Raline Publish time 8-6-2021 09:16 PM

Aqua Tofana: Solekan Yang Membunuh Lebih 600 Lelaki Pada Abad ke-17

Aqua Tofana: Solekan Yang Membunuh Lebih 600 Lelaki Pada Abad ke-17

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/aqua_tofana_solekan_yang_membunuh_1.jpg?quality=100&f=auto

Aqua Tofana merupakan produk kosmetik yang pernah menjadi laku pada zaman abad ke-17 di Itali. Dicipta oleh Giulia Tofana, kosmetik tersebut terdiri daripada krim atau minyak muka yang didambakan ramai wanita Itali di mana ia mampu memberikan mereka wajah awet muda.

Lebih misteri lagi, produk kecantikan ini juga mampu menjadikan para wanita sebagai janda.

Bermula dari kisah menyeramkan yang berkait dengan patriarki melampau. Pada tahun 1633 di Itali, kuasa yang dikuasai sepenuhnya oleh kaum lelaki menjadi punca wanita zaman itu hadapi keganasan tidak terperi.

Para wanita masa itu tidak berpangkat dan mempunyai peluang yang sempit untuk mengubah nasib mereka.

Mereka boleh berkahwin dan mengharapkan sang suami akan melayani mereka dengan baik, atau kekal menjadi anak dara dan bergantung kepada kerja seks bagi menyara diri, atau boleh dijadikan janda.

Wanita-wanita terperangkap dalam perkahwinan bersama suami yang sering mendera itu tidak dapat membela diri mereka sendiri.

Walaupun suami mereka tidak mendera secara fizikal, tanggapan masyarakat pada masa itu yang menyifatkan wanita sebagai harta mutlak membuatkan wanita tidak mempunyai kuasa untuk bersuara.

Impian semua wanita pada masa itu adalah kebebasan dan salah satu cara yang terfikir dek akal adalah racun.

Tiada siapa yang dapat menandingi Giulia Tofana dalam mencipta dan membungkus racun berbahaya pada masa itu. Dilahirkan pada tahun 1620 di Palermo, ibunya yang bernama Thofania d’Amado pernah didakwa atas pembunuhan suaminya sendiri.

Dikhabarkan yang d’Armado telah memberi resipi racunnya yang terbukti berkesan itu kepada anaknya walau Giulia sendiri sudah berbakat dalam pembuatan racun.

Giulia berpindah dari Sicily ke Naples dan akhirnya ke Rom bagi meluaskan lagi pemasaran gelapnya itu. Sifat empati terhadap para wanita yang terperangkap dalam perhubungan yang sengsara, beliau mula menjual racun untuk mereka bebas.

Wanita tersebut menjalankan perniagaan haramnya di sebalik kedai ubat-ubatan miliknya dengan bantuan anak perempuannya, kumpulan sekutu yang dipercayai dan paderi.

Perniagaannya dilihat seperti menjual alat kosmetik bagi menaikkan seri wanita-wanita. Produk terlarisnya itu memudahkan lagi proses menyeludup Aqua Tofana.

Aqua Tofana datang dalam bentuk botol ataupun bekas bedak yang biasanya dilabelkan dengan gambar “Manna of St Nicholas of Bari”. Diperbuat daripada bahan yang biasa digunakan dalam banyak-banyak produk kosmetik pada masa itu, ia juga boleh dijadikan senjata untuk membunuh.

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/aqua_tofana_solekan_yang_membunuh_2-789x1024.jpg?quality=100&f=auto
Faktor yang membuatkan racun tersebut sukar untuk dikenalpasti adalah dengan cara membunuh mangsanya yang agak licik.

Langkah pertama adalah dos racun itu dicampurkan dengan apa-apa jenis cecair dan akan membuatkan mangsa rasa letih dan lemah fizikal.

Dos kedua akan menyebabkan sakit perut, rasa nak muntah dan disentri. Dos racun tersebut yang ketiga dan keempat akan menjaga proses selebihnya hinggalah mangsa mati.

Penggunaan racun tersebut mampu meninggalkan kesan misteri di mana doktor dan penyiasat hanya menganggap kematian tersebut adalah disebabkan penyakit misteri.

Kesan racun tersebut tidak pernah dapat dikesani dan pembunuh juga dikecualikan dari tuduhan.

Ia membuatkan perniagaan Giulia semakin menguntungkan. Beliau sangat berwaspada dalam kegiatannya menjual produk tersebut kepada wanita kenalannya atau wanita kenalan pelanggannya.

Malangnya, kegiatannya akhirnya terbongkar. Salah seorang dari pelanggannya itu berasa takut dan tidak sanggup untuk membunuh suaminya dengan Aqua Tofana yang mengakibatkannya terlepas cakap.

Giulia disayangi oleh masyarakat khususnya wanita dari setiap golongan, miskin dan kaya. Beliau telah mendapat kebenaran warannya sebelum polis dapat menangkapnya dan diberikan tempat perlindungan di sebuah gereja tempatan.

Namun, khabar angin mengenainya mencemarkan sumber air bandar itu membuatkan kerajaan mengambil tindakan dengan menangkap dan menyeksanya dengan teruk.

Giulia turut mengaku telah membunuh lebih 600 lelaki di Rom sahaja dari 1633 hingga 1651.

Beliau difahamkan telah dihukum mati di Campa de’ Flori di Rom pada 1659 bersama dengan anak perempuannya dan beberapa sekutunya yang dipercayai.

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/01/aqua_tofana_solekan_yang_membunuh_3.jpg?quality=100&f=auto
Kemungkinan jumlah korban Giulia telah ditokok tambah. Lagipun beliau telah diseksa semasa penyiasatan dan orang akan mengaku benda yang bukan-bukan untuk membebaskan diri.

Memandangkan bukti yang hanya berdasarkan dengan lisan Giulia yang sedang diseksa, mungkin juga Giulia Tofana sebenarnya tidak bersalah dalam kes ini.

Jika betullah racun adalah senjata wanita, tiada siapa yang pernah menghasilkan racun sehebat Giulia Tofana.

Penulis:

Silla Nur Adila Idham is a student of Faculty of Film, Theatre and Animation.
Assoc. Professor Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar is a senior lecturer of Faculty of Film, Theatre and Animation.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

sharlenetexas Publish time 8-6-2021 10:04 PM

Masih wujud ke aqua tofana sekarang ni? Apa nama kimianya?
Pages: [1]
View full version: Aqua Tofana: Solekan Yang Membunuh Lebih 600 Lelaki Pada Abad ke-17


ADVERTISEMENT