Raline Publish time 9-6-2021 01:22 PM

Ramal Masa Depan Melalui Gua Ajaib, Ini Kisah Legenda Mother Shipton

Ramal Masa Depan Melalui Gua Ajaib, Ini Kisah Legenda Mother Shipton

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/ramal-masa-depan-daripada-gua-ajaib-ini-kisah-legenda-mother-shipton.jpg?quality=100&f=auto

Knaresborough yang terletak di England terkenal dengan gua ajaib kerana terdapat sebuah air terjun yang boleh membuatkan sesuatu objek itu bertukar menjadi batu. Tempat ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1630. Ketika itu, setiap pengunjung berasa sangat kagum disebabkan sifat air terjun itu mampu menukarkan apa sahaja objek yang diletakkan seolah-olah menjadi batu.

Sejak tahun 1500 lagi, ada rekod mengatakan bahawa tempat ini sudah dikunjungi oleh orang awam. Ia juga dikenali sebagai Mother Shipton sempena nama seorang pelacur yang melahirkan bayinya di dalam gua itu. Shipton dikatakan mampu membuat dan juga meramal masa depan. Kisah ini dapat dilihat dalam mitos Greek, Medusa berkepala ular mampu menukarkan apa sahaja menjadi batu jika melihat matanya.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/ramal-masa-depan-melalui-gua-ajaib-ini-kisah-legenda-mother-shipton_3-1.jpg?quality=100&f=auto
Namun begitu, di Shipton hanya air yang terkena pada sesuatu objek berubah seperti batu dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Objek lain seperti patung beruang, kendi atau basikal diletakkan sebagai daya penarik di tempat itu.

Menurut legenda, di England terdapat seorang wanita paling mistik bernama Ursula Southale. Dia dilahirkan dalam sebuah gua di Knaresborough, Yorkshire ketika ibunya, Agatha Southale berusia 16 tahun. Ketika itu, tahun 1488 dan dia lahir dengan fizikal yang tidak sempurna.

Fizikal Ursula digambarkan seorang perempuan yang hodoh dengan kepala yang besar, memiliki pipi tenggelam, anggota badan terpusing, matanya terbakar seperti bara api dan ketika lahir mulutnya penuh dengan gigi. Sewaktu kelahirannya, terdengar satu suara mengerikan dari gua seakan-akan bunyi petir. Berikutan itu, penduduk tempatan percaya bahawa Ursula adalah anak perempuan syaitan.

iNc_MU2NK9I

Ursula dibesarkan sebagai anak kesepian dan fokus pada dunia dalamannya. Dia sangat terikat dengan alam, hutan dan juga pemikirannya sendiri. Dahulunya, tempat ini digeruni kerana dikatakan air terjun itu disumpah oleh ahli sihir.

Berbalik dengan hal air, apa yang menyebabkan sesuatu objek menjadi seperti batu? Mari kita lihat dari sudut sains berbanding cerita mitos.Pernahkah anda melihat air di gua? Air yang menitis secara perlahan-lahan sehingga menjadi batu atau lebih dikenali sebagai Stalactite dan Stalagmite. Tempat ini merupakan antara salah satu fenomena geologi yang terdapat di dunia.

Sebenarnya, proses di air terjun sama sahaja cuma komposisi air yang berbeza. Hal ini kerana, airnya mengandungi mineral yakni calcium carbonate yang tinggi sehingga menyebabkan objek itu menjadi keras seperti batu dalam masa yang singkat. Biasanya, proses ini akan memakan masa beribu tahun di dalam gua batu kapur. Objek yang besar akan mengambil masa hingga setahun untuk bertukar menjadi seperti batu. Jika objek kecil seperti paku, hanya dalam masa beberapa minggu sahaja.

Sumber:
sentiasapanas.com, kwikku

Pages: [1]
View full version: Ramal Masa Depan Melalui Gua Ajaib, Ini Kisah Legenda Mother Shipton


ADVERTISEMENT