Raline Publish time 9-6-2021 01:41 PM

4 Etnik Di Dunia Yang Memiliki Kebolehan Luar Biasa

4 Etnik Di Dunia Yang Memiliki Kebolehan Luar Biasa

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/cats1.jpg?quality=100&f=auto
Terdapat sebilangan manusia istimewa yang memiliki kebolehan luar biasa. Sesetengah fenomena unik di seluruh dunia membolehkan sesuatu masyarakat atau etnik memiliki kebolehan yang melampaui batas yang mereka sendiri tidak ketahui.

Mari kami kongsikan 4 etnik di dunia yang memiliki kebolehan yang luar biasa.

1. Orang Bajau yang hebat menyelam

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/octopus-sampela-bajau.jpg?quality=100&f=auto
Kehidupan yang dipengaruhi air menjadikan etnik Bajau yang tinggal di Malaysia, Filipina dan Indonesia mempunyai kebolehan yang tinggi untuk menyelam.

Etnik Bajau ini dikatakan mampu berada dalam air sama seperti kita yang berdiri di atas daratan. Yang lebih menarik lagi adalah apabila semuanya dilakukan tanpa menggunakan peralatan moden yang biasa digunakan penyelam lain.

Bagi membolehkan mereka menyelam dengan baik, orang Bajau akan memecahkan gegendang telinga mereka pada usia muda. Tujuannya adalah untuk mengelakkan rasa sakit yang akan dirasai ketika di dalam air. Bagi mereka, kaedah tersebut memudahkan mereka menyelam.

Kebiasaannya orang Bajau yang mencari hasil lautan akan menghabiskan 4 hingga 5 jam sehari dalam air. Seorang penyelam Bajau direkodkan mampu menahan nafas selama 3 minit ketika berada di dalam air.

2. Orang kerdil di Ecuador yang kebal kanser

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/2653.jpg?quality=100&f=auto
Kanser merupakan salah satu pembunuh nombor satu kepada wanita mahupun lelaki. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merawat penyakit ini antaranya adalah mengenal pasti sekumpulan manusia yang tinggal di bahagian selatan negara Ecuador, yang didapati mempunyai imuniti terhadap sel kanser disebabkan oleh penyakit yang mereka alami.

Kumpulan komuniti yang rata-ratanya menetap di Ecuador ini mempunyai penyakit yang dikenali sebagai sindrom Laron.

Individu yang menghidap sindrom ini kebiasaannya akan sihat secara fizikal tetapi mempunyai abnormaliti pada organ limpa mereka yang menyebabkan tubuh mereka tidak mampu menghasilkan bahan yang dikenali sebagai IGF-1 atau insulin-like growth factor 1.

Tanpa IGF-1, tubuh mereka tidak memiiki kebolehan untuk menukarkan sel-sel sihat kepada sel kanser serta membuatkan mereka lebih sensitif terhadap insulin.

Walau bagaimanapun, sindrom Laron yang mereka alami ini memberikan abnormaliti pada saiz badan mereka. Ini bermaksud, mereka tidak akan membesar seperti biasa disebabkan oleh ketiadaan kemampuan tubuh untuk menggunakan hormon tumbesaran dengan sempurna.

3. Orang Kalenjin pakar lari jarak jauh

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/YxYZLq2H06Nixon-Chepseba-1200x800-1.jpg?quality=100&f=auto
Etnik Kenya perlu membiasakan diri dengan tekanan udara yang lebih rendah serta kekurangan oksigen kerana mereka tinggal di kawasan tanah tinggi.

Ini menjadikan tubuh mereka lebih aktif dan memperbanyakkan lagi pengaliran oksigen ke dalam badan.

Lagenda kemampuan berlari orang Kalenjin bermula pada era 1960-an selepas seorang pelari etnik Kalenjin bernama Kipchige Keino mula memecahkan rekod larian jarak jauh dengan beza masa yang tidak masuk akal.

Sehingga kini, individu etnik Kalenjin masih lagi aktif dalam sukan larian dan terus memenangi acara-acara yang dianjurkan serta menyumbangkan 73% daripada keseluruhan kutipan pingat Olimpik negara Kenya.

4. Orang Sherpa hebat mendaki

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/10/6d2acde5a60e7a7723df8b191866edbf.jpg?quality=100&f=auto
Orang Sherpa di Nepal yang hidup dalam keadaan sukar mempunyai kebolehan luar biasa untuk mendaki gunung dan bukit.

Kemampuan yang mereka miliki melayakkan orang Sherpa melalui laluan-laluan bukit dan gunung yang lebih sukar. Mereka juga telah mencatatkan masa panjatan yang sukar ditandingi pendaki-pendaki yang lain.

Apa yang membezakan orang Sherpa dengan pendaki lain adalah tubuh mereka yang sudah dibiasakan hidup dalam suasana kurang oksigen pada ketinggian lebih 8,000 kaki yang dipercayai sudah diwarisi sejak 6,000 tahun dahulu.

Kajian mendapati bahawa orang Sherpa memiliki kebolehan untuk menghasilkan tenaga dalam keadaan kurang atau ketiadaan oksigen dengan lebih berkesan berbanding manusia biasa.

Proses yang dikenali sebagai metabolisme anerobik ini berlaku apabila paru-paru mula gagal membekalkan oksigen dalam darah dengan secukupnya dan tubuh mereka didapati mampu mengekalkan proses tersebut dalam tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber:
Iluminasi

Pages: [1]
View full version: 4 Etnik Di Dunia Yang Memiliki Kebolehan Luar Biasa


ADVERTISEMENT