CARI-MAL Publish time 8-6-2021 10:46 AM

Kata 'Perosak Hidup', Kenapa Harry & Meghan Namakan Anak Sempena Ratu?

Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle dikecam netizen kerana memberikan nama Lilibet yang merupakan panggilan mesra Ratu Elizabeth II buat anak kedua mereka.


Nama Lilibet adalah penggilan peribadi yang hanya digunakan oleh mendiang suami baginda iaitu Putera Philip.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/104126ooqqqxq4q1hmpjnu.pngKredit foto: The Australian




Pasangan yang juga dikenali sebagai Duke and Duchess of Sussex mengumumkan kelahiran puteri mereka semalam menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial.


Puteri yang juga anak kedua mereka dinamakan Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Winsdor dan dilahirkan pada 4 Jun lalu di Santa Barbarra College Hospital, California.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/104126at27o0kocka93d24.jpgKredit foto: Vogue




“Kenapa namakan anak sempena individu yang kononnya merosakkan kehidupan mereka?,” soal seorang netizen di laman Instagram akhbar Daily Mail.


“Pasangan ini menghentam keluarga diraja tapi akhirnya menamakan anak sempena nama baginda? Sangat mengelirukan,” komen seorang lagi.


Ada juga yang menyindir pemilihan nama Lilibet sebagai salah satu cara pasangan ini untuk kembali memenangi hati Ratu Elizabeth selepas isu pendedahan tentang keluarga diraja Britain menerusi temubual bersama Oprah Winfrey baru-baru ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202106/08/104126b3ap8ah7njcaj3mh.pngTangkap layar komen di Daily Mail




Harry dan Meghan yang berkahwin pada 2018 turut memiliki seorang lagi putera bernama Archie Harrison Mountbatten-Winsdor yang berusia dua tahun. – Agensi






Sumber: Kosmo

apedehal Publish time 8-6-2021 11:40 AM

Gediknya...fefeeling ada chance in line gak ke...yg naik takhta ni kan suka duk ulang nama

ellejo Publish time 8-6-2021 12:04 PM

bagi sapa yg tak paham.
konsepnya macam jewish yg beria2 larikan diri dari nazi, tapi bila ada anak bagi nama Adolf, Gohring,Drexler

gituuuuu

AnaisAnais Publish time 8-6-2021 01:17 PM

dorang ni gini... nak privilege but not the work and hardship that comes with the privilege of being a royal


nak hidup independant, tak nak jd serving royals, tapi meroyan bila duit tak masuk. ehhh kau ingat duit tu dapat percuma?

bila title dah hampir nak kena tarik balik (so far HRH je kan tak leh guna,) so bila title Duke & duchess tu mcm ada ura2 nak kena tarik balik, gelabah tetek minah ni. tu yg bg nama Lili tu kot. haa tak nak ke letak nama mak awok tu sekali? awat tak letak?

coops21 Publish time 8-6-2021 03:23 PM

masa tengok nama baby tu, terus heran, laaaaa..dah nak baik balik ke tu?

Janjimanismu123 Publish time 8-6-2021 09:21 PM

Mcm tak leh move on gitu

neenlezah Publish time 9-6-2021 04:54 PM

yang panggil Lilibet tu ayah Queen Elizabeth la sebab Queen pelat sikit tak reti sebut nama sendiri masa kecik. So ayah dia suka pula dgn sebutan tu terus lah panggil Lilibet.
Pastu orang pertama yg diorang video call ialah Queen sendiri dan masa tu dah minta izin nak guna nama tu.Bukan Queen yg racist dgn diorang, orang lain dalam The Firm tu yg racist.

234126 Publish time 9-6-2021 10:38 PM

bukan hal nama je ;P hal title si achie tu pun kata taknak pastu dlm oprah merempan pertikai pulak. In a way dia marahkan BRF le tu tapi ujung2 ko letak nama queen & diana hadap la jugak kedudukan tu khuen.. kalau tak ko buh je la nama gloria ke dory doria ke ;P

lasagna Publish time 11-6-2021 08:43 AM

alaaa lari situ sini tak kemana pun dia org ni. bila dah camni mgelabah laa. esok lusa semua nak kena tarik dek istana kena gak sembah ratu pe bgai. drama jer laa. anak2 pun lahir kat amereka. hadap jer laa.

newyork Publish time 11-6-2021 09:09 AM

Harry ni kan.. memalukan keluarga ja.. spoilt

Gianna111 Publish time 14-6-2021 09:43 AM

kenapa tak nak bagi nama anak doria???????

fizamn Publish time 14-6-2021 10:37 AM

Contoh anak raja pemalas abad ini...

airine Publish time 14-6-2021 11:05 PM

khatam nak dapatkan tacang plisss

gold_teeth Publish time 15-6-2021 02:50 PM

Rsnya rata2 mat saleh pn xberkenan couple ni.. so sapa je yg menyokong? Cast the suits ke
Pages: [1]
View full version: Kata 'Perosak Hidup', Kenapa Harry & Meghan Namakan Anak Sempena Ratu?


ADVERTISEMENT