Raline Publish time 8-6-2021 09:19 PM

Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Gambar ‘4 Kanak-Kanak Untuk Dijual’

Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Gambar ‘4 Kanak-Kanak Untuk Dijual’

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Kanak_kanak_untuk_dijual.jpg?quality=100&f=auto
Gambar ‘4 Kanak-Kanak Untuk Dijual’ ini terpampang di dada sebuah akbar iaituVidette-Messenger di Indiana, US pada 5 Ogos 1948.

Gambar ini juga telah diterbitkan di beberapa akhbar lain. Vidette-Messenger menyiarkan gambar tersebut dengan kapsyen berikut;

“Papan tanda besar ‘Untuk Dijual’ di halaman sebuah rumah di Chicago, seakan menggambarkan kisah tragis Encik dan Puan Ray Chalifoux yang berdepan tindakan pengusiran dari apartmen mereka.

Tanpa tempat untuk memohon pertolongan, pemandu trak arang batu yang kini tidak mempunyai pekerjaan dan isterinya membuat keputusan untuk menjual keempat-empat anak mereka.

Puan Lucille Chalifoux memalingkan wajah dari kamera sambil ditenung anak-anaknya dengan rasa keliru. Di anak tangga bahagian atas adalah Lana dan Rae berumur 6 dan 5 tahun.

Manakala di anak tangga bawah adalah Milton dan Sue Ellen, masing-masing berumur 4 dan 2 tahun.”

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Kanak_kanak_untuk_dijual_1-768x1024.jpg?quality=100&f=auto
Ramai yang beranggapan bahawa gambar ini adalah palsu, malah saudara Lucille Chalifoux sendiri mengatakan ianya hanya sebuah lakonan.

Hal ini kerana papan tanda tersebut adalah terlalu ‘professional’, begitu juga dengan kedudukan subjek di dalam gambar.

Gambar tersebut mungkin sebuah lakonan yang dibayar kepada ibu yang sedang mengandung anak kelima mereka itu oleh wartawan yang terlibat.

Namun, kisahnya yang ingin menjual kesemua kanak-kanak itu adalah benar.
Walaupun keluarga ini telah menerima bantuan daripada pembaca yang murah hati dari seluruh negara, keadaan keluarga tersebut tidak bertambah baik.

Didapati, menjelang tahun 1950, kesemua kanak-kanak dalam gambar tersebut telah dijual.

RaeAnn dan adik lelakinya Milton dijual kepada keluarga pasangan Zoetman. Malangnya, bukan sebagai ahli keluarga tetapi sebagai buruh ladang.

Mereka berdua mendakwa ibu bapa angkat mereka telah memenjarakan dan merantai mereka di bangsal agar mereka tidak melarikan diri.

Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan dengan keluarga Zoetman telah mengambil anak kelima (yang dalam kandungan ketika digambar) sebagai anak angkat.

Anak bongsu itu, David, sering melawati abang dan kakaknya dengan basikal atau kuda untuk membuka rantai mereka berdua.

Beberapa dekad kemudian, Hilton, RaeAnn dan David telah cuba mencari Lana dan Sue Ellen. Walau bagaimanapun, Lana telah meninggal dunia pada tahun 1998 akibat kanser.

Bagi Sue Ellen pula, beliau berkata dia tinggal di kejiranan Chicago East Side dan tidak mengalami sebarang masalah sepanjang membesar.

Akan tetapi, Sue Ellen tetap tidak boleh memaafkan ibu kandung mereka. “She needs to be in hell burning.” ujarnya.

Manakala, David berpendapat bahawa yang patut dipersalahkan adalah bapa kandung mereka yang menghilangkan diri atas sebab kesalahan jenayah yang tidak diketahui.

“Iyalah, bapa apa yang menjadi ayah kepada lima orang anak, kemudian berpaling dan meninggalkan mereka?” kata David.

Pada musim luruh 2013, David ingin membuat majlis perjumpaan semula dengan adik-beradiknya itu namun Sue Ellen telah meninggal dunia pada usia 67 tahun.

David kesal kerana tidak dapat berkenalan dan berjumpa dengan kakaknya itu lebih awal.

“Kalau boleh saya nak putarkan balik masa ke 30 tahun lalu untuk mengenali kakak-kakak saya. Ya, dia (Sue Ellen) kakak saya tetapi tiada perjalinan hubungan diantara kami.”

Sumber:
orangebean, did you Kknow?
https://tehtarikgelasbesar.com

Janjimanismu123 Publish time 8-6-2021 09:32 PM

Kesian..nasib

helicornia Publish time 8-6-2021 09:34 PM

aduh sedihnya tengok :'(

exclusive_vvip Publish time 8-6-2021 10:17 PM

mmg mak ayah diorg x pandai manage kewangan @ terlampau boros, dan mmg x minat nak bela anak2 agaknya..sebab dah dpt bantuan dari org ramai pun masih lagi ada masalah kewangan n jual jugak anak2 tu..patut la anak2 diorg marah..

Skuau Publish time 8-6-2021 10:19 PM

teringat..kat Msia...seorang ibu.. lacurkan anak pompuan nya kat bangla....:huffy
Pages: [1]
View full version: Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Gambar ‘4 Kanak-Kanak Untuk Dijual’


ADVERTISEMENT