Raline Publish time 4-6-2021 04:34 PM

Tapak Memorial Perang Di Syria Mungkin Tertua Di Dunia, Kata Penyelidik

Tapak Memorial Perang Di Syria Mungkin Tertua Di Dunia, Kata Penyelidik

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/1500-6.jpg?quality=100&f=auto

Para arkeologi berkata tanah perkuburan di Syria utara berkemungkinan merupakan memorial perang tertua di dunia menurut kajian yang diterbitkan oleh Cambridge University Press dalam jurnal Antiquity.

Dikenali sebagai Monumen Putih, timbunan berketinggian 72 kaki di bandar Tal Banat itu bertarikh sejak milenium ketiga sebelum masihi.

Terdahulu, tapak berkenaan dikatakan sebagai tanah perkuburan bagi pihak musuh pada zaman Mesopotamia.

Namun, kajian terbaharu mendapati tapak itu adalah sebuah tapak memorial bagi pahlawan Mesopotamia menurut kajian daripada University of Toronto.

https://cdn.statically.io/img/i3.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/memorial_perang_tertua_di_dunia_1.jpg?quality=100&f=auto

Kajian yang diketuai oleh Anne Porter, berkata tapak di Tal Banat itu berbeza dengan timbunan yang lebih kurang sama di serata Syria utara.

Ini kerana, timbunan tanah perkuburan bagi pihak musuh dilakukan dengan sembarangan dan mempunyai tulisan Mesopotamia yang merupakan satu tanda kemenangan.

Walau bagaimanapun, Monumen Putih ini berbeza dari segi penyusunan mayat dan komposisi timbunan itu sendiri.

Pengaturannya yang teliti dan tersusun menunjukkan bahawa ia disusun sebagai tanda perhormatan bagi pahlawan perang yang meninggal dunia.

“Orang zaman dahulu juga menghormati mereka yang terbunuh dalam peperangan seperti kita.

Kami tidak tahu jika mereka merupakan pihak pemenang atau pihak yang kalah dalam perang tersebut.

Namun, kami tahu bahawa mereka telah membawa mayat-mayat dari tempat yang lain, mungkin setelah lama peperangan itu mengambil tempat,

Dan mengebumikan mereka dalam satu timbunan yang sangat besar sehingga boleh dilihat dari berbatu jauhnya.” ujar Anne.

https://cdn.statically.io/img/i2.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/06/memorial_perang_tertua_di_dunia.jpg?quality=100&f=auto

Para penyelidik berpendapat penemuan memorial peperangan ini merupakan memorial yang tersusun pertama di dunia.

Masih banyak lagi tapak kajian yang lain di Syria utara tidak dikaji dan difahami sepenuhnya dan penemuan ini mungkin merupakan satu tanda untuk mengkajinya dengan lebih lanjut.

Sumber:
The Guardian, ART News

Pages: [1]
View full version: Tapak Memorial Perang Di Syria Mungkin Tertua Di Dunia, Kata Penyelidik


ADVERTISEMENT