natrahn Publish time 9-6-2021 01:44 PM

Sedap Makan Sejuk-sejuk, Jom Cuba Puding Lockdown

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/212331v29y6yz8a80u0hha.png



Setiap kali perintah kawalan pergerakan (PKP), pasti ada resepi masakan yang menjadi tular. Kali ini, Puding Lockdown namanya sesuai dengan keadaan semasa negara kita.


Bahan dan cara menyediakannya juga amat mudah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/210718aoqd9mdwq3oq9q5h.jpg
Kredit foto: Facebook Nur Ida via FB Masak Apa Hari Ini



Resepi 3 bahan:

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/211725hrh0jf5463kkzefx.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/211826m7898y8y8g2u91xg.png

Kredit foto: Google - Gambar hiasan




[*]250ml air kotak mengikut citarasa masing-masing
[*]2 sudu besar gula atau mengikut kadar kemanisan masing-masing
[*]1 sudu teh serbuk agar-agar (clear)



Cara-cara menyediakannya:


1) Potong bahagian atas air kotak atau sediakan bekas yang sesuai.
2) Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar-agar. Kacau sebentar.
3) Panaskan atas api kecil
4) Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak/bekas
5) Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Tunggu sehingga puding keras dan sedia untuk dimakan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/212007etkuyl9xg1y7xydd.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/211904uun1vxbebvo5euxx.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/211904j6eag44zoxfok47s.jpgKredit foto: Ihsan Pembaca FB Masak Apa Hari Ini



Nota:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/212534q9wmzlslvrmralv3.jpgKredit foto: FB Nur Ida




[*]Public Health Malaysia menyarankan menggunakan bekas yang sesuai untuk membuat resepi ini. Pastikan adunan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas yang bersesuaian.
[*]1 paket serbuk agar-agar dapat menghasilkan 4 kotak puding
[*]Air kotak boleh guna kandungannya 200-250ml
[*]Minuman bersoda dalam bentuk air kotak, air tin atau sebagainya mengandungi gula dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Jadi, sekiranya anda memilih versi yang berperisa, pilih jenama pemanis dengan kandungan buah semula jadi dan bukannya pemanis biasa atau buatan.

Selamat mencuba. - CARI

Vellfire Publish time 9-6-2021 02:13 PM

nak try buat ni balik rumah nanti..

helicornia Publish time 9-6-2021 02:55 PM

udah kenapa kt bawah tu public health malaysia pun ada saranan bekas yg sesuai?resepi ni colab dgn public health ke?

natrahn Publish time 9-6-2021 03:46 PM

helicornia replied at 9-6-2021 02:55 PM
udah kenapa kt bawah tu public health malaysia pun ada saranan bekas yg sesuai?resepi ni colab dgn p ...

kat posting asal ada netizen tanya kat public health boleh tak guna kotak tu letak bancuhan puding. Public Health jawab boleh guna tapi tak boleh masukkan panas2 lepas masak tu. Kena sejuk dulu baru tuang atau lebih afdhal guna terus bekas lain yang lebih sesuai.

penoren Publish time 9-6-2021 04:44 PM

nampak mcm menariks n mudah.. bleh la try:)

my_irina Publish time 9-6-2021 09:14 PM

i ollz pernah try jiran buatkan....dia guna susu mangga neelopakkkkk...tapi takde la letak dlm bekas yg sama....bole la rase dia...sedap makan time panas letinggg..

BunyiMeow Publish time 13-3-2022 10:30 PM

Sedapnye :)

Guli Publish time 5-2-2024 10:14 AM

Sedapnya kalau makan sejuk sejuk

Yoonggi Publish time 5-2-2024 12:16 PM

mmg sedap especially kalau susu coklat atau strawberry buat camni. tp klu aku yg buat, aku dah x buh gula dah sbb air tu pun dah cukup manis.
Pages: [1]
View full version: Sedap Makan Sejuk-sejuk, Jom Cuba Puding Lockdown


ADVERTISEMENT