Raline Publish time 9-6-2021 01:25 PM

4 Tradisi Unik Majlis Kahwin di Greece

4 Tradisi Unik Majlis Kahwin di Greece

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/4_Tradisi_Unik_Majlis_Kahwin_Greece_1.jpg?quality=100&f=auto
Setiap negara pastinya ada tradisi unik dimana hanya budaya mereka sahaja yang ada untuk meraikan sesebuah perkahwinan seperti di Greece.

Tidak kiralah bangsa atau agama, perkahwinan merupakan satu amalan suci bagi dua pihak yang akan memula kehidupan baru bersama-sama.

Selain itu, perkahwinan juga merupakan salah satu contoh tradisi dan adat resam bagi sesuatu budaya masyarakat.

Kali ini, kami akan kongsikan 4 tradisi unik majlis kahwin yang dilakukan di Greece.

1. Tugas Pengapit Lelaki dan Perempuan

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/4_Tradisi_Unik_Majlis_Kahwin_Greece_2.png?quality=100&f=auto
Tugas pengapit bagi pengantin lelaki dan perempuan adalah sangat penting dalam upacara perkahwinan Greek ini.

Kedua-dua pengantin akan memilih seorang pengapit atau ‘Koubaroi’. Koubaros untuk pengapit lelaki dan Koubara untuk pengapit perempuan.

Setelah dipilih oleh pengantin, Koubaroi akan dianggap sebagai ahli keluarga dan selalunya terlibat dengan majlis kahwin dengan lebih intim.

Sebelum majlis bermula, apabila pengantin perempuan memakai kasutnya, pengapit akan bertanya sama ada kasutnya muat atau tidak.

Pengantin perempuan akan berkata tidak dan si pengapit harus meletakkan duit ke dalam kasut sehingga muat! Hal ini untuk menenangkan si pengantin sebenarnya.

Manakala, bagi pengantin lelaki, mereka akan dicukur oleh pengapit lelaki apabila sudah siap berpakaian untuk menandakan berakhirnya zaman bujang mereka.

2. Kemas Tilam (To Krevati)

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/4_Tradisi_Unik_Majlis_Kahwin_Greece_3.png?quality=100&f=auto
Walaupun tradisi ini sudah jarang dilakukan, To Krevati adalah aktivi yang dilakukan oleh para sahabat dan ahli keluarga si pengantin.

Mereka akan ‘mengemas tilam’ si pengantin sebelum majlis dengan kain cadar putih dan yang belum kahwin saja yang boleh melakukannya.

Selain itu, duit, beras, dan kelopak bunga akan ditaburkan di atas tilam sebagai tanda kesejahteraan dan kesuburan untuk bakal pengantin.

3. Pijak Kaki Pengantin Lelaki

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/4_Tradisi_Unik_Majlis_Kahwin_Greece_4.png?quality=100&f=auto
Semasa paderi menyampaikan akad nikah, terdapat ayat dimana ia mengatakan si isteri harus “hormat” kepada si suami.

Namun, dalam bahasa Greek, ia juga boleh dimaksudkan sebagai “takut”. Hal ini dilihat sebagai satu perkara yang kelakar.

Maka, sebagai adat, semua tetamu akan lihat ke arah kaki pengantin perempuan dan dia akan memijak kaki suaminya sebagai tanda tidak takut.

4. Meludah Pengantin

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/4_Tradisi_Unik_Majlis_Kahwin_Greece_5.png?quality=100&f=auto
Mengikut tradisi lama Greek ini, para tetamu haruslah meludah ke atas kedua-dua pengantin sebanyak tiga kali untuk menghalau anasir jahat.

Walaupun begitu, mereka tidaklah meludah secara betul-betul. Para tetamu akan membuat bunyi seakan-akan meludah saja. Kalau tidak, habislah baju, kan?

Sumber:
Definitely Greece, The Greek Herald

Pages: [1]
View full version: 4 Tradisi Unik Majlis Kahwin di Greece


ADVERTISEMENT