Raline Publish time 9-6-2021 01:18 PM

Akibat Homesick, Lelaki Ini ‘Post’ Diri Sendiri Ke UK Dalam Peti Kayu

Akibat Homesick, Lelaki Ini ‘Post’ Diri Sendiri Ke UK Dalam Peti Kayu

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/akibat_homesick_lelaki_ini_post_diri_sendiri_dalam_peti_kayu.jpg?quality=100&f=auto
Kedengaran kelakar dan mustahil? Namun inilah idea yang tercipta daripada fikiran seorang remaja lelaki berusia 19 tahun. Kini berusia 75 tahun, Brian Robson berkongsi kisah hidupnya yang menarik kepada dunia.

Setelah sembilan bulan berasa sedih dan ‘homesick’ akibat berjauhan daripada keluarga, Brian Robson bertekad untuk merealisasikan idea yang dianggap bernas ketika itu.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1965 semasa Brian menetap di Australia. Brian memaklumkan bahawa dia tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan untuk melawat keluarganya di Wales. Oleh itu, dia bertindak mendapatkan bantuan daripada dua orang rakannya; Paul dan John.

Setelah dipujuk dan dibincangkan selama seminggu, Paul dan John mengeluarkan cara terbaik untuk menjalankan idea Brian tersebut. Anda rasa mereka akan beri cadangan untuk Brian dapatkan duit lebih bagi menampung tiket penerbangannya?

Semestinya tidak. Rancangan terbaik mereka adalah untuk ‘membungkus’ Brian dalam sebuah kotak peti dan memaku peti tersebut. Setelah itu, mereka akan ‘ship’ Brian sebagai sebuah kargo dalam kapal terbang.

Mengikut perancangan awal, Brian akan menaiki penerbangan Qantas dari Melbourne, Australia dan akan tiba di London. Dalam peti tersebut, Brian turut membawa bersama bantal, lampu suluh, beg pakaiannya, buku lagu Beatles serta dua botol kosong; satu untuk air dan satu lagi untuk buang air kecil.

‘Plan’ yang nampak cukup lengkap, bukan?

Malangnya, penerbangan yang sepatutnya bertempoh 36 jam ini akhirnya dilanjutkan selama empat hari. Bagaimana keadaan Brian apabila tiba di destinasinya?

Brian terpaksa bertukar daripada Qantas kepada penerbangan PanAm yang jauh lebih lambat dan berakhir di Los Angeles. Dia mengatakan bahawa pesawat dinaikinya terlalu sejuk dan juga mendidih panas sehingga sukar bernafas. Ketika pesawat itu mendarat di Sydney, dia berada dalam keadaan terbalik selama 22 jam, menyebabkan dia pitam.

Ingin tahu apa kesudahan yang menimpa Brian dan peti kayunya?

Seorang pegawai kastam Amerika Syarikat berjaya menahan Brian ketika dia cuba mengintai melalui lubang peti tersebut. Disangka pengintip semasa Perang Dingin, Brian dibawa melalui siasatan. Namun, setelah mendapat klarifikasi mengenai situasi aneh itu, Brian dilepaskan tanpa sebarang tindakan.

Brian berjaya tiba di Wales melalui penerbangan biasa. Dia turut cuba menghantar ucapan terima kasih kepada Paul dan John tapi tidak mendapat sebarang respons hingga kini.

Buat masa sekarang, Brian menghabiskan hidupnya bekerja di bahagian retail. Kisah menariknya ini akan diceritakan dalam sebuah buku berjudul The Crate Escape yang akan keluar secara rasmi pada hujung April ini. Sebuah filem yang menggambarkan perjalanannya yang hampir maut ini juga sedang dalam proses.

Sumber: Metro UK



Pages: [1]
View full version: Akibat Homesick, Lelaki Ini ‘Post’ Diri Sendiri Ke UK Dalam Peti Kayu


ADVERTISEMENT