Raline Publish time 9-6-2021 12:58 PM

Deepfake: Adakah Ini Maksud Fitnah Akhir Zaman?

Deepfake: Adakah Ini Maksud Fitnah Akhir Zaman?

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/01/MzQyNjUzNQ.jpeg?quality=100&f=auto
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”

Ada tiga jenis fitnah akhir zaman, iaitu:


[*]Fitnah al-Ahlas: kekacauan sebab rampasan harta dan pengorbanan nyawa.
[*]Fitnah al- Sarra’: perebutan harta dunia sehingga umat berpecah-belah
[*]Fitnah al-Duhaima: penipuan maklumat sehingga susah untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah.


Dalam isu kali ini, kita membincangkan kesan teknologi Deepfake dalam masyarakat, dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW tentang fitnah akhir zaman.

Apa Itu Teknologi Deepfake?
Teknologi Deepfake ini adalah satu teknologi memanipulasi media, dalam menganalisis pergerakan wajah dalam video. Perkataan deepfake ini berasal dari ‘deep learning’ dan ‘fake’. Deep learning ialah teknologi yang dicipta untuk mempelajari pergerakan secara artificial neural networks.

https://www.youtube.com/watch?v=iTTG2AcOLrM

Antara teknologi deepfake yang telah digunakan secara bermanfaat ialah seperti dalam filem Star Wars, The Rise of Skywalker, dengan mewujudkan semula watak Princess Leia lakonan Carrie Fisher. Carrie Fisher telah meninggal dunia pada tahun 2016, tetapi wataknya dihidupkan semula dengan menggunakan teknologi deepfake.

Selain itu juga, iklan Standard Chartered yang memaparkan pengurus bola sepak Liverpool FC pada era 1970an, Bob Paisley juga menggunakan teknologi yang sama.

Deepfake ini bergantung kepada neural network yang diberi nama autoencoder. Autoencoder ini ialah teknologi dari artificial neural network yang mengesan data pergerakan dalam video. Autoencoder ini adalah teknologi yang turut digunakan dalam facial recognition dan membaca pergerakan mulut.

Walaupun ia berguna untuk pembelajaran atau bidang pengiklanan, namun jika teknologi ini jatuh ke tangan yang salah, ia boleh digunakan sebagai penyebaran fitnah yang mungkin mengaibkan orang lain.

Terdapat banyak video lvcah deepfake yang melibatkan bintang popular, seperti bintang K-pop atau artis popular, yang boleh menyebabkan maruah seseorang boleh dihancurkan dalam sekelip mata sahaja.

Video lvcah deepfake ini mula menjadi popular di Reddit pada sekitar tahun 2017, dengan pelbagai bintang K-pop yang digunakan wajahnya untuk aksi lvcah, disebarkan dalam laman web tersebut.

Walaupun dalam laman web tersebut memberitahu yang video tersebut adalah palsu dan dari teknologi deepfake, namun terdapat kebimbangan bahawa teknologi ini jatuh ke tangan orang lain untuk tujuan ugvtan dan pemalsuan maklumat.

Rasulullah saw. memperingatkan kita jauh-jauh hari tentang hal ini.

عن عبدِ الله بن عُمَرَ قال: كُنَّا قُعُوداً عندَ النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – فَذَكَرَ الفِتَنَ، فأَكثَرَ حتَّى ذَكَرَ فِتْنَةَ الأَحْلاسِ، فقالَ قائِلٌ: وما فِتْنَةُ الأَحْلاسِ؟ قال: “هيَ هَرَبٌ وحَرْبٌ، ثمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُها منْ تحتِ قَدَمَيْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بيتي، يَزْعُمُ أنَّهُ منِّي وليسَ منِّي، إنَّما أَوْليائي المُتَّقُونَ، ثمَّ يَصْطَلِحُ النَّاسُ على رَجُلٍ كوَرِكٍ على ضلَعٍ، ثمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْماءِ لا تَدَع أَحَدًا مِنْ هذهِ الأُمَّةِ إلا لطَمَتْهُ لَطْمةً، فإذا قيلَ: انقضَتْ تمادَتْ، يُصْبحُ الرَّجُلُ فيها مُؤْمِناً ويُمْسِي كافِراً، حتَّى يَصيرَ النَّاسُ إلى فُسْطاطَيْنِ: فُسطاطِ إِيْمانٍ لا نِفاقَ فيهِ، وفُسْطاطِ نِفاقٍ لا إِيْمانَ فيهِ، فإذا كانَ ذلكُمْ فانتظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أوْ مِنْ غَدِه”.

Dari Abdullah bin Umar yang berkata, “Kami duduk di samping Rasulullah S.A.W. Baginda menceritakan tentang banyak kekacauan sampai pada cerita tentang kekacauan al-Ahlas. Seorang sahabat bertanya, ‘Apa maksud kekacauan Al-Ahlas?’ Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘Pengusiran dan perampasan. Lalu fitnah kebencian yang sumbernya dari seorang laki-laki dari keluargaku yang mengira dirinya dari golonganku padahal palsu, lalu orang-orang mengangkat seorang pemimpin yang tidak layak. Lalu kekacauan duhaima’ (samar) yang tak meninggalkan seorang pun terkecuali akan diganggu oleh kekacauan tersebut. Ketika dikatakan, ‘Kekacauan itu telah selesai’, sebenarnya kekacauan itu masih terjadi. Seorang lelaki mukmin pada waktu malam, tetapi menjadi kafir di siang hari, sampai umat manusia menjadi dua golongan; golongan iman tanpa kemunafikan di dalamnya dan golongan munafik tanpa keimanan di dalamnya. Ketika tanda-tanda itu terjadi, tunggulah Dajjal pada hari itu atau esok harinya.’” (HR. Ahmad)

Dalam dunia teknologi semakin berkembang pesat, harus diingat manusia dan hasad dengki masih lagi sukar dipisahkan. Dan dengan ada teknologi yang semakin canggih, semua ini tidak bererti sekiranya pegangan agama dan sikap yang murni tidak dipupuk dalam hati sanubari umat.

Allahualam.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Deepfake: Adakah Ini Maksud Fitnah Akhir Zaman?


ADVERTISEMENT