Raline Publish time 9-6-2021 01:14 PM

Sejarah Tragis Pelawak Legenda Charlie Chaplin

Sejarah Tragis Pelawak Legenda Charlie Chaplin

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/charlie-chaplin-mini-biography.jpg?quality=100&f=auto


“Di sebalik orang-orang yang selalu tersenyum dan ceria, sesungguhnya mereka itu menyimpan luka yang mendalam.”

Itulah ungkapan yang sering kali kita dengar apabila melihat seseorang itu terlalu gembira. Dalam erti kata lain, walaupun gemar menghiburkan hati orang lain, seseorang itu sebenarnya cuba untuk menyembunyikan kesedihan yang dialaminya.

Kenyataan ini tepat sekali bagi menggambarkan kisah suka duka pelawak legenda terkenal, Charlie Chaplin. Walaupun dikenali sebagai seorang pelawak, mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya sejak kecil beliau mempunyai kisah tragis sebelum mengecapi kejayaan sebagai seorang penghibur.

Bagi yang tidak tahu, Charlie Chaplin terkenal dengan kelebihannya menghasilkan lawak daripada perlakuan gerak geri tubuhnya sahaja tanpa sebarang dialog. Beliau lahir daripada ibu bapa yang mempunyai bakat dalam dunia hiburan. Bakat itu kemudiannya diwarisi kepada Charlie Chaplin.

Walau bagaimanapun, sejak kecil lagi Charlie telah melakukan pelbagai pekerjaan demi membantu kehidupannya bersama ibu dan abanganya.

Ketika berusia 12 tahun, beliau mendapat tawaran untuk membuat persembahan pentas dalam pementasan filem Sherlock Holmes dengan membawa watak sebagai pembantu pelakon. Tawaran itu merupakan peluang pertamanya dalam bidang lakonan.

Selepas daripada peristiwa itu, kerjayanya semakin berkembang apabila beliau telah ditawarkan watak sebagai seorang kaki botol dalam filem A Night In An English Music Hall.

Tawaran tersebut telah membawanya ke seluruh pelosok Amerika Syarikat pada tahun 1910 untuk membuat persembahan. Hal ini telah menaikkan popularitinya sebagai seorang penghibur. Watak yang dibawanya itu digemari oleh rakyat Amerika Syarikat.

Pada tahun 1912 pula, syarikat produksi tersebut telah kembali semula ke Amerika Syarikat untuk membuat persembahan di sana. Pada ketika itu, beliau telah ditawarkan kontrak profesional dalam dunia perfileman.

Gajinya pada ketika itu hanyalah $150 seminggu. Walau bagaimanapun, kerana bakat yang ada padanya, ramai produser yang mula berminat untuk memberikan tawaran lakonan kepada beliau dengan bayaran yang lebih lumayan.

Charlie Chaplin lahir dalam keluarga yang sangat miskin, tidak seperti kehidupan selebriti lain yang dilahirkan dalam keluarga yang bahagia dan kaya. Bapanya, Charles Chaplin merupakan seorang kaki botol dan sering mengabaikan kehidupan keluarganya.

Bapanya juga merupakan seorang penyanyi yang mempunyai bakat besar di British pada ketika itu. Pada era 1980-an, ketagihan bapanya terhadap minuman alkohol merupakan perkara biasa yang dialami oleh golongan selebriti dan bapa Charlie Chaplin juga tidak terkecuali daripada tabiat buruk ini.

Ketika Charlie berumur 12 tahun, bapanya meninggal dunia akibat ketagihan melampau terhadap alkohol. Akibat daripada tabiat buruk itu, ibu dan bapanya telah berpisah ketika beliau masih berusia satu tahun.

Sebelum berpisah, bapanya juga pernah ditangkap kerana didapati bersalah mengabaikan mereka sekeluarga. Setelah berpisah, kehidupan beliau dan abangnya, Sydney diruruskan sepenuhnya oleh ibu mereka iaitu Hannah.

Charlie dan abangnya, Sydney sangat rapat dan mereka akan melakuan apa sahaja yang terdaya untuk membantu ibu mereka.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/mutual_0123_big.jpg?quality=100&f=auto
Charlie Chapin dan Sydney Chaplin

Charlie sering menyatakan bahawa ibunya merupakan sumber inspirasi untuknya terus berkarya dan mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Ibunya, Hannah merupakan seorang penyanyi dengan menggunakan nama samaran, Lily Harley. Walau bagaimanapun, kerjaya Hannah semakin merudum apabila dia menghadapi masalah kesihatan. Ketika sedang membuat satu persembahan, suaranya tiba-tiba mempunyai masalah dan ini telah menghalangnya untuk menyanyi.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/05/220px-Hannah_Chaplin-663x1024.jpg?quality=100&f=auto
Hannah Chaplin

Ketika itu, Charlie masih kecil dan kebetulan sedang menemani ibunya ke persembahan tersebut. Tiba-tiba Charlie dipanggil ke atas pentas untuk menggantikan ibunya.

Peristiwa bersejarah ini merupakan detik kemunculan pertama Charlie dalam dunia hiburan. Tetapi, peristiwa ini juga merupakan permulaan detik hitam ibunya dalam industri hiburan apabila dia tidak lagi mendapat jemputan untuk membuat persembahan.

Keadaan ini telah menjadikan Hannah sangat tertekan. Ditambah pula dengan tekanan untuk menjaga dan membesarkan dua orang anaknya seorang diri. Sehingga pada suatu hari, Hannah menjadi mental sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sakit mental untuk menjalani rawatan kesihatan.

Walaupun pada ketika itu Charlie dianggap sudah berjaya, beliau tetap dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan hal rumah tangganya. Pada tahun 1918, Charlie sudah mempunyai syarikat produksinya sendiri yang diberi nama First National.

Malangnya, kejayaan dan kekayaan yang dikecapi Charlie itu telah mengubahnya menjadi seorang kaki perempuan.

Mildred Harris, merupakan seorang gadis yang ketika itu hanya berumur 16 tahun. Dia merupakan salah seorang mangsa Charlie. Charlie telah menggodanya dan oleh kerana beliau mengesyaki gadis itu hamil, Charlie telah berkahwin dengannya secara tergesa-gesa demi untuk menutup malu.

Namun, setelah mengetahui Mildred sebenarnya tidak hamil, Charlie menidurinya sehingga benar-benar hamil dan kemudian menceraikannya untuk membalas dendam.

Mungkin kerana pengaruh buruk daripada bapanya, Charlie turut melakukan perkara yang sama kepada isterinya yang kedua iaitu Lita Grey. Mereka bertemu ketika isterinya itu masih berumur 12 tahun. Ketika isterinya berusia 15 tahun pula, Charlie telah berkahwin dengannya dan setelah isterinya itu hamil, beliau telah menceraikannya iaitu pada tahun 1927.

Itulah antara sejarah tragis Charlie Chaplin yang penulis ingin kongsikan.

Jadi, adakah anda seorang yang sentiasa ceria namun pada hakiktanya anda sedang bersedih? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber:
Iluminasi


CapitalE Publish time 25-7-2021 08:52 PM

Wahhh.. Nice info.

ciksaenara Publish time 25-7-2021 10:23 PM

sedihnya.....btw nice info....

auntyonion Publish time 25-7-2021 11:06 PM

Wahh baru tahu, selamani dgr je tp mcm tak pedulik pn nak tahu lebih lanjut.Tqq
Pages: [1]
View full version: Sejarah Tragis Pelawak Legenda Charlie Chaplin


ADVERTISEMENT