Raline Publish time 7-6-2021 07:27 PM

Kelantan pernah darurat pada tahun 1970an

RUPA-RUPANYA KELANTAN PERNAH DARURAT PADA TAHUN 1970AN, INI CERITANYA…

Pada pertengahan tahun 1970-an, PAS terbahagi kepada dua kelompok. Golongan pertama ialah penyokong Datuk Mohd Asri (Presiden PAS) dan golongan kedua ialah pengikut Datuk Muhammad Nasir yang jadi Menteri Besar Kelantan masa tu. Disebabkan perpecahan ni, kumpulan Datuk Muhammad Nasir telah adakan demonstrasi pada 24 September 1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan.

Diorang bantah kumpulan pro Asri yang dikenali dengan nama ‘Kumpulan 16′ dan akhirnya menjadi ‘Kumpulan 20′. Dikatakan lebih 80,000 rakyat Kelantan menyertainya.

Kerajaan MAGERAN pernah diisytiharkan di Kelantan pada 8 November 1977
Datuk Muhammad Nasir digulingkan dari jawatan MB Kelantan melalui usul undi tak percaya. Usul tu dibuat oleh 20 orang ADUN Kelantan dari PAS yang diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Disebabkan benda ni, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi diaturkan. Kira-kira 20,000 rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri.

https://i2.wp.com/orangkata.my/wp-content/uploads/2020/02/S1-31.jpg?resize=213%2C300&ssl=1
Datuk Muhammad Nasir. Via Wikipedia
Akibatnya, perintah berkurung pun diisytiharkan. Kerajaan pusat masa tu tak nak berkerjasama dan terima pendapat majoriti ADUN Kelantan. Dari sinilah bermula episod ‘Politik Darurat’ untuk dapatkan Kelantan. Kerajaan pusat nak wujudkan Akta Darurat dan Kerajaan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di Kelantan tanpa rundingan dan rujukan dengan PAS sebagai rakan kongsi kuasanya. Oh, kami lupa nak cakap – masa tu BN dan PAS bergabung untuk bentuk kerajaan.

PAS hanya diberitahu untuk ikut je. Pemimpin PAS dalam Kabinet Kerajaan Malaysia terpaksa letak jawatan, kecuali Haji Hasan Adli.

https://i2.wp.com/orangkata.my/wp-content/uploads/2020/02/S1-32.jpg?zoom=2&resize=336%2C224&ssl=1
Datuk Asri. Via Buletin Online
Diorang terpaksa buat macam ni sebab PAS dikatakan dah langgar disiplin, kerana Datuk Asri bantah Akta Darurat. Rang undang-undang akta ni dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 19 Oktober 1977. Sistem pemerintahan demokrasi digantung dan ditadbir secara ’de facto’ oleh kerajaan pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977 di Kelantan.

Benda ni membawa kepada penyingkiran PAS dari BN, dan ada yang kata PAS jadi lemah kerana pemimpin tamak
Pada 13 Disember 1977 PAS disingkirkan dari BN sebab tak nak ikut BN mengenai Undang-undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN ditarik balik, dan pada 11 Mac 1978, Kelantan diumumkan akan adakan PRU. Dalam PRU ni, PAS kalah teruk, Dari 43 kerusi DUN seluruh negara pada tahun 1974, tinggal 11 je pada tahun tu.

https://i0.wp.com/orangkata.my/wp-content/uploads/2020/02/S1-33.jpg?zoom=2&resize=372%2C214&ssl=1
Via Blog Bilik

Dikatakan kemasukan PAS dalam BN merupakan faktor kekalahan PAS dalam PRU 1978. Bekas Setiausaha Agung PAS 1978 yang telah melompat kepada UMNO, Ustaz Nakhaie Ahmad kata; kekalahan PAS kerana kurang perhatian pemimpin PAS dalam gunakan ruang dan peluang semasa berada dalam BN. Dia sifatkan penyertaan PAS tak dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk bantu parti, bahkan masing-masing berebut jawatan dan kepentingan.

Apabila Datuk Asri menentang Akta Darurat dan terpaksa letak jawatan, tiba-tiba Hasan Adli enggan letak jawatan, sedangkan dia juga adalah tokoh berpengaruh yang jadi Menteri Kabinet sesudah Datuk Asri. Keadaan ini jugak mendorong perbezaan pendapat yang membawa kepada sikap berpuak-puak dalam kalangan ahli PAS.

xAQ3wR-Emx4

Ada juga yang berpendapat bahawa ‘perebutan jawatan & rezeki’ adalah punca perpecahan dan yang menyebabkan kejatuhan PAS. Datuk Asri merasa berautoriti mencadangkan Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai MB Kelantan. Dia enggan terima Datuk Muhammad Nasir yang dipilih BN menyebabkan mereka tak sehaluan dan berlaku perpecahan dalam PAS. Datuk Muhammad Nasir keluar PAS menubuhkan Parti Berjasa.

https://i0.wp.com/media.giphy.com/media/SsTcO55LJDBsI/giphy.gif?resize=343%2C314&ssl=1
Via Giphy

Menurut Tengku Razaleigh waktu tu, sepanjang tempoh menerajui Kelantan sejak 1959, PAS kurang beri perhatian kepada rakyat, dan berselindung dengan Islam dan propaganda politiknya hingga mengkhayalkan ramai orang. Dia kata PAS memperalatkan Islam kerana sepanjang 19 tahun, tak ada satu pun akta dari undang-undang yang dipinda untuk menghala kepada penghayatan Islam.

Dalam pakatan politik ni, taktikal pemimpin UMNO telah berjaya menumbangkan PAS
Menggunakan MAGERAN untuk tadbir Kelantan sebenarnya merupakan taktik politik untuk membolehkan UMNO menang kat Kelantan. Dalam suasana darurat, PAS tak dapat tepis kritikan-kritikan keras yang diberikan kepada mereka. Apabila PAS kena kritik kaw-kaw, diorang takde peluang untuk bela diri menyebabkan ramai rakyat yang percaya pada kritikan-kritikan ni. Apabila rakyat dah percaya, sudah tentu diorang akan tolak PAS.

Apa yang penting, kami harap peristiwa macam ini tak akan berlaku lagi. PAS yang kini dah bekerjasama dengan UMNO kena sentiasa peka dan tidak melupakan sejarah. Macam dalam buku teks subjek Sejarah kata; sesiapa yang melupakan sejarah, cenderung untuk melakukannya semula.

Artikel ini merujuk tulisan yang bertajuk Mageran 1977: Pergolakan Kelantan Era Moden, terbitan Blog Sejarah Kelantan.

Pages: [1]
View full version: Kelantan pernah darurat pada tahun 1970an


ADVERTISEMENT