Raline Publish time 2-6-2021 09:00 AM

Minum Darah Lembu, Ini Adalah Sumber Makanan Suku Maasai

Minum Darah Lembu, Ini Adalah Sumber Makanan Suku Maasai

https://cdn.statically.io/img/i0.wp.com/tehtarikgelasbesar.com/wp-content/uploads/2021/05/Minum_Darah_Lembu_Ini_Adalah_Sumber_Makanan_Suku_Maasai.jpg?quality=100&f=auto

Antara enam bahan yang termasuk dalam diet pemakanan suku Maasai ialah susu, daging, darah lembu, lemak lembu, madu dan kulit kayu.

Susu memainkan peranan penting dalam diet pemakanan suku Maasai kerana hampir setiap hidangan mereka menggunakan bahan tersebut.

Susu kebiasaannya akan diminum ketika masih segar, dijadikan dadih, dicampur bersama teh atau dijadikan sebagai mentega yang dihidangkan kepada anak-anak kecil yang sedang berada dalam fasa pertumbuhan.

Suku kaum Maasai akan meminum susu yang dicampur dengan darah lembu yang diambil segar daripada lembu yang masih hidup.

Susu yang dicampur darah itu digunakan sebagai minuman ritual dalam perayaan istimewa atau diberikan kepada orang yang sakit untuk mempercepat proses penyembuhan.

_Zs7TrRk8cs

Susu akan diperapkan bersama darah atau kadang-kadang bersama air kencing lembu juga dan kemudiannya akan berubah menjadi yogurt yang pekat hasil daripada darah yang membeku.

Darah lembu bukan sahaja diminum segar atau dibeku, ianya juga boleh direbus dan digunakan sebagai bahan dalam sup atau stew yang dimakan bersama ugali, sejenis makanan yang diperbuat daripada jagung putih.

Lembu-lembu ternakan orang Maasai jarang sekali disembelih dan dimakan tetapi kebiasaannya diperah susunya dan darahnya dikeluarkan sahaja.

Lembu-lembu akan disembelih hanya pada upacara penting sahaja. Kekayaan orang Maasai diukur melalui berapa ekor lembu yang mereka miliki kerana bekalan dagingnya tidak akan pernah habis.

Dalam budaya Maasai, penyembelihan dianggap sebagai sebuah keberkatan dan apabila binatang disembelih, darah yang dikumpul dan diberikan minum kepada moran, iaitu lelaki bujang suku Maasai.

Jantungnya juga akan diperah dan darah yang dikumpul akan dituang ke dalam gelas untuk dihidangkan kepada anak-anak muda.

Darah dan susu bukanlah satu-satunya sumber makanan suku Maasai. Diet pemakanan mereka telah berubah dan sekarang makanan mereka lebih banyak melibatkan madu dan sayur-sayuran yang dimasak sup atau stew.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Janjimanismu123 Publish time 2-6-2021 10:32 PM

Aneh2 kaum ni
Pages: [1]
View full version: Minum Darah Lembu, Ini Adalah Sumber Makanan Suku Maasai


ADVERTISEMENT