Raline Publish time 9-6-2021 01:20 PM

Ini 5 Minuman Yang Perlu Anda Elakkan Apabila Ambil Antibiotik

Ini 5 Minuman Yang Perlu Anda Elakkan Apabila Ambil Antibiotik

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/03/minuman_perlu_dielakkan_bila_mengambil_antibiotik_1.jpg?quality=100&f=auto
Antibiotik merupakan ubatan terkawal yang paling kerap digunakan dan salah satu pencapaian perubatan semenjak abad ke-20.

Terdiri daripada lebih 80 jenis ubatan anti-bakteria, ia digunakan bagi merawat dan mengelakkan jangkitan bakteria termasuk radang paru-paru, pundi kencing dan tonsilitis.

Tetapi bakteria boleh bertahan terhadap antibiotik. Ini boleh berlaku apabila ubat tersebut diambil apabila tidak diperlukan lagi, dos tinggi atau tempoh pengambilan yang terlalu lama.

Lebih teruk lagi apabila kesan daripada pengambilan antibiotik menjadi teruk dengan pengambilan beberapa ubatan lain dan makanan mahupun minuman.

Berikut kami kongsikan jenis minuman yang perlu dielakkan semasa pengambilan ubat antibiotik:

1. Alkohol

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/03/minuman_perlu_dielakkan_bila_mengambil_antibiotik_2.jpg?quality=100&f=auto
Tidak kira anda sedang mengambil ubat jenis apa sekali pun, anda tidak seharusnya minum minuman beralkohol.

Ini kerana minuman tersebut boleh mengundang bahaya di mana ubatan boleh meningkatkan kesan sampingan dari minuman arak.

“Gabungan alkohol dan metronidazole antibiotik boleh menyebabkan gejala intoleransi yang ketara seperti sakit kepala, loya dan muntah.”kata seorang pakar penyakit berjangkit dari Pertubuhan Profesional Internis Jerman Dr. Thomas Loescher.

2. Susu

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/03/minuman_perlu_dielakkan_bila_mengambil_antibiotik_3.jpg?quality=100&f=auto
Susu dan produk tenusu yang lain biasanya menjejaskan metabolisme ubatan kerana kandungannya yang ada kalsium. Kalsium boleh mengurangkan kesan dari banyak jenis ubatan terutamanya antibiotik.

Kajian mendapati bahawa dengan campuran kalsium dalam antibiotik, ubatan tidak dapat dimetabolisme dan bahan aktifnya akan dikeluarkan tanpa memberi sebarang kesan.

Disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil sebarang produk tenusu selama dua jam sebelum dan selepas mengambil ubat.

3. Air mineral

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/03/minuman_perlu_dielakkan_bila_mengambil_antibiotik_4.jpg?quality=100&f=auto
Air mineral tidak sesuai untuk diambil bersama beberapa jenis ubatan khususnya antibiotik. Sebabnya adalah ia mempunyai pelbagai jenis mineral seperti kalsium, zat besi dan magnesium.

Seperti kalsium yang terdapat dalam susu, mineral ini boleh menyebabkan ubatan tidak berkesan. Air mineral juga perlu dielakkan untuk masa dua jam sebelum dan selepas mengambil antibiotik.

4. Jus buahan

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/03/minuman_perlu_dielakkan_bila_mengambil_antibiotik_5.jpg?quality=100&f=auto
Minuman ini juga perlu dielakkan terutamanya jus limau gedang. Menurut Dr. Loescher, ia mengandungi perencat enzim tertentu yang dapat menjejaskan metabolisme ubatan di bahagian usus dan hati.

5. Minuman berkafein


https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/03/minuman_perlu_dielakkan_bila_mengambil_antibiotik_6.jpg?quality=100&f=auto
Minuman berkafein seperti kopi, teh, kola dan juga minuman tenaga boleh menyebabkan degupan jantung laju dan gangguan tidur, apabila diambil dengan antibiotik.

Sumber:
The Star


seribulan Publish time 9-6-2021 03:19 PM

Oh...ayo mineral? Minum ayo masak je le...
Pages: [1]
View full version: Ini 5 Minuman Yang Perlu Anda Elakkan Apabila Ambil Antibiotik


ADVERTISEMENT