Raline Publish time 8-6-2021 09:24 PM

Ring-Around-The Rosie, Lagu Kanak-Kanak Atau Lagu Tentang Wabak?

Ring-Around-The Rosie, Lagu Kanak-Kanak Atau Lagu Tentang Wabak?

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/Ring_Around_The_Rosies_Lagu_Kanak_kanak_Atau_Lagu_Tentang_Wabak.jpg?quality=100&f=auto
Ring around the Rosies, pockets full of posies, ashes, ashes, we all fall down.

Lirik lagu ini seringkali kita dengarkan dari mulut anak-anak kecil yang sedang bermain dan juga dalam rancangan kanak-kanak di televisyen.

Siapa sangka lagu yang kedengaran ceria ini mempunyai unsur gelap di sebalik maknanya?

Lirik dari lagu Ring Around the Rosies ini dikatakan membawa kisah daripada sebuah wabak yang telah menyebabkan hampir berjuta-juta orang mati pada suatu masa dahulu.

Wabak Bubonik atau lebih dikenali sebagai Black Plague ini merupakan wabak yang menular pada sekitar abad ke-14 sehingga abad ke-17. Wabak ini dikatakan mengambil masa selama 200 tahun untuk pulih.

Black plague ini berpunca daripada kutu yang terdapat pada tikus-tikus yang telah dijangkiti.

Wabak ini menyebabkan bisul-bisul besar berwarna hitam pada bahagian pangkal peha, leher dan ketiak. Bisul ini akan mengeluarkan cairan nanah dan darah jika dipecahkan.

Sebelum munculnya bisul tersebut, mangsa wabak tersebut akan mengalami demam, sawan, sakit kepala dan juga munculnya ruam-ruam merah pada kulit.

Ring Around the Rosies

Lirik ini dikatakan merujuk kepada ruam-ruam merah berbentuk bulatan yang muncul pada kulit mangsa wabak Bubonik ini.

Ruam merah berbentuk bulatan ini kemudiannya akan bertumbuh menjadi bisul yang besar dan menyakitkan berwarna hitam pada kulit mangsa.

Pockets Full of Posies

Manakala lirik ini pula berdasarkan daripada kekurangan pengetahuan masyarakat tentang penularan wabak ini.

Pada mulanya, masyarakat menganggap bahawa wabak ini merebak melalui bau yang busuk.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang pada masa itu akan membawa sejambak bunga ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan diri mereka dijangkiti wabak.

Ketika itu juga munculnya doktor-doktor yang memakai topeng berparuh yang diisikan dengan bunga-bungaan serta wangian yang kuat.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/04/Ring_Around_The_Rosies_Lagu_Kanak_kanak_Atau_Lagu_Tentang_Wabak_2.jpg.crdownload.jpg?quality=100&f=auto
Ashes, ashes

Lirik ini dikatakan berkemungkinan membawa dua maksud yang berbeza.

Makna yang pertama merujuk kepada bunyi orang yang sedang bersin, menunjukkan seseorang yang sedang sakit.

Manakala maksud yang kedua pula adalah tentang mayat-mayat mangsa wabak yang dibakar.

We all fall down

Bait lirik ini pula berdasarkan mangsa-mangsa wabak Bubonik yang meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Frasa fall down membawa erti kematian dan orang ramai yang tumpas akibat penularan penyakit tersebut.

Walau bagaimanapun, maksud lirik lagu kanak-kanak ini hanyalah sekadar teori yang pernah dikaji.

Meskipun begitu, kita tidak dapat menafikan bahawa lirik lagu tersebut secara tidak langsung, mempunyai unsur yang sama dengan sejarah wabak Bubonik.

Sumber:
Snopes
https://tehtarikgelasbesar.com

Pages: [1]
View full version: Ring-Around-The Rosie, Lagu Kanak-Kanak Atau Lagu Tentang Wabak?


ADVERTISEMENT