Raline Publish time 9-6-2021 01:46 PM

10 Kisah Kegagalan Tokoh Paling Terkenal

10 Kisah Kegagalan Tokoh Paling Terkenal

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/steven-spielberg-875.jpg?quality=100&f=auto

Bagi mereka yang berada di puncak, kejayaan bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah. Ia adalah perkara biasa apabila anda kerap gagal, anda akan berasa tertekan dan mudah menyerah kalah. Apabila anda jatuh, ia adalah pilihan anda untuk bangun semula ataupun tidak.

Ramai orang terkenal di dunia ini pada mulanya sering kali gagal, namun berjaya mendapat kekuatan untuk bangun semula dan berusaha mencapai matlamat mereka. Bak kata pepatah popular “Jika anda tidak pernah gagal, anda tidak akan mencuba sesuatu yang baru.”

Oleh itu, ingatlah bahawa orang yang berjaya itu sebenarnya mengalami lebih banyak kegagalan berbanding kita. Berikut adalah senarai 10 kisah kegagalan tokoh paling berjaya yang merupakan inspirasi hebat.

1. Michael Jordan

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/michael-jordan-212.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Semasa berada di sekolah menengah, Michael telah disingkirkan daripada pasukan bola keranjang. Apabila pulang ke rumahnya, dia menguncikan dirinya di dalam bilik dan banyak menghabiskan masa dengan menangis.

Cerita kejayaan: Dia kini dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah NBA. Michael pernah berkata dia pernah tersasar sebanyak 9,000 lontaran dalam keseluruhan kerjayannya dan kalah hampir 300 perlawanan. Disebabkan terlalu banyak kegagalan yang dialaminya, perkara itulah yang membuatkan dirinya berjaya seperti sekarang.

2. Eminem – Marshall Bruce Mathers III

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/eminem.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Ketika remaja, Eminem dibuang sekolah kerana sering terlibat dalam pergaduhan. Dia juga mempunyai kehidupan yang sukar akibat kemiskinan dan terlibat dengan dadah. Malah, ketika sedang menghadapi kesukaran itu, dia pernah cuba untuk membunuh diri namun gagal.

Cerita kejayaan: Dengan lagunya Love Yourself, dia menjadi artis rap pertama yang memenangi Academy Award. Majalah Rolling Stone pula menamakan Eminem salah seorang daripada 100 seniman terbaik sepanjang masa. Kini, dia adalah salah seorang artis dengan jualan album terbaik di Amerika Syarikat.

3. Steven Spielberg


https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/steven-spielberg-875-1.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, Spielberg ingin menjadi seorang pembikin filem yang berjaya. Namun, dia pernah ditolak sebanyak tiga kali oleh University of Southern California ketika ingin menyambung pelajaran.

Cerita kejayaan: Beberapa filemnya termasuk Jaws, E.T, Jurassic Park dan Saving Pricate Ryan pernah menjadi filem terhebat suatu masa dahulu. Kini dia dianggap salah seorang pembikin filem berpengaruh sepanjang zaman. Dia juga malah disenaraikan sebagai salah seorang selebriti paling kaya di dunia.

4. Thomas Edison

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/thomas-edison.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Semasa zaman kanak-kanaknya, gurunya pernah memberitahu Edison bahawa dia tidak dapat mempelajari apa-apa pun. Ketika dewasa pula, apabila dia cuba untuk mencipta mentol lampu, di menghadapi lebih daripada 9,000 eksperimen yang gagal.

Cerita kejayaan: Edison pernah berkata bahawa dirinya tidak gagal. Sebenarnya dia baru sahaja menemui 10,000 cara yang berbeza mengenai ciptaannya itu tidak berfungsi. Kini dia dianggap sebagai salah seorang saintis terhebat dengan lebih daripada 1,093 penemuan yang dicorakkan di Amerika.

5. J.K. Rowling

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/j-k-rowling.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Dia mengalami tekanan jiwa selepas bercerai dan juga kematian ibunya. Apabila dia menulis bukunya Harry Potter, kebanyakan penerbit telah menolak manuskripnya.

Cerita Kejayaan: Kini dia merupakan pengarang buku paling kaya di dunia dengan nilai melebihi RM 4 billion. Dia mencipta siri fantasi Harry Potter yang merupakan siri buku terlaris dalam sejarah.

6. Oprah Winfrey

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/oprah-winfrey-96.jpg?quality=100&f=auto

Kisah kegagalan: Pada usianya 14 tahun, Oprah pernah dicabul oleh anggota keluarganya sendiri dan hamil. Ketika mula bekerja, dia diturunkan pangkat sebagai pembaca berita kerana dikatakan tidak sesuai untuk televisyen.

Cerita kejayaan: Dia adalah pengacara kepada The Oprah Winfrey Show, ancangan televisyen yang paling mendapat sambutan tinggi. Oprah juga merupakan salah seorang selebriti paling kaya dan juga orang paling berpengaruh di dunia. Dia telah disenaraikan sebagai dermawan Afrika Amerika paling kaya abad ke-20.

7. The Beatles

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/103909159-GettyImages-3230586.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Kumpulan ini pernah ditolak oleh syarikat rakaman Decca dengan alasan mereka tidak menyukai suara The Beatles dan mengatakan kumpulan itu tidak mempunyai masa depan.

Cerita Kejayaan: The Beatles merupakan salah satu kumpulan muzik paling terkenal di dunia juga mempunyai paling banyak album dijual dengan anggaran sebanyak 600 juta di seluruh dunia. Majalah Time menyenaraikan The Beatles sebagai 100 orang paling berpengaruh sepanjang zaman.

8. Steve Jobs

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/steve-jobs-826.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Ketika Steve Jobs berusia 30 tahun, dia menjadi tertekan dan begitu kecewa selepas dipecat daripada syarikat diasaskan olehnya sendiri iaitu Apple Inc.

Cerita kejayaan: Pada tahun 1996, Apple Inc. telah membeli NeXT dan dia telah menyertai semula Apple. Dia kemudian menjadi terkenal dan merupakan salah seorang yang paling berpengaruh dalam bidang komputer dan alat elektronik pengguna. Steve Jobs juga adalah pengasas syarikat animasi Pixar dan dilantik menjadi lembaga pengarah Walt Disney Company.

9. Albert Einstein

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/albert-einstein-404.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Dia tidak boleh bertutur sehingga berusia empat tahun dan gurunya pernah berkata bahawa Einstein tidak akan belajar apa-apa dalam hidupnya.

Cerita kejayaan: Dia telah menemui teori relativiti umum dan relativiti khas serta banyak karya saintifik lain. Dia juga pernah memenangi Anugerah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1921. Dia telah dinamakan oleh majalah Time sebagai orang paling terkenal pada abad ke-20. Selain itu, Albert Einstein dikenali sebagai ahli fizik kedua terbesar selepas Sir Isaac Newton.

10. Walt Disney

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/walt-disney-679-827x1024.jpg?quality=100&f=auto
Kisah kegagalan: Walt Disney pernah dipecat daripada syarikat penerbitan akhbar kerana dikatakan mempunyai imaginasi yang lemah dan tidak mempunyai idea yang tersendiri.

Cerita kejayaan: Dia memulakan syarikatnya sendiri, Walt Disney di garaj rumahnya. Dia kemudian dikenali secara meluas sebagai ikon antarabangsa kerana sumbangannya dalam bidang hiburan. Sekarang, syarikatnya merpakan studio yang terbesar di Hollywood dengan pendapatan melebihi RM130 billion setahun.

Setiap orang pasti pernah mengalami sekali kegagalan dalam hidupnya. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan bersama kami.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Tinot7 Publish time 10-6-2021 06:47 AM

Cerita psl pakcik colonel sanders the face of kepci, takde ke?

AcikLijah Publish time 11-6-2021 04:29 AM

Mak crush gegila dgn anak tiri acik spielberg si jessica tu, mak brenti kelih grey's sbb si shonda hawau tu buang mek jessica. :'(
Pages: [1]
View full version: 10 Kisah Kegagalan Tokoh Paling Terkenal


ADVERTISEMENT