dan keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia.

Sejarah terlahirnya Pancasila bermula daripada kekalahan pada Perang Asia Timur Raya.

Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) telah dibentuk untuk menyelidik perkara-perkara yang penting sekali gus menyusun rencana tentang persiapan kemerdekaan Indonesia.

Pada tanggal 29 Mei 1945, sebuah sidang yang membahaskan tema dasar negara telah diadakan di Gedung Chuo Sang In yang kini dikenali sebagai Gedung Pancasila.

Sidang tersebut berjalan selama hampir lima hari dan pada 1 Jun 1945, Soekarno, Presiden Indonesia pada ketika itu telah menyampaikan gagasannya tentang dasar negara Indonesia yang dinamakan sebagai Pancasila.

Panca membawa maksud lima dan sila bererti prinsip atau asas.

Tujuan Hari Lahir Pancasila disambut di Indonesia adalah untuk memperingati Pancasila sebagai pedoman untuk melaksanakan tugas dan kewajiban di mana pun rakyat Indonesia berada.

Ia juga bertujuan untuk mengingatkan bahawa penerapan butir-butir Pancasila dapat menjaga negara segala perubahan zaman dan dapat memperkuatkan lagi persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia.

Dulu, hari kelahiran Pancasila ini tidaklah disambut dan tidak dianggap sebagai cuti umum. Namun, hari bersejarah itu kemudiannya diusulkan sebagai cuti umum semasa zaman kepimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.

Bermula pada 1 Jun 2016, ianya telah menjadi hari pertama Hari Lahir Pancasila disambut sebagai cuti umum oleh rakyat Indonesia.

Sumber:
Kompas

Pages: [1]
View full version: Kenali Hari Pancasila Yang Disambut Di Indonesia Setiap 1 Jun


ADVERTISEMENT