Raline Publish time 9-6-2021 12:52 PM

Uniknya Muzium Ini! Manusia Diawet Dijadikan Pameran Orang Ramai

Uniknya Muzium Ini! Manusia Diawet Dijadikan Pameran Orang Ramai

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/uniknya-muzium-ini-manusia-diawet-dijadikan-pameran-orang-ramai.jpg?quality=100&f=auto
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa muzium yang mempamerkan manusia sebenar dalam pelbagai aksi. Manusia berkenaan memang betul dan asli, iaitu orang yang mati dibuang kulit lalu diawet untuk dijadikan pameran. Uniknya muzium kerana hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/uniknya-muzium-ini-manusia-diawet-dijadikan-pameran-orang-ramai_2.jpg?quality=100&f=auto

Muzium tersebut dikenali sebagai human body museum. Muzium unik ini terdapat di beberapa negara seperti Bangkok, London dan antara yang terkenal di Amsterdam juga Belanda.

Plastination ialah proses khas buat mayat manusia yang diawet untuk dijadikan pameran. Proses ini merupakan satu kaedah dimana cecair dalam badan digantikan dengan getah silikon atau plastik. Namun begitu, proses ini perlu melalui kaedah khas yang dicipta oleh Gunther Von Hagens pada tahun 1979.

Melalui kaedah ini, setiap mayat yang awet tidak akan mengeluarkan sebarang bau atau reput. Apabila siap diawet, kita boleh memegangnya kerana sudah bertukar menjadi plastik. Oleh itu, kita dapat lihat tubuh badan manusia yang dibuang kulitnya dengan jelas.

Segala saraf atau organ dalam seperti hati, jantung, buah pinggang dan paru-paru memang terpapar di depan mata. Setiap tubuh manusia yang dipamerkan dalam muzium unik ini diambil dari orang yang sudah menderma buat eksperimen sains. Justeru itu, tidak akan timbul isu keluarga marah atau tidak mendapat kebenaran.

Seramai 13,000 orang yang menunggu giliran untuk tubuh badan mereka dijadikan pameran di muzium ini menurut daripada program yang dikenali sebagai Body Donation.

Secara tidak langsung, kita boleh belajar mengenai anatomi badan manusia. Walaupun nampak seram, tetapi jika kita tidak peka dan tidak tahu bagaimana proses awet mayat dilakukan, sudah tentu kita fikir hanyalah sekadar plastik.

Setiap badan manusia yang dipamerkan mempunyai karakter masing-masing. Sebagai contoh, ada yang dibuat sedang berlari, memanah ataupun menunggang kuda. Dari situ memang boleh nampak setiap organ dalaman dan tidak ada yang ditutup.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Gambar ‘4 Kanak-Kanak Untuk Dijual’

Kenali Hari Pancasila Yang Disambut Di Indonesia Setiap 1 Jun

Minum Darah Lembu, Ini Adalah Sumber Makanan Suku Maasai

Makan Abu Mayat, Ini Adalah Tradisi Pengebumian Suku Yanomami

Sumber:
Facebook

Blackrose87 Publish time 18-6-2021 12:11 PM

Teringin nak tengok depan mata...

putera_daruna Publish time 18-6-2021 12:49 PM

tak seram ka duk dalam tu....
Pages: [1]
View full version: Uniknya Muzium Ini! Manusia Diawet Dijadikan Pameran Orang Ramai


ADVERTISEMENT