lanesra Publish time 7-6-2021 02:14 PM

Kuetiaw, koay teow atau kuetiau?

https://d3rffw01k8apbv.cloudfront.net/wp-content/uploads/2019/12/87907.jpeg

KUALA LUMPUR: Kuetiaw, koay teow atau kuetiau? Apabila disebut perkataan ini, akan terbayang di minda kepingan mi berwarna putih lembut yang diperbuat daripada tepung beras. Makanan popular ini enak dimakan dalam hidangan gorengan ataupun berkuah. Pastinya rakyat Malaysia pandai menyebut perkataan itu tetapi tidak semua yang tahu untuk mengejanya dengan ejaan yang betul. Banyak dalam kalangan kita yang mengeja perkataan tersebut dengan ejaan lain tetapi mempunyai sebutan yang sama seperti ejaan kuay tiaw, kueh teow dan kueh tiaw.

https://dewanbahasa.jendeladbp.my/app/uploads/sites/2/2021/03/DBP-KenyataanMedia-KueTiau-803x1024.jpeg

Terbaharu, bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai mengeja perkataan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi kenyataan media di Facebook mengumumkan ejaan kuetiau yang betul dalam bahasa Melayu. Kenyataan media yang dibuat oleh DBP ini ternyata sangat dialu-alukan oleh beberapa pemilik kedai makanan.

Kebanyakan peniaga kuetiau berasa gembira dengan kenyataan media tersebut bagi mengelakkan kekeliruan ejaan dalam kalangan pelanggan. Selain itu, ejaan yang betul dalam bahasa Melayu juga dapat dipaparkan pada papan tanda makanan sebagai langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelancong asing. Pengumunan ejaan rasmi ini juga bertepatan dengan usaha DBP untuk “membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul”.

seribulan Publish time 7-6-2021 02:17 PM

Minggu ni menu kuetiau ni...so charkuetiau le ye :D

Skuau Publish time 7-6-2021 02:37 PM

"lu mau kena tiau ka"???-:lol:Apek goreng

Catpaw Publish time 12-6-2021 06:05 AM

Kuetiau la dah ada dalam kamus, cuma orang tak peka

thetimes Publish time 30-7-2021 12:48 PM

Kuetiau la {:1_141:}
Pages: [1]
View full version: Kuetiaw, koay teow atau kuetiau?


ADVERTISEMENT