tariktali Publish time 2-6-2021 11:34 AM

Anak TAKNAK pakai facial mask

Hai mommies/daddies..

Saya ada seorang anak lelaki umur 2 tahun setengah. Alhamdulillah sekarang musim PKP ni, memang tak bawak dia keluar jalan2 pun. Tapi anak masih ke taska mcm biasa walaupun PKP ni.

So sy ni risau, train lah juga dia pakai kids facial mask. Sebelum PKP ni pun kalau nak main depan rumah, try pakai kan dia mask tu. Tapi masyaAllah, memang bergelut taktau la tahap apa dah. Tak sempat nak sangkut kat telinga pun, dia tarik sampai putus dan jerit. Memang dia TAK SUKA {:1_567:}

Ada tak parents lain yang experience perkara yang sama? Sebab by 2 years old kan kena wajib pakai mask dah, and sebelum PKP ni pun teacher kadang nak buat activity depan taska, teacher minta pakai mask, anak saya memang xnak cooperate. Ada tak yang sudi bagi tips? Sy dah kering idea dah nii :( Terima kasih yg sudi bagi komen yg baik2

sarah82 Publish time 2-6-2021 01:10 PM

Mask ada corak tak?

mamahadi Publish time 2-6-2021 04:06 PM

Pakaikan yg ada character yg dia suka

tariktali Publish time 2-6-2021 05:48 PM

mamahadi replied at 2-6-2021 04:06 PM
Pakaikan yg ada character yg dia suka

Dah cuba ni. Siap ada gambar truck, dia suka trucks. Memang taknak nya dia. Huhuhu. Dia memang tak suka apa2 yang bersangkut kat muka/ kepala dia. Contoh topi/ songkok/ mask atau apa2 la. Memang ditarik buang je

Janjimanismu123 Publish time 2-6-2021 06:23 PM

Lama2 nanti ok la tu

mamahadi Publish time 2-6-2021 11:50 PM

tariktali replied at 2-6-2021 05:48 PM
Dah cuba ni. Siap ada gambar truck, dia suka trucks. Memang taknak nya dia. Huhuhu. Dia memang tak ...

Citelah kat anak tu,x pakai mask ada germs masuk mulut or hidung... Lps tu tunjukkan dia google pics germs or virus tu...

epal37 Publish time 3-6-2021 01:20 AM

Bagi dia pilih mask mana yg dia suka

tariktali Publish time 3-6-2021 09:18 AM

mamahadi replied at 2-6-2021 11:50 PM
Citelah kat anak tu,x pakai mask ada germs masuk mulut or hidung... Lps tu tunjukkan dia google...

menarik ni. boleh dicuba. hihihi
selalu nya selama ni just tunjuk "look mommy daddy wear mask". Mungkin dia x faham kenapa perlu pakai :sweat3:

carrickknowe Publish time 3-6-2021 01:29 PM

anak bawah 2 tahun macam tak wajib mask kan...tapi tulah kita ni bimbang juga anak2

tariktali Publish time 3-6-2021 04:25 PM

carrickknowe replied at 3-6-2021 01:29 PM
anak bawah 2 tahun macam tak wajib mask kan...tapi tulah kita ni bimbang juga anak2

tak wajib lagi rasa nya, tapi tu la, yang bawah 2 tahun tu la yg suka mouthing pegang sana sini. Risauu :funk:

faraway1 Publish time 3-6-2021 11:46 PM

My 5 years old hanya pakai mask 3 kali aje sepanjang pandemic ni.

First dalam plane tu pun lepas tu tanggal, early pandemic, second dan third Sebab pérgi hospital.


Selain tu langsung tak, playschool tidak, pergi shopping pun tidak...

tariktali Publish time 4-6-2021 11:42 AM

faraway1 replied at 3-6-2021 11:46 PM
My 5 years old hanya pakai mask 3 kali aje sepanjang pandemic ni.

First dalam plane tu pun lepas...

Sebab dia taknak ke macam mana tu? Memang toddlers ni kalau taknak tu, taknak sungguh. Geram rasa kdg tu hikhik

Sy tengah fikir2 apa approach yg sesuai nak encourage dia pakai mask. Sampai at times terfikir nk buat mask kecil2 nak put on dia punya fav robot cars. Hahaha

faraway1 Publish time 4-6-2021 07:48 PM

tariktali replied at 3-6-2021 10:42 PM
Sebab dia taknak ke macam mana tu? Memang toddlers ni kalau taknak tu, taknak sungguh. Geram rasa...

Sini tak wajib under certain age dan me pakai mask 8 jam time kerja, rasa nak maki semua orang hahha so me tak dapat bayangkan dengan budak kecil.

So me tak pakaikan anak mask even her playschool, tak pakai, so sociale distance tu semua, tapi kami parents memang yang sedaya upaya jaga sop supaya anak anak ok.

Alhamdulillah so far ok tiada kes lagi sejak awal pandémie kat sekolah.

Tapi kami sop kuat, berbulan curfew, resto tutup sejak tahun lepas, me tak bawa anak pergi memana selain playschool aje.
Pages: [1]
View full version: Anak TAKNAK pakai facial mask


ADVERTISEMENT