Raline Publish time 8-6-2021 09:26 PM

Lagu ‘Ayam Den Lapeh’ Berkisarkan Tentang Kehilangan Seseorang

Lagu ‘Ayam Den Lapeh’ Berkisarkan Tentang Kehilangan Seseorang

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/lagu_ayam_den_lapeh_1.jpg?quality=100&f=auto

Bercakap sahaja tentang lagu ‘Ayam Den Lapeh’, pastinya lagu ini sering menjadi siulan masyarakat Minangkabau yang meniti di bibir mereka. Bukan itu sahaja, bahkan lagu ini turut menjadi ikutan penduduk tempatan yang menetap di Negeri Sembilan.

Namun, tahukah anda lagu ‘Ayam Den Lapeh’ ini merupakan lagu yang bertemakan kesedihan dan berkisarkan tentang kehilangan seseorang?

‘Ayam Den Lapeh’ merupakan sebuah lagu yang dicipta oleh Abdul Hamid di sekitar tahun 50-an dan dinyanyikan oleh beberapa artis tanah air terkenal seperti kumpulan Orkes Gumarang, Elly Kassim dan Anita Sarawak. Meskipun melodi lagunya kedengaran agak menarik, namun bait lirik yang terdiri dari syair dan pantun lama ini mempunyai maksud yang tersirat tentang kehilangan seseorang.

Elly Kasim, penyanyi lagu ‘Ayam Den Lapeh’ sekitar tahun 1950-1960

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/lagu_ayam_den_lapeh_2.jpg?quality=100&f=auto
Kumpulan Orkes Gumarang mendendangkan lagu ‘’Ayam Den Lapeh’’ di sekitar tahun 1995-1965

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/lagu_ayam_den_lapeh_3-1.jpg?quality=100&f=auto

Menurut sumber sejarah Minangkabau, ayam merupakan simbolik harta yang sangat berharga dan hanya orang yang tertentu sahaja dapat memeliharanya. Justeru, lagu ini membawa maksud tentang kehilangan yang digambarkan melalui seekor ayam.

Lirik lagu ‘Ayam Den Lapeh’


https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/lagu_ayam_den_lapeh_4.jpg?quality=100&f=auto
Menelusuri di setiap bait liriknya yang berbunyi ‘di ma hati indak karusuah, ayam den lapeh’ membawa maksud, bagaimana hati tidak resah jika harta yang berharga sudah hilang.

Seterusnya, bait lirik yang kedua iaitu ‘di ma hati indak maupek, awak takicuah ai ai, ayam den lapeh’ menggambarkan bahawa kekesalan dirinya yang membiarkan kehilangan harta tersebut. Selain itu, bait lirik ‘sikucapang sikucapeh, saikua tabang saikua lapeh’ merupakan kata-kata nasihat supaya sentiasa bersyukur dan menghargai seseorang agar tidak kehilangan.

Manakala, pada bait lirik ‘tabanglah juo nan karimbo, oilah malang juo’, membawa pengertian bahawa seseorang yang dianggap berharga telah hilang dan tidak dapat dikembalikan lagi.

Bait lirik yang terakhir dalam lagu tersebut iaitu ‘duduak tamanung tiok sabanta, oi takana juo ai ai’ merupakan satu nasihat yang memberi makna jika kita sudah kehilangan seseorang, maka kita haruslah melepaskan ia pergi dengan seikhlas hati walau kadangkala sukar untuk melupakan.

Secara langsung, lagu ‘Ayam Den Lapeh’ ini telah menjelaskan bagaimana kekesalan dan kesedihan yang dialami akibat kehilangan seseorang yang disayangi. Di samping itu, lagu ini turut menyelitkan beberapa nasihat agar terus bangkit dan tidak dirudum perasaan sedih yang berpanjangan walaupun telah kehilangan seseorang.

Penulis

Nurul Naafizah Binti Ibrahim adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.


Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

ciklahcuteII Publish time 8-6-2021 09:55 PM

pernah tanya kawan kawan, org indonesia.. apa maksudnya.. mrk pun x tahu.. mgkin sb..bahasa minang..sdgkan..mrk jawa.. :L

MsPercy Publish time 8-6-2021 09:59 PM

Sedap lagu ni. Ayah aku selalu pasangkan. Memang sesuai anita sarawak nyanyikan. Tp lagu die mcm x sedih pon.

sharlenetexas Publish time 8-6-2021 10:08 PM

Sori ot. Iols suka lagu ni. Loghat n9 juga.

j6s2xplTlhs

sharlenetexas Publish time 8-6-2021 10:09 PM

MsPercy replied at 8-6-2021 09:59 PM
Sedap lagu ni. Ayah aku selalu pasangkan. Memang sesuai anita sarawak nyanyikan. Tp lagu die mcm x s ...

Masa dengar tu mood jadi happy. Tak tau pun pasal kisah sedih.

crossline Publish time 8-6-2021 11:00 PM

ciklahcuteII replied at 8-6-2021 09:55 PM
pernah tanya kawan kawan, org indonesia.. apa maksudnya.. mrk pun x tahu.. mgkin sb..bahasa minang.. ...

Minang pun asalnya dari Indon, kena tanya Indon Minang la kot hihihi..

namemysoul Publish time 8-6-2021 11:42 PM

Edited by namemysoul at 8-6-2021 11:44 PM

Pinjam dari orang seberang...hehehehehehehehe

Berikut lirik Ayam Den Lapeh, beserta arti dalam bahasa Indonesia untuk bisa lebih bisa menjiwai makna lagu Minang ini:

Luruihlah jalan Payakumbuah(Luruslah jalan ke Payakumbuh)

Babelok jalan Kayu Jati(Berbelok jalan ke Kayu Jati)

Dima hati indak kan rusuah(Bagaimana hati saya tidak resah)

Ayam den lapeh(Ayam saya lepas)

Ai, ai... ayam den lapeh(Aduh, ayam saya lepas)



Mandaki jalan Pandaisikek(Mendaki jalan ke Pandaisikek)

Manurun jalan ka Biaro(Menurun jalan ke Biaro)

Di ma hati indak maupek(Bagaimana hati saya tidak mengumpat)

Awak takicuah(Saya terkecoh)

Ai, ai... ayam den lapeh(Aduh, ayam saya lepas)



Sikua capang sikua capeh

Saikua tabang sikua lapeh(Seekor terbang, seekor lepas)

Tabanglah juo nan karimbo(Terbanglah juga ke rimba)

Ai lah malang juo(Aduh, malang sekali)



Pagaruyuang jo Batusangka(Pagaruyung dan Batusangkar)

Tampek bajalan dek urang Baso(Tempatberjalan orang Baso)

Duduak tamanuang tiok sabanta(Duduk termenung tiap sebentar)

Oi takana juo(Oi, teringat juga)

Ai, ai... ayam den lapeh(Aduh, ayam saya lepas)

Ai, ai... ayam den lapeh(Aduh, ayam saya lepas)

Ai, ai... ayam den lapeh(Aduh, ayam saya lepas)

https://m.liputan6.com/regional/read/4077915/galaunya-kehilangan-pujaan-hati-dalam-lagu-minang-ayam-den-lapeh

kucingitam Publish time 9-6-2021 09:30 AM

aku suka lagu ni..tak tau napa..

MoonRise Publish time 9-6-2021 09:30 AM

sharlenetexas replied at 8-6-2021 10:08 PM
Sori ot. Iols suka lagu ni. Loghat n9 juga.

Tak puas la tengok muka perempuan zaman dulu.Cantik sangat kat mata sis.
:loveliness:

Tinot7 Publish time 10-6-2021 10:46 AM

x9kvxgrEImQ

cicicumel Publish time 10-6-2021 06:37 PM

lagu Istana Menanti Rahim Maarof pasal kubur kan?

Blackrose87 Publish time 18-6-2021 11:57 AM

Laa.. ingatkan lagu ayam terlepas!
Rupa2nya maksud lain.
Pages: [1]
View full version: Lagu ‘Ayam Den Lapeh’ Berkisarkan Tentang Kehilangan Seseorang


ADVERTISEMENT