Raline Publish time 9-6-2021 01:10 PM

Sering Dikelirukan, Ini Perbezaan Antara Psikopat Dan Sosiopat

Sering Dikelirukan, Ini Perbezaan Antara Psikopat Dan Sosiopat



https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/perbezaan_antara_psikopat_sosiopat_1.jpg?quality=100&f=auto
Anda pasti pernah mendengar atau ada membaca tentang individu yang digelarkan sebagai psikopat atau sosiopat.

Doktor biasanya tidak mendiagnosis seseorang itu dengan dua istilah tersebut tapi menggunakan kecelaruan personaliti antisosial sebagai ganti.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/perbezaan_antara_psikopat_sosiopat_2.jpg?quality=100&f=auto'

Sebahagian besar dari para pakar mempercayai bahawa psikopat dan sosiopat ini terdiri daripada ciri-ciri permasalahan yang serupa.

Kedua-duanya mempunyai rasa logik yang lemah dalam pertimbangan antara perkara betul atau salah.

Mereka yang mengalami masalah mental ini juga biasanya tidak mempedulikan, memahami atau merasai perasaan orang lain.

Namun, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua istilah ini.

Hati Nurani

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/perbezaan_antara_psikopat_sosiopat_3-1.jpg?quality=100&f=auto
Menurut seorang ahli psikologi Pusat Rawatan Kesihatan Mental Sacramento, L. Michael Tompkins, perbezaan utama antara psikopat dan sosiopat adalah sama ada mereka mempunyai hati nurani.

Hati nurani merupakan suara kecil yang memberitahu kita jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu perkara betul atau salah.

Tompkins menyatakan bahawa seorang psikopat tidak mempunyai hati nurani. Sekiranya mereka berbohong untuk mencuri, mereka tidak akan rasa ragu-ragu dengan keputusan tersebut.

Mereka yang digelar psikopat juga boleh berpura-pura berbuat baik agar tidak dicurigai orang lain.

Menurut Dr. Aaron Kipnis, pengarang buku The Midas Complex, seorang psikopat melihat orang lain sebagai objek yang boleh digunakan untuk kepentingan diri sahaja.

Bagi seorang sosiopat pula, mereka sebenarnya masih mempunyai hati nurani tapi dalam kondisi yang sangat lemah.

Mereka tahu bahawa menipu dan mencuri itu adalah perbuatan salah dan mungkin turut berasa menyesal dengan perbuatan salah yang dilakukan.

Walau bagaimanapun, perasaan tersebut tidak mampu menghentikan perbuatan salah laku mereka itu.

Kedua-dua golongan ini mempunyai rasa empati yang lemah iaitu kebolehan memahami perasaan atau emosi orang lain.

Tidak semestinya ganas

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/perbezaan_antara_psikopat_sosiopat_4.jpg?quality=100&f=auto
Dalam rancangan TV atau filem, psikopat dan sosiopat seringkali digambarkan sebagai seorang penjahat yang kejam.

Tetapi dalam dunia nyata pula, hanya sebilangan kecil golongan ini boleh menjadi ganas dan kebanyakannya tidak.

Biasanya mereka pandai memanipulasi dan memastikan mereka dapat apa yang diinginkan tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan.

Menurut Kipnis, sebahagian kecil mungkin boleh menjadi pembunuh atau perompak.

Sebahagian besar pula mempunyai kemahiran untuk berjaya di dunia korporat walaupun harus menyakiti orang lain demi kejayaan sendiri.

Berhati dingin dan panas baran

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/perbezaan_antara_psikopat_sosiopat_5.jpg?quality=100&f=auto

Tidak mudah sebenarnya untuk mengenalpasti seseorang itu psikopat. Mereka boleh menjadi seorang yang bijak, menawan dan pandai menyembunyikan emosi.

Mereka juga boleh berpura-pura menunjukkan minat kepada anda namun hakikatnya tidak peduli sama sekali.

Menurut Thompkins, psikopat adalah pelakon mahir dan misi utama mereka adalah untuk memanipulasikan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Bebeza pula dengan sosiopat di mana mereka biasanya tidak serasi bersama orang lain.

Hanya memikirkan tentang diri sendiri tanpa mempedulikan orang di sekeliling, seorang sosiopat sering menyalahkan orang lain dan sentiasa mempunyai alasan untuk tingkah laku mereka.

Beberapa pakar melihat golongan sosiopat ini sebagai seorang yang panas baran. Walau bagaimanapun, seorang sosiopat boleh membentuk emosi tetapi agak sukar.

Berbeza dengan sosiopat, mereka yang psikopat lebih berhati kering dan pandai membuat percaturan. Seorang psikopat akan merancang setiap pergerakan dan rencana bagi mendapatkan apa yang diinginkan.

Sekiranya mereka mahukan status dan kedudukan di pejabat, golongan psikopat ini akan menghancurkan apa sahaja yang menjadi halangan walaupun ia melibatkan reputasi dan kedudukan orang lain.

Perbezaan otak

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/02/perbezaan_antara_psikopat_sosiopat_6-754x1024.jpg?quality=100&f=auto

Kajian terkini menunjukkan kemungkinan bahawa otak seorang psikopat tidak sama seperti yang lain.

Terdapat sedikit perbezaan fizikal tetapi masih sukar untuk membezakan individu psikopat dengan orang yang mengalami masalah lain.

Perbezaan ini mampu mengubah fungsi asas tubuh seseorang.

Sebagai contoh, jantung orang biasa akan berdegup lebih cepat, pernafasan semakin kencang dan telapak tangan berpeluh bila melihat darah atau menonton keganasan dalam filem.

Bagi seorang psikopat, mereka menjadi lebih tenang bila melihatkan perkara tersebut. Kipnis berkata bahawa reaksi ini membantu seorang psikopat menjadi lebih berani melakukan sebarang tindakan yang berisiko.

Kedua-dua golongan psikopat dan sosiopat lebih gemar berbual mengenai makanan, seks atau kewangan dan kurang gemar bercakap tentang keluarga, keagamaan atau kerohanian.

Mereka turut gemar berbicara tentang diri sendiri dan mempunyai ego yang besar.

Seorang psikopat biasanya boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa atau berjaya menutup sebarang salah laku atau aktiviti jenayah.

Bagi seorang sosiopat pula, mereka sukar untuk kekal bekerja di tempat sama dan sering mempunyai masalah dalam keluarga.

Sekiranya anda menemui beberapa sifat yang dimaksudkan ini ada pada ahli keluarga atau rakan sekerja, anda mungkin menganggap mereka adalah seorang psikopat atau sosiopat.

Namun, tidak semestinya seseorang itu bersifat kejam dan mementingkan diri sendiri itu mempunyai gangguan mental ini.

Sumber:
Verywell Mind
https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Sering Dikelirukan, Ini Perbezaan Antara Psikopat Dan Sosiopat


ADVERTISEMENT