Raline Publish time 8-6-2021 08:06 PM

Ini 3 Cukai Paling Aneh Di Dunia Yang Anda Patut Tahu

Ini 3 Cukai Paling Aneh Di Dunia Yang Anda Patut Tahu

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/3-cukai-pelik-di-dunia-1.jpg?quality=100&f=auto

Cukai tidak dinafikan merupakan sumber utama kerajaan untuk menguruskan negara. Walaupun cukai seperti GST dan SST ini biasa didengari, ada juga cukai lain yang agak aneh dan ganjil telah diwujudkan oleh beberapa buah kerajaan di dunia.

Kami akan kongsikan tiga cukai tersebut menerusi artikel ini:

1. Cukai penyepit China

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/cukai-chopstick-china.jpg?quality=100&f=auto
Sebagai salah satu inisiatif untuk merendahkan penggunaan penyepit dalam kalangan rakyat China, kerajaan mereka telah memperkenalkan cukai sebanyak lima peratus ke atas semua pengguna yang mahu menggunakan kayu penyepit pakai buang pada tahun 2006.

Ini kerana kerajaan China mahu menurunkan kadar penebangan pokok dianggarkan sebanyak 1.3 juta kubik meter setiap tahun yang telah digunakan untuk hasilkan kayu penyepit.

2. Cukai matahari di Sepanyol

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/cukai-matahari-sepanyol.jpg?quality=100&f=auto
Salah satu cukai yang menerima tentangan hebat daripada rakyat Sepanyol ialah impuesto al sol atau cukai matahari. Dalam erti kata lain, cukai ini dikenakan ke atas individu yang memilih untuk menggunakan panel-panel solar sahaja.

Salah satu sebab kenapa cukai ini menerima tentangan hebat daripada orang awam di negara berkenaan ialah mereka berusaha untuk menjimatkan elektrik dengan memasang panel solar namun kerajaan Sepanyol berfikir sebaliknya.

Atas sebab itu, kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan cukai kepada pemilik panel solar yang mempunyai kediaman atau premis berhubung dengan grid elektrik kebangsaan.

Peraturan yang diwartakan pada tahun 2015 ini menyaksikan setiap individu menerima denda sebanyak EUR6,000 (RM29,282) tetapi ia telah ditarik semula pada tahun 2018.

3. Cukai pam tandas di Amerika Syarikat

https://cdn.statically.io/img/i1.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2020/11/cukai-pam-tandas-amerika-syarikat.jpg?quality=100&f=auto
Para penduduk Maryland merupakan satu-satunya di di Amerika Syarikat yang dikenakan cukai setiap kali mereka mengepam tandas.

Sekiranya dibandingkan dengan sistem pembetungan lain yang mengenakan caj ke atas perkhidmatan mereka, penduduk Maryland juga perlu membayar mengikut kemudahan yang ada.

Setiap kediaman atau premis yang dihubungkan kepada sistem pembetungan akan dikenakan caj minimum $30 (RM124) bermula tahun 2004. Kadarnya akan meningkat bergantung pada jumlah buangan yang perlu diuruskan setiap bulan. Setiap rumah yang mempunyai tangki septik sendiri akan dikenakan bayaran tetap $60 (RM247) setahun.

Apakah cukai paling pelik di dunia yang anda pernah dengar dan ketahui sehingga ke hari ini?

Sumber:
Iluminasi


Janjimanismu123 Publish time 8-6-2021 09:04 PM

Aneh2 belaka

Supersirap Publish time 8-6-2021 11:19 PM

Macam-macam cukai boleh dilaksanakan rupanya, thanks TT
Pages: [1]
View full version: Ini 3 Cukai Paling Aneh Di Dunia Yang Anda Patut Tahu


ADVERTISEMENT