Raline Publish time 9-6-2021 01:05 PM

Hari Tanpa Berita? Ini Apa Yang Terjadi Pada Tahun 1930

Hari Tanpa Berita? Ini Apa Yang Terjadi Pada Tahun 1930

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/Hari_Tanpa_Berita.jpg?quality=100&f=auto

Hari tanpa berita? Pernahkah kita lalui hari-hari sepanjang kita hidup tanpa sebarang berita? Ini lah apa yang berlaku di Britain pada tahun 1930.

Setiap hari pasti kita akan mendengar khabar berita tidak kiralah mengenai apa pun seperti insiden kemalangan, politik, sukan dan juga hiburan.

Misalnya, baru-baru ini tularnya isu sebuah sekolah di Johor telah mengasingkan sukan mengikut kaum dan pengetuanya dibawa menghadap Tunku Mahkota.

Zaman digital sekarang, pelbagai cara kita boleh gunakan untuk mendapat berita-berita terkini selain daripada media tradisional seperti TV dan radio.

Bayangkan diri kita berada pada 18 April tahun 1930, menunggu berita pada slot 8:45 PM untuk diudarakan tetapi apa yang kita dengar adalah sesuatu yang istimewa.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/Hari_Tanpa_Berita_1.jpg?quality=100&f=auto

“Selamat Petang. Hari ini adalah ‘Good Friday’. Tidak ada berita.”

Itulah apa yang didengari oleh mereka yang menunggu buletin daripada BBC News di Britain.

Sejurus itu, musik piano dari opera Wagner berjudul Parsifal telah dimainkan untuk memenuhi slot berita itu selama 15 minit.

Musik itu disiarkan dari Queen’s Hall, London dan penyampai berita pada malam itu memakai ‘dinner Jacket’ atau pakaian formal.

Walaupun tiada siapa yang nampak, penyampai berita tersebut berbuat demikian untuk menghormati para pemuzik dan pelakon hiburan malam.

Pada hari tersebut bukanlah tiada berita langsung namun pasukan berita BBC berpendapat bahawa tiada berita yang layak untuk diuar-uarkan.

Bahkan, terdapat beberapa kejadian yang telah berlaku seperti kerajaan British cuba untuk memberi jawapan atas beberapa tuduhan yang telah dicetak dalam surat khabar sehari sebelum itu.

Memandangkan surat khabar pada hari itu cuti sempena ‘Good Friday’, tindakan BBC News itu juga merupakan satu simbolik dimana mereka tidak akan menjadi buah mulut kerajaan atas nama kebebasan akhbar.

Jadi, tiada berita untuk semua orang.

Sumber:
Atlas Obscura, The Sunday Post
https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Hari Tanpa Berita? Ini Apa Yang Terjadi Pada Tahun 1930


ADVERTISEMENT