Raline Publish time 8-6-2021 09:17 PM

Rumah Milik Lizzie Borden, Pembunuh Ngeri Abad Ke-19 Dijual Pada Harga Hampir RM

Rumah Milik Lizzie Borden, Pembunuh Ngeri Abad Ke-19 Dijual Pada Harga Hampir RM8.3 Juta

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/Rumah-Milik-Lizzie-Borden-Pembunuh-Ngeri-Abad-Ke-19-Dijual-Pada-Harga-Hampir-RM8.3-Juta.jpg?quality=100&f=auto

Rumah di mana pembunuh abad ke-19 Lizzie Borden didakwa membunuh bapa dan ibu tirinya dengan kapak pada tahun 1892 telah dibuka untuk jualan.

Lizzie dituduh dan dibicarakan atas dua pembunuhan mengerikan selepas mayat ditemui di dalam rumahnya pada pagi 4 Ogos 1892 di Fall River, Massachusetts.

Kedua-dua mangsa, Andrew Borden dan Abby Borden, mengalami pukulan maut di kepala dan beberapa kali serangan pada badan iaitu 11 di Andrew dan 19 di Abby. Mereka dipercayai diserang dengan kapak menurut Muzium Jenayah di Washington, D.C.

Walaupun Lizzie diketahui sering bertengkar dengan bapa dan ibu tirinya dan dianggap bersalah oleh orang ramai, namun tidak ada bukti yang secara langsung menghubung kait dengan jenayah itu. Oleh itu, akhirnya dia dibebaskan.

Kini, rumah yang dulunya bermandi darah sudah pun dibuka kepada umum. Pemilik rumah itu buat masa sekarang menyatakan bahawa dia ingin bersara dan mahu menjual rumahnya sebagai bed-and-breakfast (BnB) pada harga $2 Juta, bersamaan hampir RM8.3 Juta.

Di dalam BnB tesebut terdapat empat bilik dan dua suite; sebuah ruang bilik yang lebih besar yang pernah dikongsi oleh Andrew dan Abby, serta oleh Lizzie dan kakaknya Emma, yang tidak berada di rumah ketika kejadian pembunuhan itu berlaku.

Salah satu bilik yang lebih kecil, Bilik John V. Morse, adalah tempat bapa saudara Lizzie menginap semalaman sebelum pembunuhan itu. Ia juga adalah tempat di mana mayat Abby ditemui.

Ciri rumah ini yang pelik dan luar dari kebiasaan, sejak Andrew Borden mengubah suai untuk keluarganya pada tahun 1872, adalah bahawa tiada satu pun ruang legar di dalam rumah itu kecuali pada aras dua.

“Seseorang perlu melalui satu bilik untuk sampai ke ruangan lain,” terang laman web muzium Lizzie Borden. Itulah salah satu perincian yang menyebabkan ramai orang pada masa itu mengesyaki bahawa Lizzie adalah pembunuh sebenar.

Sumber:
Live Science
https://tehtarikgelasbesar.com

ciklahcuteII Publish time 8-6-2021 10:00 PM

seramnya.. x dpt bayangkan..bila memalam..
x berhantu pulop rumah ni.. ??!!
kalau kat msia, tentu uncle2 dan aunty2 seekers dh dtg serang.. {:biteo

kucingitam Publish time 9-6-2021 09:31 AM

wow...pastu jadi cam amityville horror...

None68 Publish time 14-6-2021 12:22 AM

Sampai ke tua pun xde pengakuan dari Lizzie ye?

Blackrose87 Publish time 18-6-2021 11:50 AM

Xberhantu ka rmh ni..
Pages: [1]
View full version: Rumah Milik Lizzie Borden, Pembunuh Ngeri Abad Ke-19 Dijual Pada Harga Hampir RM


ADVERTISEMENT